Big Brake Kit For Standard Wheel (Honda Civic FC)

bersua kembali dengan entri kali ini ialah mengenai penggunaan big brake kit untuk dipasangkan pada honda civic FC dengan menggunakan stock rim keluaran honda. pemasangan ini secara plug n play tanpa perlu membuat apa-apa pengubahsuaian sama ada pada knuckle, rim dan brake kit itu sendiri. 100% tanpa pengubahsuaian.

inilah kedudukan apabila bbk ini siap dipasangkan pada knuckle honda civic fc dengan menggunakan rim standard saiz 18 inci x 8jj. nampak agak kemas juga walaupun dipadankan dengan rim stock kilang.

$ads={1}

pertamanya sudah pasti kena ada bbk itu sendiri. saya menggunakan bbk original brembo yang diambil daripada model honda dc5 type r. bbk ini memang sesuai untuk digunakan pada knuckle honda civic tanpa perlu buat apa-apa ubahsuai, hanya pasang macam tu je.

inilah rupa asal brembo 4 pot honda integra dc5 type r. harga sekitar rm2k. satu lagi caliper yang boleh digunakan ialah daripada model honda civic fd type r yang mana rupa bentuk sama cuma tempat pasang hose minyak sahaja yang ada sedikit perbezaan antara keduanya. namun kedua-duanya boleh dipadankan dengan baik pada knuckle civic fc

sebelum pasang terlebih dahulu saya servis caliper ini dengan memasukkan repair brake kit yang baharu original keluaran brembo. harga kit ini boleh tahan jugaklah tapi lebih baik membuat penukaran kit ini terhadap caliper yang dibeli tadi. dengan berbuat demikian, dengan seal baharu dapat menambahkan lagi hayat dan ketahanan caliper ini

untuk servis dengan kemas saya memisahkan antara kedua 'halves' caliper ini bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan repair kit tadi. kalau tak asingkan macam ni pun tak apa, seal masih boleh dipasangkan. alang-alang dah buka, saya mengenakan cat hi temp silver dan dipasangkan dengan sticker brembo hitam seterusnya dilapisi dengan cat flat clear coat. hasilnya anda boleh lihat seperti gambar di atas.

seterusnya anda perlu menukar disc rotor asal civic fc yang bersaiz hanya 282mm kepada disc saiz 300mm. disc rotor yang sesuai dengan pengubahsuaian ini ialah daripada honda s2000. pasang dan tak perlu adjust apa-apa pada honda civic fc. memang 100% boleh masuk dengan caliper brembo dc5r tadi.

akhir sekali untuk menggunakan rim standard civic fc facelift 18" perlulah dipasangkan spacer dengan ketebalan minimum 20mm. saya menggunakan brand bonoss seperti gambar di atas kepada kesemua empat tayar kereta saya. harga bonoss ini agak tinggi jugak jika dibandingkan dengan spacer biasa yang lain. pemilihan brand ini kerana material yang digunakan ialah aluminium t6 dan mempunyai hub centric agar tiada gegaran berlaku semasa pemanduan berkelajuan tinggi. saya sudah uji denga kelajuan sekitar 175kmj dan ternyata tiada gegaran malahan braking semakin baik jika dibandingkan dengan brake standard. brake pad saya gunakan brand endless ssy untuk street use dengan temp sekitar 400 degree sahaja.

sebelum terlupa, torque yang dikenakan untuk mengikat antara 2 halves caliper ialah sekitar 23-25ft.lbs sahaja. setakat yang saya gunakan sehingga ke hari ini nampaknya tidak ada apa-apa masalah yang berlaku dan apa yang pasti sistem braking semakin mantap untuk memberhentikan kereta.

happy motoring 😊

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors