Power Steering & Alternator Belt 4G9X

paparan kali ni ialah menukar belt untuk power steering + compressor dan belt alternator bagi kereta bernadikan 4G9X. bagi enjin ini hanya terdapat dua belt sahaja iaitu satu belt kod 5PK1120 untuk menggerakkan power steering dan compressor ekon dan belt kod 4PK760 untuk menggerakkan alternator. kalau wira standard memerlukan 3 belt

untuk mengeluarkan belt 3 perkara utama yang perlu dibuka/dilonggarkan iaitu motor power steering, alternator dan satu lagi tensioner untuk compressor dan power steering

inilah rupa belt setelah dikeluarkan

sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru

sudah merekah

saya memilih belt brand mitsuboshi dan yang ini untuk power steering dan compressor. harga sekitar rm40 lebih
$ads={1}
ini pula ialah belt alternator berkod 4PK760 dengan harga sekitar rm30 lebih

pasangkan kembali belt pada kedudukan seperti asal

tegangkan belt secukup rasa, jangan terlalu tegang dan jangan terlalu kendur. sebenarnya ada gauge untuk mengukur ketegangan setiap belt. agak-agak je lah ketegangannya...

dah pun siap....

sekian, terima kasih
selamat hari raya

11 تعليقات

  1. bang jeff, untuk wira standart agak2 berapa RM untuk 3 belt tu... apa nama untuk ketiga-tiga belt tu? tq bang jeff...

    ردحذف
  2. wira ada 3 belt luar iaitu belt compressor, belt power steering dan belt alternator

    ردحذف
  3. terima kasih bang jeff,berapa harga ketiga bell tu bang jeff?

    ردحذف
  4. bang kalu pakai belt compressor yg pnjang ckit, ada efek x mcm kete berat masa bukak air cond??

    ردحذف
  5. pakai yang panjang sikit tak ada masalah asalkan boleh ditegangkan semasa pemasangan

    ردحذف
  6. assalam..bang,nk tnye knpe klau time idopkan kereta wira 4g15 die brbunyi pd belting..pastu time jln pon bunyi tp xkuat..

    ردحذف
  7. a'kum..bang! ingin bertanya ttg crank pulley..masalah nye belting koyak, kemudian tukar pulley lain (brg halfcut) pasang belting baru...selepas tukar baru de bunyi plak...lagi lagi bila on aircond...pomen ckp sbb belting kendur so kena ketatkan selalu bla die bunyi...sebabnya die suh buat gitu pasal pulley baru tak serasi lagi dgn belting...betul ke bang....tlg jelaskan bang masalah nie bang...enjin 4G92..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors