K&N Air Filter Cleaning

kebanyakan dalam kalangan peminat kereta sudah pasti akan menukar penapis udara kepada jenis aftermarket seperti open pod atau drop in. istilah open pod ialah air filter yang berbentuk bulat kebiasaanya dan dipasang luar daripada kotak asal air filter, jadi kotak asal air filter kena buang dan tak boleh digunakan lagi. lebih baik jangan buang atau jual nanti kalau nak pakai balik filter asal kena mencari pulak kotak filter lain, simpan je. mana tahu kalau nak jual kereta atau ubah selera balik nak pakai yang standard. manakala drop in pula ialah filter aftermarket juga yang direka dan dibuat untuk dimasukkan ke dalam box filter asal, caranya buka je filter asal dan hanya slot in ganti je dengan filter baru. ada pro dan kontra antara kedua-dua filter ni, nanti saya akan jelaskan lebih lanjut pada entri blog saya yang seterusnya

kali ini kita akan mempelajari bagaimana cara untuk mencuci air filter jenis K&N atau yang sewaktu dengannya. banyak jenis air filter jeni ni seperti APEXI, SIMOTA, HKS dan lain-lain lagi. pada kebiasaannya kotoran yang berupa habuk akan melekat pada permukaan luaran penapis udara dan hasilnya sistem pernafasan kereta akan menjadi tidak efisien. lama-lama kekotaran ini bertambah tebal dan kemasukan angin pun dah jadi tak lawas dan kadang kala angin yang disedut nanti akan bercampur dengan kotoran dan habuk

gambar menunjukkan air filter jenis K&N open pod, pencuci dan minyak yang akan digunakan untuk mencuci penapis udara jenis ini. kit pencuci air filter K&N ini berharga sekitar rm75 dan boleh didapati di mana-mana kedai menjual alatan performance kereta. kadang-kadang kedai aksesori pun ada jual. bukan pencuci jenis K&N sahaja yang ada, malah ada dua tiga jenis lagi brand pencuci air filter ni. saya gunakan K&N so kenalah guna pencuci daripada brand yang sama :) biasanya pencuci air filter didatangkan dengan dua botol iaitu satu untuk mencuci yang bertindak seperti sabun lah, menghapuskan segala kotoran degil dengan mudah dan satu lagi ialah minyak untuk disapu atau diletakkan pada luaran elemen filter tersebut, tujuannya untuk memerangkap partikel halu seperti debu supaya tak menerobos masuk ke intake kereta nanti


caranya mudah sahaja
1. spray cecair peluntur K&N pada bahagian luaran dan dalaman air filter
2. biarkan melarut selama 10 minit, nak lagi lama pun boleh
$ads={1}
selepas 10 minit bilas dengan air paip yang sederhana kuatnya dan jangan gunakan penyembur angin kerana tindakan sedemikian boleh merosakkan elemen penapis udara anda. hanya sekadar gunakan laluan air paip biasa sahaja. jangan pulak guna pressure water nanti tembus filter anda


lihatlah betapa kotornya air yang keluar daripada air filter dan ini menunjukkan bahawa penapis udara sudah tidak dapat menjalankan fungsi dengan berkesan dan menunjukkan juga betapa kotornya penapis udara tersebut. kalau servis kereta di kedai selalunya mekanik yang mengendalikan kereta kita menggunakan pressure angin untuk membersihkan filter ini, kalau filter standard bolehlah buat macam tu, kalau filter ni sorry... nanti rosak penapisnya. kena ingatkan mekanik berkenaan supaya jangan tembak menggunakan pistol angin

habuk dan kotoran yang ada dan didapati seperti pasir halus yang melekat pada filter. filter K&N ini life time warranty so jagalah ia dengan sebaiknya. selalulah cuci seperti mana yang dicadangkan oleh pengeluar filter ni. setiap kali tukar minyak enjin beri perhatian juga kepada air filter, periksa sama da banyak kotoran atau pun tidak

setelah dibersihakan jemur sehingga kering bawah panas cahaya matahari dan pastikan penapis udara betul-betul kering. lihat gambar atas tu, dah nampak putih bersih sikit daripada sebelumnya. apabila sudah kering sepenuhnya spray minyak yang dibekalkan bersama kit pencuci pada bahagian luaran air filter sahaja. kalau K&N minyak berwarna merah sebab tu lah filter K&N nampak merah je. kalau minyak filter ni dah habis, jalan lain yang boleh kita gunakan ialah menggunakan minya gearbox kereta auto, boleh juga digunakan untuk filter open pod, tapi ramai yang tak tau kot

sudah siap untuk dipasangkan pada kereta dan ternyata dapat memberikan respons yang baik bagi kereta anda. udara yang masuk pun jadi bersih dan segar


selamat mencuba
semoga berjaya

6 تعليقات

  1. sekiranya guna air filter open pod mcm ni, kalau tgh drive hari hujan dan terkena air, adakah prestasi air filter ini akan terjejas..ingin tahu,tq

    ردحذف
  2. selama saya pakai tak pernah kena air walaupun lalu dalam hujan yang sangat lebat. ada juga pernah dengar kes yang tersedut air dan masuk dalam enjin, rosak enjin

    ردحذف
  3. salam bang.ade tak chemical lain yang boleh digunapakai selain kit pencuci knm ni??

    ردحذف
  4. boleh cuci dengan menggunakan air dan sabun biasa sahaja, keringkan di bawah matahari dan letak minyak gearbox auto, selesai...

    ردحذف
  5. kalu jenis drop in mcm mana cara nak letakkan minyak auto tu?

    ردحذف
  6. Assalam abg jeff. Nak tnya bole tak guna K&N cleaning kit ni utk bersihkan air filter brand lain mcm Simota?? Ada promen ckap tak bole sbb material kat air filter tu lain2. T.kasih.
    -Fauzi Dungun,Trg-

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors