Front Sway Bar

front sway bar atau lebih dikenali sebagai anti roll bar (arb) memainkan peranan penting bagi kestabilan sesebuah kereta. kebiasaanya kalau kereta wira menggunakan arb yang disambungkan dengan lower arm menggunakan bush sate. amatlah berbaloi sekiranya ditukar dengan arb dari model lain seperti evo 2/3 yang ternyata memberikan kelainan dalam pemanduan anda. saya telah memilih arb dari R3 19mm.

lower standard wira/satria dan berbeza sekali materialnya dengan evo3 yang ternyata lebih mantap. lubang telinga bush sate tu tak digunakan lagi sekiranya bertukar arb evo

lebih dikenali sebagai bush sate pada arb standard kerana dah rupa macam sate kot disusuk macam tu, sebab itulah famous dengan nama bush sate

perlu ditukar dengan link ini sekiranya menggunakan arb evo atau R3

saya memilih dari model satria GTI nama sebenarnya ialah front absorber link

hujung arb R3 dipadankan dengan telinga pada absorber. kalau menggunakan absorber biasa sure tak dapat pasang benda ni, ada jugak yang weld telinga kat absorber standard semata-mata nak pasang arb ni tapi ketahanannya tak pasti
$ads={1}
untuk memasang arb ini memerlukan tools yang mencukupi kerana perlu membuka crossmember dan sub frame kereta. memang banyak kerja dan tidak hairanlah ada pomen yang mengenakan upah yang mahal semata-mata untuk memasang arb ni

inilah rupa 'telinga' pada absorber

3 jenis arb standard bermula dari bawah sekali ialah arb wira 1.5 tengah arb mivec dan atas sekali arb evo3. ternyata saiz bebeza dan kita boleh tengok arb evo3 lebih kecil berbanding dengan yang lain, tetapi harus diingat arb evo3 disambungkan dengan absorber dan yang lain tu pada lower arm, sistem yang ternyata berbeza

hujung arb standard

kalau masuk dengan lower arm evo lagi berbaloi-baloi. rege untuk satu set benda ni boleh mencecah sekitar rm450

terima kasih

66 تعليقات

  1. bro kalo beli arb 1.6 + front absorber link dah cukup ke kalo nak pasang kat wira 1.5se? bracket to pnp ke kat chasis. harap membantu. fyi wira se std absorber pun ada telinga gak. tq

    ردحذف
  2. kena tengok hujung arb tu, kalau kereta proton pakai bush sate yang diikat kat lower arm. kalau gti/wira se 1st batch/waja memang kena guna link untuk mount ke absorber

    ردحذف
  3. Bro,

    Kereta saya Wira SE dipasang dgn absorber Waja. Saya pun menggunakan sway bar R3 19mm tetapi drop link tersebut selalu longgar & berbunyi keletak-keletuk ketika memandu.

    Adakah saya telah membeli drop link yg salah? Harap Mr Jeff Tacra boleh membantu. Didahului dgn ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga

    ردحذف
  4. aeddy - kalau drop link ni beli kat kedai spare part memang takkan tahan lama, solutionnya kena beli yang ori kat proton service ataupun boleh cari yang 2nd kat halfcut. sekarang saya pakai yang 2nd dari evo3

    ردحذف
  5. mungkin drop link tu pendek sangat, maklumlah 4G15P bukannya berat sangat, different height issue, fender gap pun menganga.

    Saya cuba cari Wira SE punya drop link kat Proton Parts Centre. Terima kasih banyak2, btw blog ni full of info, nice job

    ردحذف
  6. Salam Bro. Saya pakai wira se first batch. Saya ada beberapa soalan.
    1. Berapa harga arb R3? dan dimana nk beli?
    2. Apakah fungsi arb sama dgn stabilizer bar?

    ردحذف
  7. wsalam, sway bar r3 harga sekitar rm250, try cari kat r3 part kat KL, saya pun beli kat KL melalui online, tunggu rumah je barang sampai. fungsi sway bar ni ialah anti oleng ataupun nak stabilkan kiri kanan kereta terutamanya semasa membelok

    ردحذف
  8. salam, nak tanya yang batang merah tu memang tak kena ke dengan batang yg melintang tu, apa benda yg melintang tu....musykil sikit

    ردحذف
  9. wsakam... batang merah tu ialah anti roll bar dan yang melintang tu ialah rack end steering rack, memang tak kena pun. setiap kereta proton/mitsu ada benda ni. anti roll bar untuk mengawal kestabilan kereta, rack end untuk mengawal stereng kereta

    ردحذف
  10. salam bro.. ada bengkel sendiri ke.. kat maner..? saya pakai wira se, front sway bar saya patah.... x tau kenapa. kalau hak biasa brp harga, kalu hak racing brp harga... from chuq

    ردحذف
  11. salam bro,

    apa beza jenis sway bar yg sambung dgn lower arm dengan jenis yg sambung kat absorber.
    ada beza x rasa pemanduan? comfort/sama jer

    ردحذف
  12. arb yang sambung kat lower arm tidak semantap seperti yang sambung kat absorber. memang ada kelainan apabila sambung dengan absorber, terutamnya semasa mengambil selekoh, terasa body lagi melekat kat jalan, kurang bodyroll

    ردحذف
  13. kalau lalu jln yg xrata atau berlopak, adakah lebih comfort berbanding arb yg sambung kat lower arm? biasanya kalau wira yg std lalu kat jln xrata/berlopak rasa mcm kasar sikit pada suspension.

    ردحذف
  14. Salam bro...

    Kalau tak dapat evo3 punya lower arm, saya boleh guna satria gti punya lower arm kan?

    ردحذف
  15. evo3 lower arm tak sama dengan satria, evo3 material lain. tanya pasal lower arm atau anto roll bar ni

    ردحذف
  16. salam abg jeff...

    nak tanya, saya pakai wira aeroback 1.6..absorber sy pakai gab, dah ada telinga...klu nak tukar arb jenis ikat kat telinga (gti/r3/evo), lower arm kena tukar sekali tak? ke boleh guna lower arm asal balik...satu lagi, nak tanya, waja punye arb boleh masuk ke...thanks abg jeff

    ردحذف
  17. nak masuk arb evo/gti lower arm asal tak perlu tukar, tapi kena ada telinga kat absorber. waja saya tak pasti dapat masuk atau tidak kat wira

    ردحذف
  18. salam bro,sy ingin bertanya
    saya memiliki satria 1.3
    saya berhajat untuk pasang front arb ni

    apa yang perlu saya tahu sebelum memasangnya?

    http://www.mudah.my/Subframe+depan+evo3+skali+antiroll+bar-9834596.htm

    boleh plug and play bro?

    ردحذف
  19. front arb evo boleh masuk kat sub frame standard wira/satria tapi kat absorber mesti kena ada telinga untuk pasang drop link antara arb dengan absorber

    ردحذف
  20. bro,kalo absorber xde telinga,ada cara lain?
    adakah bush dan lower arm juga perlu ditukar?
    sebab satria sy 1.3 standard..

    ردحذف
  21. kalau nak pakai arb evo perlu ada 'telinga' kat absorber seperti yang saya dah mention kat atas tu. bush lower arm tak perlu tukar

    ردحذف
  22. ada ke absober standard yang ada telinga?
    Brand ape?

    ردحذف
  23. abg jeff..bush utk lower arm evo ada jual kat kedai spare part tak??

    ردحذف
  24. tak pasti ada atau tidak, boleh try tanya kat spare part dan bawak sample sekali

    ردحذف
  25. abg jeff... boleh senaraikan x apa lagi komponen wear n tear untuk front and rear suspension satria 1.6..
    saya nak tukar semua supaya comfort balik ..
    yang dah beli:
    1. bush sate kiri kanan
    2. tie rod end kiri kanan
    3. tulang anjng panjang + pendek kiri kanan
    4. bush mounting stereng rack
    5. drop link arb belakang
    6. absober depan belakang
    ada lagi x yang perlu ditukar. tq.

    ردحذف
  26. terlupa.. bush trailling arm belakang pun dah tukar.

    ردحذف
  27. depan - bush sate, tie rod end, mounting steering rack,bush mounting absorber, bush lower arm, ball joint lower arm. belakang - trailing arm bush, tulang anjing pendek dan panjang, drop link arb belakang, bush mounting absorber, lower arm belakang

    ردحذف
  28. boss, if i want to pasang the evo 3 lower arm in a wira 1.6, do i need to pasang the suspension crossmember as well? or, it will fit with the ori 1.6 crossmember.

    ردحذف
  29. if you wat to install evo3 lower arm no need to pasang crossmember evo. will fit on 1.6 subframe & crossmember

    ردحذف
  30. ok. thanks boss. klau belakang, whats the difference between wira 1.6 and mivec and evo?

    ردحذف
  31. belakang beza diammeter anti roll bar, kalau wira 1.6 dalam 12mm, mivec 15mm, fto 19mm. evo tak boleh masuk kat wira

    ردحذف
  32. salam abg jeff...nk tanya sket...ARB satria GTi brapa saiz nya???kalo nk pakai bushing super pro kena amek saiz brapa??

    ردحذف
  33. salam bro jeff nk tnya lower arm evo 3 bleh trus pug n play ke kt wira 1.5 standdart?

    ردحذف
  34. lower arm evo3 boleh plug in pada wira 1.5 tapi kena pakai sekali dengan arb evo untuk masuk drop link sambung kat absorber. bush sate tak boleh pakai lagi

    ردحذف
  35. Assalamualaikum Bang..
    Nak tanya kalau crossmember dengan subframe evo3 boleh masuk terus ke dekat Wira 1.5? PnP ke?
    sebab gearbox manual bese je, lagi satu nampak mcm lain skit tempat nak pegang ekzos tu..
    sebab cadang nak tuka, subframe dh teruk la condition..

    Minta tolong bang..

    ردحذف
  36. subframe dan crossmember evo tak ngam dengan gearbox standard wira. kena ambik subframe dan crossmember 91/92

    ردحذف
  37. lower arm evo untuk depan ada tak? bukan apa kereta saya kalau speed mengejut akan ke kiri..tayar baru, ad sober baru,balancing dan aliment semua dah wat..huhu mintak nasihat.

    ردحذف
  38. Blog terbaik...very good info!!

    Kawan dah beli lower arm evo + ARB GTi 19mm, 2nd hand RM500. Cuma tak konfem cara pemasangan, sekarang ni nak cek telinga dekat absorber pulak. inilah blog yg diidamkan...trima kasih Tacra :)

    ردحذف
  39. Wira se 1.5 memang ada anti roll ni.mula2 saya ingat takder.rupanya mmg ada.saya nak tukar ke PU bush.tapi amik makan masa dan tak ramai pomen yang sanggup.boleh bro tacra tunjukkan cara nak tukar bush pada antiroll bar ni ke PU?..nak bagi layan corner jap..

    ردحذف
  40. salam abg jeff... ori arb evo3 brapa diameter? kalau saya pakai yg 23mm brand Ultra Racing tu ok x untuk injen gsr?

    ردحذف
  41. front sway bar evo lebih kuran 15mm, R3 19mm. boleh je nak pakai yang ultra racing, no problem

    ردحذف
  42. subframe evo3 masuk x dgn injen gsr manual? pasang kat wira sedan...

    ردحذف
  43. subframe + crossmember evo3 dapat masuk x dgn injen gsr manual? pasang kat wira sedan... dan mounting asal dapat pakai lagi x...?

    ردحذف
  44. bro jeff, sy nk tnya mcm mna nk tahu crossmember atau subframes bengkok?

    ردحذف
  45. subframe n crosemember evo xblh masuk kt wira yg enjin 4g93p (STANDART PROTON YG GTI PUTRA N WIRA C99 PUNYA TU

    ردحذف
  46. subframe dan crossmember evo boleh masuk kat mana-mana chasis wira tapi kena pakai gearbox 4 wheel, tak boleh guna gearbox 2 wheel yang asal

    ردحذف
  47. minta maaf bang,,sya masih kabur lgi dgan subframe+lower arm evo ni..sya pakai proton satria 1.6 manual..so skrg,sya nk tukar lower arm dpan sy dgn evo3..sya tgok kt mudah.my runner jual subframe evo complete dgn stering rack smua n state kat situ pnp kat satria/wira..so,mmg xboleh yer klu guna enjin 4g9x manual 2wd?

    ردحذف
  48. Bro tacra..nk tanya..kalo full set subframe+lower arm evo3 bleh pnp kt waja mitsu x?? Kete dh teruk sgt dgn bunyi besi bile jln kt jln xrata..sume bunyi kt bhgn dpn kete..tlg bro tacra..

    ردحذف
  49. abg jeff, tumpang tanya sikit.bila dah psg front sway bar ni, stereng mmg akan rasa berat dari biasa ker?
    sebab saya dpt cari kat halfcut front sway bar dsport utk viva saya.
    bila saya pasang, terasa stereng lebih berat dr biasa.mcm takde power stereng.adakah itu normal?
    terima kasih

    ردحذف
  50. asslm cikgu...arb ebo 3 agak cikgu berapa saiz bush dia....

    ردحذف
  51. Salam,nk tumpang tanya skit,sya memiliki waja,keta sya di hadapan slalu berbunyi ketak ketuk bila belanggar lopak,pada masa yg sama bush lower arm juga berbunyi,jd sya dh tukar suspension lower arm yg baru 1 set,sya juga telah bt Element keta,tp keadaan keta xstabil,tetapi still berbunyi,sya tanya pomen dia kata bunyi ketak ketuk tu dr anti roll.Adakah perlu sya tukar anti roll atau cuma beli bush anti roll saja?

    ردحذف
  52. kemungkinan bunyi itu disebabkan bush anti roll bar yang rosak. dalam wall FB saya ada ditunjukkan bush yang rosak yang saya tukar pada sebuah wira. apabila bush ditukar tiada lagi bunyi tersebut

    ردحذف
  53. Mne nk dpt arb R3 tu bro, blh rekoman kdai area tggnu klu ade?

    ردحذف
  54. Salam abg jeff..kalau tukar lower arm perlu adjust chamber ke?

    ردحذف
  55. Assalam jeff. Kete aku original wira 1.8dohc C99. Skrgvpakai absorber proride mmg dah ada siap telinga tu. Kalu aku sambung dgn drop link terus pada ARB yg sedia ada tu boleh ke? Sbb ARB asal wira 1.8 ni agak besar diameter dia. Tq jeff. (Din-kemaman, PMC; nick Paipon)

    ردحذف
  56. Saya nak tanya iswara saya baru tukar sate bush semalam tapi getah dh pecah...

    ردحذف
    الردود
    1. Guna bush apa, nak tahan lama cuba dapatkan bush ori proton yang boleh dibeli di sc proton atau guna bush silikon atau super pro bush

      حذف
  57. Asalam. Nak tanya sikit tentang roll bar. Cara membuka bust roll bar t perlu buka frem engie atau tak perlu.? Bust ja nak tukar.. nak minta ptunjuk tntang perkara ni. Proton wira 1.5.

    ردحذف
    الردود
    1. nak tukar bush arb atau sway bar ini kena turunkan separuh sub frame enjin. agak rumit kerjanya

      حذف
  58. salam abg jeff sy ad satria cyborg enjin 4g91.. nk tny skit ap perlu buat bile tayar depan xcenter..lebih rapat ke pintu..

    ردحذف
  59. Assalamualaikum bang jeff..sy skrg pkai lower arm libero..nak tukar kepada lower arm wira 1.6..bole ke sy nak pkao arb evo nie?? Absober pn 1.6..berapa ye hrga arb ebo dkat hafkat??

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors