TPS Adjustment

kerosakan TPS (throttle position sensor) boleh menyebabkan rpm tidak stabil semasa idling dan kadang-kadang akan menyebabkan rough idling. bacaan semasa bukaan throttle penuh ialah 5v. fungsi tps ini ialah untuk ecu membaca berapakah bukaan throttle semasa kita menekan pedal minyak dalam kiraan voltage dan peratusan bukaan ini akan dihantar isyarat ke ecu. sebaik sahaja ecu menerima isyarat berapa bukaan throttle dengan sendirinya ecu dapat bekerja untuk sesebuah enjin seperti akan menyalurkan minyak yang mencukupi supaya perjalanan enjin menjadi lebih efisien

peralatan yang perlu digunakan ialah multimeter digital untuk memudahkan bacaan volt yang akan diambil nanti, analog multimeter pun boleh digunakan bergantung kepada individu masing-masing. yang hitam tu ialah TPS, tak perlu keluarkan throttle body dan boleh dilakukan terus pada kereta. kebetulan dah ada seketul throttle body dalam simpanan jadi senanglah nak tunjuk kepada semua supaya lebih jelas lagi.

apabila dah bersedia maka bolehlah kita jalankan kerja untuk melaras atau mengetahui berapakah bacaan TPS sensor pada kereta kita sendiri. sebenarnya untuk mendapatkan bacaan sensor ini boleh dilakukan di bengkel yang mempunya multi unit tester (MUT), plug ini soket ke port OBD on MUT dan terus kita akan dapat bacaan mana-mana sensor. tapi bukan percuma, anda mestilah membayar dengan jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh pemilik bengkel. bayaran untuk menggunakan komputer ini dianggarkan sekitar rm80 ke atas. jadi dengan hanya diy menggunakan multi meter pun kita akan dapat bacaan sensor tersebut. jimat kan?
$ads={1}
off kunci kereta, cabut soket TPS dan sambungkan wayar seperti yang tertera di atas. 3 wayar mengikut soket dan sambung dengan pin TPS. ada 3 wire utama pada soket tps iaitu ground, 5v dan satu lagi wire untuk reading bukaan throttle. tap je wire secara direct daripada soket ke pin tps sensor

wayar yang bersambung... dalam gambar dua wayar sahaja, kena tambah satu lagi mengikut sambungan asal soket. tps yang saya jalankan kerja ini merupakan tps 3 pin iaitu tps mivec. kebanyakan tps kereta lain atau proton menggunakan jenis 4 pin iaitu tambahan satu lagi pin untuk throttle idle switch iaitu berperanan untuk mengawal idling kereta

on kunci dan jangan start. tap multimeter kat + dan - pin TPS dan tengok bacaan volt kat multimeter. bacaan yang sesuai ialah 0.50v-0.70v. gambar atas menunjukkan hanya 0.02v sahaja, perlua laraskan balik kedudukan tps supaya mendapat bacaan yang dikehendaki. anda perlu longgarkan 2 biji nat no 8mm pada sensor tersebut dan bolehlah mengubah kedudukan TPS sehingga dapat bacaan 0.50v-0.07v. laraskan kedudukan supaya bacaan betul-betul tepat dengan memusingkan sama ada arah jam atau sebaliknya. ketatkan balik nat 8mm apabila bacaan yang dikehendaki telah dapat

bagi pengguna SAFCll anda boleh mendapatkan bacaan voltan TPS dengan melihat sensor check kat SAFC pada bahagian throttle sensor dan tak perlu menggunakan multimeter

selamat mencuba
jumpa lagi


51 تعليقات

  1. bro.. klu safcI mmg xde readingnyer? klu kita tuka position dia, adakah kereta akan jadi sebu?

    ردحذف
  2. Bro tacra nak tanya sikit..kalo pakai multimeter biasa boleh dah,pasal digital takde lah,...

    ردحذف
  3. bacaan TPS idling untuk proton 0.618V tak silap aku hehehee

    ردحذف
  4. nak tanya ckit..klu nak adjust TPS untuk 4G63,tp menggunakan throtle body S90 70mm...adakah boleh menggunakan cara yg sama..????

    ردحذف
  5. cara yang saam, nak bagi signal ke ecu berapa bukaan throtle

    ردحذف
  6. Helloo, ni nak tanya ni. kalau pakai TPS VR4 ada 3 pin je kan... soalannya, boleh ka dipadankan dgn Wiring evo3 yg mana ia memakai 4 pin kat soket tu? maksudnya ada 4 wayar???

    ردحذف
  7. kalau 4 wayar lebih baik dapatkan TPS yang 4 pin, rasanya tak sesuai masuk yang 3 pin

    ردحذف
  8. Kalau pakai TPS proton waja bole ke? sbap waja pakai 4 pin juga.

    ردحذف
  9. bang saya punya bacaan di VAFC menunjukkan bacaan dekat THR (throttle) 70% sedangkan pedal saya tak tekan pun... sebelum ni bacaan ok... 0%.... kejadian ini berlaku selepas saya tukar TPS sensor lain... pertanyaan saya..boleh tak nak adjust balik supaya ia jadi 0% balik? enjin b16a honda...

    ردحذف
  10. kena calibrate semula bacaan throtel. tengok dalam manual VAFC, ada caranya

    ردحذف
  11. salam... abang jeff. bila sya adjust tps kepada 0.50v idling keta saya turun naik turun macam x stabil apabila sya tekan pedal dan hold rpm at 1.5k.. bila saya adjust 0.65v idling keta ok bila sya hold pedal 1.5k rpm. adkah sya punya tps rosak. engin 4g91 stock.

    ردحذف
  12. bro, sy ade terbaca mitsubishi workshop manual, wire yg perlu tap utk baca output TPS melalui multimeter adalah + dan O. Cara mana yg betul? + dan O ke atau + dan -??

    ردحذف
  13. cara nak baca + dan - tu kena sambung kat TPS baru ada current supply kat TPS. O tu untuk dapat bacaan voltage TPS dari 0v hingga 5v

    ردحذف
  14. bro... yg pin kat TPS tu, yg mana satu +ve, -ve, grounding???

    ردحذف
  15. kedudukan - atau + tps boleh tengok kat tps itu sendiri, dah ada marking untuk - + dan o, perhatikan bahagian atas tempat kemasukan soket

    ردحذف
  16. salam abg DIY.brape bacaan volt TPS yg sesuai untuk enjin B16A,ada ke same dgn mitsu 0.50V.sekian.

    ردحذف
  17. assalam bang tacra...saya dah try buat macam mana yg ditunjukkan tapi 4 wayar la tps evo, sambung wayar pin soket ke tps..pastu tap multimeter kat - +. dapat 5volt...saya try adjust kiri kanan, longgarkan skru 8...bacaan x berubah pun...kenapa bang?

    ردحذف
  18. kalau tap - dan + memang akan dapat 5 volt iaitu voltage keseluruhan tps. kena tap - dan S

    ردحذف
  19. salam bang..idling masa enjin sejuk dlm 850rpm. tp bila enjin dh panas, idling naik sampai 1300rpm. klu sy adjust TPS ni, bole setel x masalahnya??

    ردحذف
  20. Salam,
    Bang enjin saya 4g93 tp pakai intek & s90 70mm yg honda.. Ada 3 la soket kan, tp bila saya test TPS yg mcm abg ckp tak keluar apa-apa bacaan pun.. Adakah TPS sy problem@ sy salah cucuk multimeter?? Pada soket ada bacaan yg + je yg - duk tepi skali @ tengah, tlg newbies

    ردحذف
  21. Sepatutnya ada keluar bacaan pada multimeter apabila buat dengan cara betul, mungkin ada kesilapan kot, check balik

    ردحذف
  22. abg jeff, nape bila sy tnggikan volt TPS tu enjin trun jatuh bila nk tukar gear? ape perlu sy buat...

    ردحذف
  23. pakai enjin apa dan sekarang set voltage TPS tu berapa volt?

    ردحذف
  24. bang jeff. tps 4 wayar enjin 4g92p saya x ada simbol - +OS. mcmana nak tahu wayar yang mana perlu diambil bacaan nya? tq. mat

    ردحذف
  25. slm.. bng sya de mslh dgn timing aircond drop & jerk2 setiap kali masuk gear lepas tukar T.B..pe mslhnye leh tlong tk..

    ردحذف
  26. salam.brapa reff volt untuk tps waja mitsu..?
    waja sy reff volt 6v..bacaan tps plak 0.87v idle dan 5.90v wot...normal ? kalau xnormal.apa masalah ye? tq

    ردحذف
  27. salam abg jeff bagaimana langkah check tp pad waja mmc. sy x pasti terminal mana sy nk ambil utk test voltage tps waja saya..jika bacaan tps tinggi apakah kesan pada kereta saya wslm.

    ردحذف
  28. salam bro..nak tanya bro..kalo kita nak periksa bacaan ni kat enjin proton wira 4g13..boleh x..brapa bacaan volt dan tps nya bro..

    ردحذف
  29. Selamat pagi mohon bantuan drpd encik sy sudah buat seperti yg awak ajar iatu set tps 0.50 tp apa masalah yg sy hadapi skrg timing enjin masih tinggi 1000 rpm keatas dan apabila sudah bergerak enjin akan pandai tersengguk2 seperti ada 1 spark plug rosak atau mati....apa masalah lain yg sy hadapi.. apakah perlu sy buat remap ecu enjin sy..mohon penjelasan

    ردحذف
  30. Selamat pagi mohon bantuan drpd encik sy sudah buat seperti yg awak ajar iatu set tps 0.50 tp apa masalah yg sy hadapi skrg timing enjin masih tinggi 1000 rpm keatas dan apabila sudah bergerak enjin akan pandai tersengguk2 seperti ada 1 spark plug rosak atau mati....apa masalah lain yg sy hadapi.. apakah perlu sy buat remap ecu enjin sy..mohon penjelasan

    ردحذف
  31. Hello Jeff Tacra,
    TPS is a very good machine to adjust to know the condition of the machine. It shows the actual condition of a machine. Thank you for your nice sharing.

    ردحذف
  32. Salam bang, tps untk viva auto thun 09 brpa hrga ye.pegi check kt bngkel diorg ckp tps dh rosak kos 2rat lbih klu nk tukr.

    ردحذف
  33. salam bang jeff, saya nak tanya kereta waja saya nie baru overhaul, tapi lepas overhaul jadi tukar lah throttle body, lepas tu tuning enjin, selepas semua tu, kereta waja saya punya top speed hanya capai 150 km/j, sebelum overhaul boleh capai km/j apa masalahnya, minta bantuan abang jeff sangat2

    ردحذف
  34. Salam Cikgu Jeff. kalu tps tu terbalik takpe ke? maksud sy kalau sebelum ni soket dia ke kanan, tapi pomen sy pasang tebalik..soket ke kiri pulak..sama ke bacaan nya? tak jadik negatif ( - ) volts pulak ke? kang ecu lak pening nk baca..

    ردحذف
  35. Assalamualaikum,bang nk tye wiring sy vr4 socket ada 3 pin,tp tps sy 4 pin...tp sy nk set xdpt bacaan stay o.o2v

    ردحذف
  36. Assalamualaikum Cikgu Jeff..kelisa saya dh try check..bacaan tps 4.8v..yg idling 1.47v..kena tukar ke tps memandangkan tps kelisa xleh diadjust2?

    ردحذف
  37. Kerana sebab ni jgk ke yg selama ni keta saya xleh tekan paddle myk mendadak..kreta jdi lemas dn enjin nk mati..bhaya untuk memotong sbb loose power.

    ردحذف
  38. Hello... Kereta Kelisa 1.0 auto ada TPS kan? TPS ini boleh jadi kotor tak? Saya tahu cuci throttle body (tanpa tanggalkan) dan idle control valve (dan chamber), tapi belum pernah buka TPS. Senang tak buka TPS untuk Kelisa? I takut bila buka dah, ada spring atau skru akan tiba-tiba tanggal...dan tak tau install balik..

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors