Campulley & Crank Pulley

Diy ini boleh dikatakan mencabar sikit sebab kena buka timing belt, buka cam pulley dan buka crankshaft pulley. pertamanya tools kena mencukupi dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melakukannya kerana hanya dengan kesilapan yang kecil boleh merosakkan enjin anda. gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya dan pada hakikatnya proses memasang alat ini agak rumit. tapi semua ini tak jadi masalah sekiranya dah biasa tukar timing belt pada jentera masing-masing. so tak salah kalau mencuba untuk menukar adjustable campulley serta lighten crank pulley

campulley standard memang dah statik dan tak boleh laras lagi sama ada nak retard atau advance intake dan exhaust. hanya boleh adjust ignition timing dalam keadaan standard sahaja. dengan adanya campulley aftermarket yang boleh laras maka kita boleh setkan cam intake dan cam exhaust sesuai dengan enjin kereta kita dan tidak bole sewenang-wenangnya adjust begitu sahaja, malahan boleh mengakibatkan keupayaan enjin semakin menurun atau kata orang semakin lemau. apa yang kita harapkan ialah dengan pemasangan adjustable cam pulley ini boleh menambahkan sedikit kuasa dan pick up enjin kita, itulah sebenarnya yang kita mahukan pada kereta kita

crank pulley standard beratnya telah disesuaikan dengan enjin tapi sekiranya menggunakan crank pulley yang ringan boleh menambahkan lagi pick up kereta tambahan pula digandingkan dengan penyelarasan cam pulley yang dibuat dengan betul. untuk set cam pulley kena banyak kali test, adjust, test, adjust dan begitulah seterusnya sehingga kita mendapat kuasa yang diingini. kalau ada mesin dyno lagi senang nak cek, sediakan duit je. ada sesetengah pendapat yang mengatakan bila kita memasang cam pulley aftermarket yang ringan maka balancing enjin dah menjadi tak betul dan enjin menjadi tak balance. ada juga kebenarannya kan, nanti saya test dulu kat kereta saya dan kalau ada masa dan kesempatan saya akan update dalam blog saya penggunaan lighten crank pulley ini sama da selamat atau tidak digunakan pada kereta untuk jangka masa yang panjang


keluarkan timing belt dan belt-belt lain yang berkaitan dengannya seperti belt alternator, belt power steering dan compressor aircond. itu lah yang saya nyatakan tadi untuk memasang cam pulley dan crank pulley sama seperti nak menukar timing belt. yang penting pengetahuan kena ada ditambah pula dengan tools yang mencukupi

gunakan spanar box bersaiz 17mm untuk membuka nat cam pulley, harus diingat nat ini sangat ketat dan perlukan kekuatan tenaga sikit untuk membukanya. saya perlu buka rocker arm cover sebab nak tahan camshaft supaya tidak bergerak kerana pada enjin 4G92 MIVEC ini kita boleh gunakan spanar common ring pada cam tersebut sebagai penahan supaya tidak turut berputar semasa hendak membuka nat camshaft. sebenar tanpa buka rocker arm cover pun boleh buat, ada special tool iaitu campulley holder boleh digunakan untuk membuka nat cam

sebaik sahaj cam pulley standard dikeluarkan, bolehlah anda memasang adjustable campulley dan ketatkan nat 17mm tu secukupnya, biar betul-betul ketat tapi jangan terlalu ketat atau over tighten kerana boleh merosakkan thread tersebut. dah siap pasang setkan marking intake dan exhaust ke 0' terlebih dahulu dan kemuadiannya ketatkan nat allenkey secukupnya

pasang semula timing belt dan lain-lain belt. bolehlah anda setkan cam kereta anda. sebagai contohnya bagi enjin DOHC boleh set intake retard 4' dan exhaust advance 4'. kena test kereta dahulu kat jalan sama ada sesuai atau tidak dengan setting ini. kalau tak sesuai kena set semula sehingga dapat betul-betul apa yang diinginkan
$ads={1}
start kereta beberapa ketika dan pastikan tiada apa-apa masalah yang berlaku boleh mula menguji kereta anda. ada rasa perbezaan atau tidak hanya owner kereta sahaja yang megetahui kondisi enjin dan jentera masing. bagi jentera saya adalah sedikit perbezaan daripada sebelumnya dan kalau nak ok lagi adjustable cam pulley ini dipasangkan sekali dengan racing cam, barulah ada ummphh...

penggunaan crank pulley lighten boleh dibuat dan boleh menambahkan pickup sikit tapi janganlah ambil yang kecil, biarlah sama saiz denan yang asal. ada pandangan mengatakan lama-kelamaan akan merosakkan bearing conrod sebab enjin dah jadi tak balance. mungkin ada kebenarannya kerana bera kiri dan kanan cranshaft dah tak sama. tunggu review dan ulasan saya seterusnya dalam entri keluaran akan datang sama ada memudaratkan enjin atau tidak apabila menggunakan crank pulley yang lebih ringan daripada asal. banyak brand aftermarket yang mengeluarkan crank pulley ini dan masing-masing menunjukkan kelebihan barangan yang dikeluarkannya

cam pulley dan crank pulley asal usah dijual atau dibuang, lebih baik simpan balik, mana tahu suatu hari nanti kita akan memerlukannya semula, susah nak cari barang ori dalam kondisi yang sempurna macam asal. saya pasang ni pun pada kereta sendiri sekaradar nak menguji sahaja, terutamanya crank pulley dan sekiranya tidak sesuai atau mendatangkan kesan sampingan yang negatif saya akan pasang balik barang asal

sekian, terima kasih
sincerely
jefftacra

43 تعليقات

  1. ada rasa per bila pakai adjustable campulley ni dengan crank pulley tu bro?

    ردحذف
  2. adjustable kalau kena setting yang betul boleh bertambah pickup kereta, begitu jugak dengan penukaran crankshaft pulley yang ringan

    ردحذف
    الردود
    1. Cara nak buka crank pulley, ajarkan wira 4g91 saya tiada lubang penahan

      حذف
  3. camshaft perlu tukar jugak atau biar standard jer? sebab ada dengar cakap2 kata kalu setakat tukar adjustable sahaja tnpa tukar camshaft ..adjustable tu x function sgt.. betul ke?
    sebab mmg berminat nak guna adjustable pulley ni..

    ردحذف
  4. pakai cam standard ada lah juga beza sikit. sudah tentu dengan cam aftermarket ada beza banyak, kalau tak pakai adjustable campulley pun masuk cam saje dah rasa lain

    ردحذف
  5. salam bro...nk ty bro pki adj cam and crank pulley ape brand....ok x???

    ردحذف
  6. bro....bole bg cdgn x....sy igt nk pki adj. cam pulley dgn light crank pulley...tp high cam blm lg la psl blm ad modal....bole ke psg due bnde ni je tnpa high cam....pstu cam tu bpe darjah nk set...advance ke retard....kete wira 1.3 mmc injection....tq

    ردحذف
  7. boleh je pakai, try cari brand works atau arospeed. ejas adjustable campulley retard 6 degree

    ردحذف
  8. ok2...tq 4 da reply...nti sy try...ppe hal sy btau blik...

    ردحذف
  9. klau retard tkde pickup lah ,setting ke kanan kan??klau ke kiri bru pickup..tul ke

    ردحذف
  10. salam bro..nk tnye sket..klau nk tkar adj.cam dan crank pulley tu..kne bkk belting tu juz kat alternato je kn?( klau slh btl kan) head kne bkk jgk ke?
    yg penting kne ejus kat mne lg? ke bkk n sarung jew... kete wira 1.5 carb jew..hehehe

    ردحذف
  11. semua belting kena buka sebab nak tukar adjustable campulley dan crank pulley kan. head tak perlu buka

    ردحذف
  12. salam bro tumpang tnya....bujet nak tukar adjustable campulley n crankshaft ni brape ye??

    ردحذف
  13. harga adjustable campulley untuk DOHC lebih kurang rm350 dan crank pulley sekitar rm200 lebih

    ردحذف
  14. salam bro....kalau setakat tukar lightened crank pulley sahaja...plug n play saja kan...tak payah setting apa apa kan...jadi apa bezanya terhadap kereta ya...

    ردحذف
  15. mana nak dapat crank pulley oversized dan harganya?

    ردحذف
  16. silap...undersized(kecil+ringan dr oem nye)

    ردحذف
  17. crankpulley ni kebanyakannya dijual di mana-mana kedai menjual peralatan performance kereta. kat kedai spare part atau kedai accessories biasanya tak ada

    ردحذف
  18. byk jual yg same size ngn oem nye..nk cari undersize ssh..

    ردحذف
  19. salam..
    cam shaft std 4g63,pakai adjustable cam pully hks...
    kat pully tu ader tulis A dan R
    abg jeff boleh tolong bagi tip sikit nak ejas pully tu yang ejos berapa degree A or R dan intake berapa degree A or R?
    nak bagi sedap sikit pikap...
    orang baru nak berjinak2.....sory yer..

    ردحذف
  20. A = dengan advance dan R = retard. kebiasaanya nak adjust benda ni kena set jugak ignition timing supaya selaras dengan perubahan yang kita lakukan. pomen tahu buat semua ni

    ردحذف
  21. salam bos...ape dia y dililit kat tengkok ekzos seperti gambar diatas ye...fungsi utk ape..

    ردحذف
  22. itu ialah termo wrap iaitu gunanya untuk mengurangkan kepanasan pada extractor dengan menghalang haba panas daripada keluar ke bahagia enjin

    ردحذف
  23. salam bang...saya pkai mivec 1st gen...dah pkai adj. cam pulley...soalan saya kalau kite buat adjustment kat cam pulley tu, perlu ke kite buat adjustment kat TPS dan distributor?tq..

    ردحذف
  24. kat TPS tak perlu adjust apa-apa, kat distributor kena adjust untuk laraskan ignition

    ردحذف
  25. nk kene pkai timing light jugak ke untuk dapatkn ignition yg tepat?

    ردحذف
  26. Salam bro nk tny wira 1.5 ignition dah paka cam pulley n high cam..mane yg paling tepat utk advance n retard n berapa mm harus diletakkn..lg 1 perlu ke klu tukar crank pulley plak..ape kelebihannye..

    P/S:harap balas sy nak taw sgt2 ni

    ردحذف
  27. salam bang. sy nk tukar crank & adjustable cam pulley kat keta viva 1.0 auto sy. klu cam tu sy setting kat 0 (tengah) je ok ke? ada peformance ke klu setting camtu since cam pulley tu ringan? lg 1 klu tukar adj cam pulley, dvvt tu masih berfungsi cam biasa ke? berhajat nk amik brand arospeed...

    ردحذف
  28. Salam abg jeff. Wira 1.5 vdo standard. Adjust cam pulley berapa byk utk sesedap pemanduan... advance atau retard...adjustable cam pulley HKS

    ردحذف
  29. wei cekadak...dah keta ko wira 1.3 1.5 takyah pasang menda2 ni...bukan laju pun wakakaka...dah enjn pekak sama je dgn tuannya pekak...

    ردحذف
  30. Bahasa melambangkn bangsa, rugi sekolah tinggi-tinggi kalau berperangai begini.

    ردحذف
  31. Assalam bang. Kalau silap marking cam pulley kereta boleh jadi berat dan mengerang bila highrev?

    ردحذف
  32. Salam bang. Kalau kereta standart tukar crank dengan cam pulley boleh ke ?

    ردحذف
  33. Apa kesan bang pakai lighten crank pulley tu...utk daily drive punya kereta ok ke
    Bg pendapat sikit

    ردحذف
  34. Salam bos..kalau pasang adjustable cam pully sahaja tapi cam standrd ada bunyi brup brup x??huhu

    ردحذف
  35. Assalam bos untuk wira 1.5 adjust brp mm untuk pick up

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم

in article

Visitors