Cara Menggunakan Timing Light

timing light perlu digunakan untuk memastikan tahap kedudukan ignition timing kereta dalam keadaan baik. kita boleh mengubah kedudukan distributor untuk mendapat posisi crank berada pada keadaan yang tepat dengan degree yang betul. penggunaan timing membolehkan kita menala kedudukan ignition timing pada sesebuah kenderaan sama ada kedudukan advance atau retard dan semestinya membawa kesan yang berbeza pada sesebuah kereta. kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah kedudukan distributor tanpa bantuan alat ini kerana kemungkinan pelarasan yang kita lakukan itu tidak tepat. tetapi ada juga pomen yang mahir hanya menggunakan deria pendengaran sahaja untuk melaras kedudukan distributor dan kedudukan ignition timing sesebuah kereta

ini rupa timing light dan ada yang lebih baik lagi iaitu advance automobile timing light yang boleh mencecah harga ribuan ringgit. gambar atas brand MR. MARK pun dah memadai. kalau brand mahal kita boleh setkan pada bahagian belakang timing light berapa degree yang kita inginkan dan kemudiannya barulah kita boleh melaras ignition timing dengan tepat. kalau menggunakan sist MUT (multi unit tester atau komputer) pun boleh kita mengetahui bacaan ignition timing, lagi senang nak adjust

ini distributor kereta nadi 4G9x dan kalau kat wira sekarang yang mempunya ecu siemen kedudukan ini tidak dapat diubah, jadi kena tuning menggunakan MUT. hanya pada kerata proton bacth terdahulu sahaja mempunyai distributor seperti ini. longgarkan skru bersaiz 12mm untuk mengubah kedudukan ditributor supaya sesuai dengan kedudukan bacaan crank yang dikehendaki nanti. distributor tidak boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa timing light

klipkan kepada wire plug piston no. 1 dan ada sesetengah klip ini mempunya marking bertanda panah iaitu menunjukkan arah tertentu yang perlu kita patuhi semasa dipasangkan pada wire plug itu nanti
$ads={1}
klip negatif dan positif ke bateri kereta. pastikan pada masa ini kereta belum dihidupkan lagi

nampak soket brown kat atas. soket ini ialah untuk sambungkan ke ground atau kat mana-mana body kereta semasa proses mengubah kedudukan distributor.

kalau soket ini disambungkan ke groud bacaan degree pada crank nanti yang perlu ialah 5BTDC dan kalau tak sambungkan pada ground bacaan yang perlu pada marking crank ialah 10BTDC

ini tempat nak halakan timing light tu. start enjin dan halakan timing light ke arah marking crank pulley dan di sini kita akan dapat lihat kedudukan marking crank pulley dengan marking degree dekat cover enjin tu. kita akan dapat lihat marking crank pada degree tertentu yang ditandakan dengan T, 5 dan 10, oleh itu anda perlu mengubah kedudukan distributor untuk mendapatkan bacaan 5BTDC atau 10BTDC seperti yang dinyatakan di atas. boleh juga untuk setting advance atau retard

halakan timing light dan cahaya berkelip-kelip akan menampakkan marking crank pulley.

selamat mencuba
jumpa lagi

15 تعليقات

  1. kalo ter advance atau ter retart apa efek dia pada enjin abe jeff?

    ردحذف
  2. yg ni bro cakap ada 3 setting jek T, 5 dgn 10 kan?
    tapi yg bleh set 8 la.. 10 la.. 13 la.. camne lak tu? ke berbeza cara sambungan grounding tu??

    ردحذف
  3. Pomen kawe main ejas2 gitu je abam Jeff, takde pakai timing light pon... ada efek tak agak2?

    ردحذف
  4. kalau ejas tanpa tool boleh tapi tak tepat melainkan pomen tu memang terror

    ردحذف
  5. jai, memang ada pomen yang pakai dengar macam tu, lepas tu test, ejas dan test hingga cun

    ردحذف
  6. adou...complicatednya...x paham den..

    ردحذف
  7. set timing ignition xla pyh sbnrnya sbb pling kuat pn beza brapa degree jak sbb sambungan tu pki soket g camshaft...
    lagi pun klo x silap 4g9x(dohc) x pki distributor, inginition module dia lain skit.. tu kalo x silap cuma cam angle sensor jak..
    kalo x silap 4g1x/4g9x(sohc)pki distributor la tp tu pn sama gak pki soket sambung g camshaft..
    kalo distributor yg oldschool skit, yg pki gigi gear sambung g camshaft tu yg kena ejas baik2, kena tangkap timing dia ngan tepat klu x, x steady ler enjin tu...

    ردحذف
  8. kabel plug vdo/mmc pnya distributor pada wira sama x?..kalau xsama kat mana bezanya boss?

    ردحذف
  9. cable plug vdo memang beza dengan mmc, bezanya pada tempat cucuk kat distributor, ada kelainan di situ iaitu hujung cable tak sama antara keduanya

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors