My 2nd Car - Perodua Viva

kereta kedua yang dibeli pada tahun 2008 iaitu perodua viva 1.0cc color ivory white. tidak banyak perubahan dilakukan pada kereta ini hanya beberapa bahagian asas sahaja yang ditukar dengan barangan tertentu. antaranya strut bar depan, penukaran spring, ARB belakang, disc brake set from myvi, reverse sensor dan smoked headlamp. gambar di bawah hanya penukaran rim sahaja

masih dara lagi ni selepas keluar kedai. spoiler belakang pun belum masuk lagi

rim standard kilang 13"

dah masuk spoiler masa ni

tukar kepada rim ni sahaja, made in japan

harga dapat kat halfcut hanya rm400 dengan keadaan yang daif, terpaksa cat baru

dah pasang kat kereta tapi masa ni belum lowered lagi

dah tukar spring aftermarket
$ads={1}
nampak ok skit, hehehe... spec rim 14" x 6jj

close-up rim baru

itu je kot buat masa ni, tak bercadang untuk buat apa-apa perubahan lagi kerana kereta ni bagi kepada wife untuk digunakan seharian

120kmj tu... try test viva ni dapat pergi 140kmj jugak tapi ada goyang, tak berani

sekian, terima kasih

23 تعليقات

  1. minyak save bro...hehe.
    dulu saya penah ikut viva kat hiway...tgk laju semacam je viva ni...tgk-tgk meter saya dah 140...150 baru leh potong viva 660 tu...yg bawak budak pompuan bawah 20 tahun ngan 3 budak jantan...bohsia apa?

    ردحذف
  2. abang jef..ada tunjuk x cara bukak head lamp viva..nk wat smoke lamp

    ردحذف
  3. ada... cuba cari tajuk pasal smoke headlamp viva. dah ada post dalam ni

    ردحذف
  4. kalo viva elite mcm sesuai je kalo nak smoke lampu tu.... apa pendapat bro???

    ردحذف
  5. salam abg jef..paakai spoler jenis ape tu..

    ردحذف
  6. bro tayar tu jenis ape?saiz ape eh?

    ردحذف
  7. Salam abg jeff, kalau nak cat rim sendiri, warna putih macam te37 tu, apa kod kaler dia ek? Apakah lama2 akan jadi kekuningan?

    ردحذف
  8. nak lowered hanya dengan menukar spring sport je, banyak pilihan di kedai sekarang, terpulang pada anda untuk memilihnya. pakai spring sport akan rasa keras sikit

    ردحذف
  9. bro tacra.. spring viva ni guna brand apa..dan absorber standard ke?

    ردحذف
  10. salam abg jeff.. pkai rim 14" tayar size ape yg ngam bile lowered?

    ردحذف
  11. bro tacra...lawa la rim nie..jenama apa ek?..senang x nak cari rim nie?..tq..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors