In-Tank Fuel Pump

kalau nak upgrade in-tank fuel pump terpaksalah kena turunkan tangki minyak dan kerja ni boleh dilakukan secara diy je kalau anda mempunyai keyakinan dan tools yang mencukupi. kebanyakan antara kita tukar kepada fuel pump yang lebih besar seperti walbro dan sebagainya. ikutilah bagaimana cara nak tukar fuel pump berkenaan.

dapatkan plywood atau kalau tak nak guna pun tak apa, untuk menahan tank seperti gambar di atas. sebelum turunkan tank terlebih dahulu pastikan kandungan minyak petrol di dalamnya paling minima, kalau tak... fikirkanlah...

terlebih dahulu buka hose kemasukan minyak ni, longgarkan clip dan tarik sampai tercabut hose berkenaan. hose minyak ke enjin pun hendaklah dibuka, boleh dilihat pada bahagian tepi tank

pastikan juga soket power untuk pump ni dibuka, boleh didapati pada bahagian seat belakang bawah carpet.

gunakan dua jack stand untuk memudahkan kerja di bawah kereta. terdapat 4 skru bersaiz 14mm di sekeliling tank
$ads={1}
bila dah buka nut tank dengan perlahan-lahan turunkannya dengan jack tadi

tank standard wira

buka nut bersaiz 8mm di keliling holder fuel pump ini dan keluarkan fuel pump

gantikan dengan pump yang dikehendaki dengan meletakkan semula pada holdernya. sebelah kiri merupakan pump 4G15 dan di sebelah kanan ialah fuel pump 4G92M

selamat ber'diy'
terima kasih

58 تعليقات

  1. memang ada beza, pump cantik pressure minyak akan dapat dikekalkan dalam fuel rail

    ردحذف
  2. keta saya dah tukar pump tp napa bila on ignition x dengar bunyi pump. masa pump lama dengar.. pump baru ni half cut punya.. pump x cun ke? keta satria.

    ردحذف
  3. pakai enjin apa, kalau enjin mitsu biasa tak bunyi pump masa on kunci, kalau proton standard on kunci pump hidup beberapa saat

    ردحذف
  4. ooo..dulu mmg pump stended proton satria 1.6gli.. lepas tu pump kong.. pomen tukar pump half cut tak tahu dari model apa.. tp mmg on kunci x dengar bunyi pump.. pakai enjin mitsu.

    ردحذف
  5. wira se saya mengalami masalah, start yg bermasalah, seteleh buat ujian pada enjin yg mengubungkan minyak. didapati tiada minyak ke enjin. pada mulanya menjangka fuel pump, tetapi setelah dibuka dan diuji direct ke bateri, masih berfungsi..apakah penyebabnya? seperti tiada elektrik ke feul pump..fius semua berfungsi dgn baik..

    ردحذف
  6. kadang-kadang fuel pump lemah pun boleh jadi penyebab macam tu

    ردحذف
  7. adakah sebab fuel pump lemah dia takleh supply minyak ke fuel rail dgn sempurna?..skrg sy gunakan fuel pump 1.3 wira pada enjin 4g91..adakah kene upgrade ke fuel pump yg lebih besor mcm evo punya fuel pump..

    Masalah kereta sy adalah susah nk start pepagi,kekadang sampai 6-7 kali crank baru idup..tu pon RPM slow2 naik dr 200 ke 1000 rpm..

    ردحذف
  8. faisal> masa start pagi rpm tak tinggi ke, macam stepper motor probelm kalau simptom macam tu, try tukar stepper motor dulu, kalau tak mau jugak try tukar fuel pump pun boleh jugak

    ردحذف
  9. mcm mana nak pastikan fuel pump lemah? perlu tukar fuel pump juga ke? masalh ini masih juga saya hadapi...setelah memeriksa beberapa cable, didapati relay tidak berfungsi(relay yg terdapat bawah depan seat penumpang), relay telah diuji pada kereta lain dan didapati berkeadaan baik. Salah satu wire yang menghubungkan relay seperti tiada elaktrik apabila diuji dengan test pen yang telah digroundkan. Semua fius dalam keadaan baik. Cara yang senang untuk start engine adalah masukan test pen yang telah diground kan tadi pada salah satu kaki relay, dan relay akan berfungsi dan mengeluarkan bunyi tick tick..baru engine boleh start. apakah penyebab masalah ini?

    ردحذف
  10. Salam....
    kereta saya wira 1.6 asal AUTO ditukar kepada MANUAL. Adakah kena tukar Fuel Pump juga..? kerana apabila saya on kan switch kereta, lampu indicator CHECK ENGINE menyala lama. Dan terdapat bunyi macam ROTOR bergerak di bahagian dalam TANK PETROL. adakah itu tandanya Petrol Fuel Pump ROSAK..?

    ردحذف
  11. salam bro, mana tempat letak nye barang yg ukur minyak petrol kurang atau full.....

    ردحذف
  12. float minyak petrol tank wira ada bawah seat. buka seat dan umpil besi bulat penutup terus nampak skru float tersebut

    ردحذف
  13. Bang..,kete sy wira 1.5 vdo...ade masalah first start prblem....cam minyak xsmapai...tapi klu dah hidup, mati engine strat blk dah ok....bile padam dalam 30-45 minit dh jd semula first start xboleh kene tekan minyak baru boleh.....rase2 ade sbb fuel pump tak??TB dah service masih problem gak....thanks

    ردحذف
  14. En Jeff..
    Nak tanye sikit. Kerete saya tiba2 start tak beleh hidup. Tapi starter jalan. saya buka sambungan minyak kat injector tak ade minyak yang keluar. Adakah fuel pump problem @ada masalah lain ?

    ردحذف
  15. kalau takde minyak keluar melalui hose ke injector tu macam fuel pump bermasalah

    ردحذف
    الردود
    1. Sy dh tukar baru fuel pump bos masih juga minyak x keluar dari hose injector..apa masalah nya??

      حذف
    2. kena pastikan dulu sama ada pump hidup atau tidak. cek jugak fuel filter takut sumbat

      حذف
    3. Salam bang jeff..kreta sy wira 1.5 injection mmc...bile start kreta ade bunyi mcm berdesing laa.dekat blakang...kalau dgr celah rim..dgr bunyi kuat....ape masalah tu?sy suspect fuel pump

      حذف
  16. salam, saya pakai wira engine GSR Turbo, feul pump wira 1.5 bersama tank asal,
    masalah saya start engine kadang -kadang senang hidup. kadang kadang susah,,, macam minyak tak sampai je,,,

    Boleh ke saya pakai fuel pump wira atau kena tukar lain...... tlong bos selesaikan masalah saya ni

    ردحذف
  17. guna fuel pump gsr atau evo. nak cantik lagi pakai walbro 255LPH

    ردحذف
  18. salam bro jeff... nk tanye kete sy pakai ejin standard wira 1.5.. fuel pump y lama da kong.. tukar ke fuel pump walbro... msalahnye.. pkai fuel pump walbro nie mmg ad bunyi cam rotor,. normal ke x normal??

    ردحذف
  19. salam bro..slalu hrga fuel pump ori tuk wira 1.5 se brpe??

    ردحذف
  20. fuel pump ori wira 1.5 kat proton service hampir rsekitar rm400

    ردحذف
  21. nak tya bro klo sa sgg drive tba2 check engine myala,tp klo x jln x pla bnyala...pa yg rosak 2...

    ردحذف
  22. bro, selamat hari raya.nak tanya, kereta wira 1.5 carb pakai fuel pump gak x?
    thanks.

    ردحذف
  23. tangki carb tak ada fuel pump, minyak disedut oleh carb dari tangki

    ردحذف
  24. salam,kete sye wira 1.6,mase tekan minyak tiba2 jerking enjin nak mati,mase lepas minyak time idling ok,pas tu pegi bengkel,pomen 2 try rem,tp enjin mcm sangkut2 n terus mati,pas start balik,ok lak,dh x sangkut2,agak2 pe ye bang?pomen 2 kate,mungkin distributer,TB,& ecu.member saye kate lak,fuel pam/fuel filter,tp itu hari baru gnti fuel filter spare part punye la,bukan ori proton..tengkiu

    ردحذف
  25. Ada dua kemungkinan je yang berkaitan dengan enjin jerking ni iaitu minyak atau api. Trty cek dulu plug, cable plug, distributo

    ردحذف
  26. ok saye cek plug dulu,kalau distributer bermasalah, ade warning check engine x?td try bukak fuel filter,ade air sikit..dalam tangki ade air ke?atau proses pemeluwapan petrol?

    ردحذف
  27. bang...apa masalah kalau kita jalan jauh tapi kedudukan meter minyak masih dalam kedudukan full..

    ردحذف
  28. Try cek float kat dalam tank, macam float bermasalah je ni. Search entri blog saya mengenai float tu

    ردحذف
  29. bang jeff saya pakai fuel pam walbro, time tgh hari bunyi amat kuat , duduk dalam kreta pun boleh dgr dengan jelas tapi time malam pulak bunyi slow cikit, dok dlm keta x dengar, apa masalahnya?,dan ada x cara nak setle problem ni.

    ردحذف
  30. salam.. bos mntak tolong knapa kereta sy ada bunyi fuel pump bila drive jauh, mkin lama makin kuat bunyi. kadang2 ada bunyi macam gas bocor?

    ردحذف
  31. Abg jeff.kat mana fuse/relay fuel pump wira?fuel pump baru tukar still x jalan.xde current masuk.dah check kat connector.tolong saya abg jeff

    ردحذف
  32. Salam... Gen2 sy ada sedikit problem yg mana pabilA minyak diisi kemudian jln dlm beberapa km, meter minyak Akan turun memdadak.. kemudian sy berhenti dn start semula.. secara tiba2 minyak kembali byk.. apa masalah sbnrnya..? De pomen kata fuel pump. Ada yg kata meter. Ada yg kata check wiring...

    ردحذف
  33. salam cik..sy nk tya..fuel pump kelisa mmg byk msalah ke?
    sy bru je tukar fuel pump bln 3 hari tu..bln 5 msalah lagi..pomen sy ckp msalah wiring..lpas tu die kne blik sebulan lepas tu..

    ردحذف
  34. Salam. Sy pkai satria 1.6 auto 4g92, kreta sy dah install ficd. Kereta tak kluar asap. Terbaru sy buat tuning. pusing town (40km) boleh abis petrol rm20, tp long distance (80km) boleh rm10 je.. simptom begini apa masalahnye?? Adakah normal utk auto?Tolong bantu sy.

    ردحذف
  35. Salam. Sy pkai satria 1.6 auto 4g92, kreta sy dah install ficd. Kereta tak kluar asap. Terbaru sy buat tuning. pusing town (40km) boleh abis petrol rm20, tp long distance (80km) boleh rm10 je.. simptom begini apa masalahnye?? Adakah normal utk auto?Tolong bantu sy.

    ردحذف
  36. salam bro,wira 1.5 auto sy br tukar fuel pump jenis denso...tp lpas psang, bunyi cam motor dari tangki mnyak tu cam kuat ja..berdengung..normal ke cmtu..sblm ni xbunyi pon...

    ردحذف
  37. salam bro,wira 1.5 auto sy br tukar fuel pump jenis denso...tp lpas psang, bunyi cam motor dari tangki mnyak tu cam kuat ja..berdengung..normal ke cmtu..sblm ni xbunyi pon...

    ردحذف
  38. assalamualaikum bang,wayar suply api fuel pump perodua kelisa.boleh bypass x.dgn mna2suply api,yg berdekatan dgn socket kt bwh kusyen belakang.

    ردحذف
  39. assalamualaikum bang,wayar suply api fuel pump perodua kelisa.boleh bypass x.dgn mna2suply api,yg berdekatan dgn socket kt bwh kusyen belakang.

    ردحذف
  40. Assalamualaikum bang...nak tanye kalau kete untuk 1st or 2nd start susah nak idup...kene tekan minyak masa start baru boleh idup...ade kene mngena dengan fuel filter x?Saya pakai Wira 1.5

    ردحذف
  41. Salam bang,,saya guna kereta wira se 1.5..masalah kereta ni minyak cam tak cukup naik..masalah pum ka tu..minyak ada juga kluar kat hose injictor..

    ردحذف
    الردود
    1. Minyak xcukup tu bila tekan padel minyak sampai ke lantai or pasang aircond baru jd?mungkin plug kong atau kabel plug dh kong..

      حذف
  42. tangki kotor boleh jadi punca kereta mati ker,baru2 ni sy da tukar fuel pump tapi selang 2 hari kereta msih mati bila brjalan

    ردحذف
  43. Kereta Kelisa saya baru tukar fuel pump. Tapi meter minyak dah jadi tak betul. kenapa ye?

    Masalah fuel pump kereta Kelisa

    ردحذف
  44. ambe pakai vdo 1.5. tengah duk naik kereta tiba-tiba bunyi macam orang duk mesin rumput. dah terfikir pebenda pulak mesin rumput bunyi. terus berhenti tepi jalan matikan enjin. try start balik tak hidup2. terpaksa tunda ngan lori,mujur kebetulan ada lori yang baik hati tolong tarik.cek ngan pomen, ternyatalah ia masalah fuel pump. kalo dah bunyi pelik2 dari bawah kereta konfem lah tu fuel pump.

    ردحذف
  45. أزال المؤلف هذا التعليق.

    ردحذف
  46. Da selesai bos smua mslh,pncanya pn dah jmpa,tq bos n smua

    ردحذف
  47. salam encik safri abdul, boleh sya tau apa punca nya?? Sya fikir msalah krita encik sma dgn msalah krita sya. Sya dh ganti fuelpump baru, fuel filter baru tpi bila start enjin dia hidup skjp sja. Minyak mcm tak cukup naik.. dh try start enjin lgi dia hidup tpi mati lgi..

    Lagi 1, holder fuelpump tu ada jual kh yg baru.. ?

    ردحذف
  48. Hj julhilmi,wsalam,kereta model apa hj,mcm sy wira vdo,
    Lampu check engine hdp tak?jk hdp,cb check coolant/fan sensor,

    ردحذف
  49. salam nak tanya masalah fuel pump welbro..asal tengah hari bunyi kuat sangat lepas tu engine keta semput.susah nak hidup kena tunggu 10 minit baru ok.asal saja jem fuel pump akan berbunyi kuat enjin keta akn mati?apa masalahnya tu

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors