Flywheel

walaupun bulan puasa diy tetap diteruskan, hehhe.. kali ini terpaksa turunkan gearbox lagi sebab flywheel dah tak sekata, kena skim semula permukaan flywheel tu. apakah penyebab flywheel jadi tak rata dan bercalar, dah nampak macam disc brake pulak kesannya. tapi sayangnya tak sempat ambik gambar sebab urgent pergi kedai machinery tadi

inilah rupa flywheel standard mivec, ada code 92V kat bahagian belakangnya

permukaan flywheel selepas di skim, nampak dah jadi sekata semula

hantar pukul 10 tadi dan ambik pukul 2. harap kali ni lagi sedap kot, hehhe...

ini rupa tuil gear kat gearbox. benda ni lah yang menekan clutch cover. bearing clutch kena pasang dulu kat hujung cabang tu

gearbox simpan dalam bilik dulu lagi
$ads={1}
kod gearbox

lubang untuk masukkan driveshaft kat gearbox

set clutch yang dipakai

guna torque wrench untuk ikat nat. kalau nat flywheel gunakan 54ft.lbs manakala nat clutch cover 15ft.lbs

guna 3 jack untuk naikkan gearbox, maklumkan kerja seorang diri je

esok sambung sikit lagi. gearbox dah siap pasang, cuma esok nak pasang driveshaft, crossmember, masukkan minyak gearbox je

48 تعليقات

  1. so macam mana rasanya selepas skim flywheel abg jeff?
    sedap x?
    kalu flywheel x sekata ,apa kesan pada pemanduan kita? enjin x menagkap dengan baik ka?

    ردحذف
  2. ada perubahan selepas skim flywheel, sebelum ni memang calar banyak dah jadi macam disc brake. sekarang mula jalan pun dah smooth, gegaran dah semakin kurang banyak walaupun pakai exedy 4 kaki, huhu...

    ردحذف
  3. bro...klu nk tau bila masanya nk kne skim flywheel camner?

    ردحذف
  4. hai bro jefff
    saya bercadang nak up grade flywheel wira 1.3 std kpd flywheel super touring (ST) 1.6
    Perlu ke saye skim dulu flywheel ST tu dulu atau pnp je terus.
    kalau nak skim berapa banyak?
    baru berjinak2 dgn kereta.

    ردحذف
  5. bro jeff.nak tnya..apa beza pakai klutch 3kaki ngan 4 kaki nih...saya bercadang tukar klutch plate 1.5 ke 1.8..leh abg jeff bagitau baik buruk die tak???

    khairul

    ردحذف
  6. exedy 4 puck baru dari 3 puck. 4 puck kurang gegar jika dibandingkan dengan 3 puck. flywheel super touring 8.5" perlu diskim terlebih dahulu untuk dimasukkan pada enjin 1.3

    ردحذف
  7. Abg jef.. iswara 1.3 le masuk flywl st 8.5" ker..
    xsempit ka casing? flywl 1.6 8" kan...

    ردحذف
  8. tak ada masalah kalau gearbox iswara nak masuk clutch super touring, untuk makluman flywheel sama besar diameternya cuma yang membezakan berat dan saiz clutch sahaja

    ردحذف
  9. bro jeff, apesal flywheel lepas skim tu cam lain je ngan sbelom skim. mane pegi gigi flywheel tu. boleh ke buang gigi die, lg ringan ke?

    ردحذف
  10. gigi tu ada kat belakang flywheel, kalau buang kereta tak boleh start langsung sebab gigi tu lah yang contact dengan gigi start masa crank

    ردحذف
  11. Abg Jeff EnsemTokHingat,

    klu pkai 3 kaki mmg bergetar smpi bila2? atau masa baru2 pakai je bergetar?

    sekian from Cak With love

    ردحذف
  12. memang ada gegar, mula-mula memang kuat getaran bila dah siap pasang. lama kelamaan akan semakin berkurangan tapi tak hilang rasanya..

    ردحذف
  13. starting gear satu tu kuat gegar..

    lepas tu layan 3krpm masa tukar gear xde gegar dh, cuma masa tangkap tu ada rasa..

    xde long term effect ke abamtacraensemtakhingat...?

    ردحذف
  14. knaper selepas saya skim flywheel gear saya susah masuk?

    ردحذف
  15. kalau skim flywheel pada bahagian belakang termasuk tempat lubang skru pun diskim akan menyebabkan flywheel semakin nipis, nak start pun akan ada masalah sikit nanti dan gear pun agak sukar untuk dimasukkan

    ردحذف
  16. bro jeff bleh tolong carikan flywheel mivec ck timing belt terbalik x..puas saya cari tapi susah jumpa la..

    ردحذف
  17. Abg jeff, kwn nk tukar flywheel wira 1.5 std kpd flywheel super touring (ST) 1.6.Perlu ke kwn skim dulu flywheel tu atau pnp je terus..klu skim brapa byk ye?


    fazsly08

    ردحذف
  18. kalau guna flywheel super touring 1.6 tak perlu skim tapi kalau guna yang1.8 kena skim

    ردحذف
  19. mcm mana nak tahu flywheel tu 1.6/1.8 bang jeff?b4 ni saya de tukau flywheel ST, tp sy xtau pula 1.6/1.8..andai kata flywheel sy 1.6, boleh tak saya nk pakai clutch plate 8.5inch?

    ردحذف
  20. biasa flywheel super touring 1.8 menggunakan set clutch bersaiz 8.5" flywheel 1.6 tidak boleh masuk clutch 8.5 inci

    ردحذف
  21. Salam bro jeff...sy dh pakai clutch trinty 6 puck enjin gsr t,flywheel pn dh pakai yg heavy duty.Masalahnya sekarang,bila tekan pedal clutch,ianya senyap...bila lepas pedal cluth,ianya mengeluar kan bunyi.Bearing clutch dh tukar yang baru,tp masih ada bunyi kat dalam gearbox.Bunyi macam clutch je yang tak kemas (antara clutch ngan flywheel ade free).Adakah cara utk hilangkan bunyi ni?

    ردحذف
  22. bukan bunyi clutch tapi bunyi bearing di dalam gearbox, kena rebuild balik gearbox untuk tukar bearing di dalamnya

    ردحذف
  23. salam bro jeff,

    aper code utk flywheel ST 1.6 ?
    sbb ingat sabtu nie nk cari kt halfcut.

    ردحذف
  24. chip Jeff..nak tanye ni klau iswara 4g13 nak masuk flywheel super touring 8.5 tak perlu skim lagi ke atau plug n play je?

    ردحذف
  25. tak boleh plug n play, flywheel wira 1.3 5 lubang dan super touring 7 lubang, kena buat lubang balik, biasa kedai machinery boleh buat. kalau 8.5" kena skim sikitsekadar lebih kurang berat dengan asal

    ردحذف
  26. Bng jef, nk tanya tuil 2 ada jual x?sy baru beli wira 1.6(m).ms tkr clutch set baru pomen ckp tuil 2 bkn 1.6 punya,tkn lutch trase keras..dia suruh sy cari tuil 2 n tkr..betul ke?dia ckp tuil skrg ni terlalu panjang, x sesuai, sbb bearg dah tertarik/tolak terlebih dhl sms free..minta pendapat a. jef..TQ.

    ردحذف
  27. abg jeff nk tny nie... klu engine 1.6... klu sy tukar clutch 1.6 ke 1.8 .. ape brg yg perlu erk? sbb niat dihati mau tukar clutch plate 1.8 nie..hmmm

    ردحذف
  28. Salam semua...mintak pandangan tentang gearbox..saya pakai wira 1.6 standard, gearbox pkai perdana manual...masalahnya enjin dah running jauh...sampai di trafic light..masuk clucth masuk gear 1 2 3 4 5 Reverse tak leh masuk...sebelum ini mudah je masuk...master clucth pump dah tukar baru...mintak pandangan...Salam...

    ردحذف
  29. Assalamualaikum w.b.t abe jeff... ambo nk tny skit...clutch wok abe jeff pki tu brp RM ye?mcm clutch 4kaki je tu...

    ردحذف
  30. As salam..saya nk tanya kos pemasangan clutch plate super touring flywheel besar sprti 8' @ 8.5'?
    de kesan smpingan x?
    sy pkai 4g15 cab
    boleh bagi nsihat x sbb cluth plate sy dh mle haus..sy cdg nk msuk flywheel besar skit..jd nk mnta tlong abg bg info skit la..tq..

    ردحذف
  31. Askm tmpang tanya kalau pakai spacer flywheel ada effect x dekat clutch plate n bearing?? Sebab ada formen ckp flywheel kalau dah skim terlalu nipis clutch plate susah nk grip dkt flywheel.. Harap ada abang2 yg mahir bab ni.. Terima kasih

    ردحذف
  32. Slm bang jeff.sy nk tumpang tnya pda abg jeff n saudara semua.kereta sy wira 1.5 se.maslh sy ialah bila sy nk gunakn gear reverse lpas cluth enjin kereta bergegar dgn kuat dan kereta brgerak untuk reverse pun berat..apa punca nya ye bang jeff n sedara semua..pecah pale da ni dok pikior..tq

    ردحذف
  33. Salam bang... nak tnya nie.... flywheel perdana boleh plug n play tak dekat 1.6 campro? Saiz flywheel perdana bape saiz dan 1.6campro berapa? Kalo boleh masuk nanti kena skim jugak ker?

    ردحذف
  34. Assalamualaikum.. Abg Jef serta kawan-kawan disini, saya mahu bertanya.. Ada perbezaan tak kalau kita upgrade clutch plate 1.3 kepada 1.6/1.8? Saya sekarang memakai jentera Proton Iswara 1.3 dan clutch plate saya memang sudah sampai masa untuk ditukar. Sebab saya bertanya adalah keliru dengan jawapan yang sering diberikan oleh mekanik-mekanik sekarang. Mereka semua mengatakan tiada perubahan yang akan berlaku apabila kita upgrade kepada 1.6/1.8 ini. Kereta seperti sama seperti clutch plate 1.3. Jadi, saya ingin mencari pandangan Abg Jeff serta kawan-kawan disini mengenai kekeliruan saya ini. Sekian, terima kasih...

    ردحذف
    الردود
    1. boleh upgrade kepada set flywheel dan set clutch lebih besar daripada standard 1.3 dengan syarat kena skim flywheel supaya berat lebih kurang sama dengan asal 1.3

      حذف
  35. salam abg jeff..baru2 ni saya ada tukar clutch baru waja..tetapi bila starting gear 1 rasa gegar..apa puncanya abg jeff..tq..

    ردحذف
    الردود
    1. Clutch baru biasanya ada gegaran sikit, lama nanti hilanglah. Kalau clutch racing lagi kuat gegarannya

      حذف
  36. Salam abg jeff, klau blh minta abg jeff jelaskn secara detail cara utk tukar clutch wira 4g15, sb sy msih bru lg dlm bidng automotif ni, jd minta tunjuk ajar abg jeff utk buat diy ni.

    ردحذف
  37. As.salam bro jefff.. sy guna wira 1.5.. nk masuk clutch playe 8 inci.. fkywheel stndrd sy nie skim dpn n blnkg... ade ape2 effect x bro.. boleh bro tlg trangkn x...

    ردحذف
  38. Salam bro jef..klu myvi cluth 1.5 pnp trs ke myvi 1.3.or prlu skim jg ke.

    ردحذف
  39. Salam bro jef..klu myvi cluth 1.5 pnp trs ke myvi 1.3.or prlu skim jg ke.

    ردحذف
  40. salam..saya guna iswara 1.5(ex teksi) ada pomen suggest tukar clutch plate putra..blh ke..sblm ni pernah guna clutch ST, rosak di kelantan & pomen kat sana tukar guna clutch wira 1.5..not sure dia tukar sekali flywheel or not

    ردحذف
  41. Assalam bro jeff.. sy dh msuk flywheel supertouring 8 inch dan cluth set 8 inch jga.. ttpi prob.. gear susah nak msuk..lebih2 lg gear reverse.. knp tu berlaku ?

    ردحذف
  42. Salam bro jef..aritu sy ada tukar clutch set..tp tlps pandang plk nk suruh cek flywheel skli.. skrg msh rasa mcm bgegar masa nk mula jln..xmerosakkn clutch set sy yg baru ke tu? Dlm masa tdkt ni klu nk tukar flywheel, perlu tukar lg skli clutch set ke? Rasa rugi byr labour charge plk..huhu

    ردحذف
  43. Assalamualaikum Brother'Jeff dan geng2 yg lain..sy nk bertanya sdkit(ad yg bgtau)utk pickupkan kereta yg
    enjinnya 1.6 atau 1.8,kita gunakan clutch 1.3.. Adakah betul yg memaklumkan ini?

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors