Cara Mod Twinpot Caliper RR1 Pada Honda Jazz GE

entri kali ini adalah cara yang perlu dilakukan untuk memasang caliper twinpor honda elysion rr1 pada honda jazz ge 8. perlukan beberapa modifikasi atau perubahan sebelum caliper twinpot berkenaan dipasangkan pada knuckle asal honda jazz ge. pengubahsuaian ini perlu dilakukan pada bracket dan disc rotor itu sendiri

set brek honda jazz asalnya single pot dengan disc rotor saiz standard sahaja. ada orang yang mod masuk caliper 4 pot seperti brembo, spoon dan lain-lain lagi. tapi bagi saya kalau honda jazz ge memadai dengan memasang twinpot sahaja, sistem brek pun lebih baik daripada standard asal

pertamanya anda perlu skim atau buang sedikit ketebalan pada bracket caliper dengan saiz yang dikehendaki iaitu 10.25mm untuk menjadikan kedudukan disc rotor center dan ngam pada knuckle jazz ge. gambar atas menunjukkan bahagian yang perlu diskim dengan melakukannya di machine shop

seterusnya ialah mod yang perlu dilakukan pada lubang thread dibracket caliper elysion. saiz thread pada bracket tersebut ialah m14x1.25mm manakala sai lubang pada knuckle jazz pula hanya untuk bolt m12. jadi anda perlu kecilkan zaiz thread pada bracket caliper dengan saiz m12x1.25mm baharulah bolt asal untuk bracket caliper dipasangkan dengan sempurna pada knuckle nanti
$ads={1}
option yang kedua ada yang buat dengan cara drill untuk besarkan lubang bolt pada knuckle honda jazz dan kemudiannya gunakan bolt saiz asal bracket honda elysion (m14x1.25) untuk memasangkan bracket pada knuckle

saya menggunakan option yang pertama iaitu mengecilkan saiz thread dengan menggunakan thread insert lock inner size m12x1.25. thread insert lockt ini menggunakan bahan stainless steel dan cukup kuat untuk kegunaan memasang bracket caliper. saya tidak menggunakan helicoil biasa memandangkan thread pada helicoil agak nipis dan tidak sesuai untuk digunakan pada bracket caliper, kerana tida boleh mengikat dengan torque yang tinggi

inilah hasilnya apabila mengguankan thread insert lock. terdapat 4 pin untuk lock thread pada bahagian tepi thread untuk menguatkan kedudukan thread nanti. outer size insert lock ini ialah m16x1.5, jadi anda perlu tebuk dulu bracket dengan drill dan kemudian buat thread baharu dengan saiz tersebut dan akhirnya baharulah insert lock ini dapat dipasangkan dengan baik

setelah itu baharulah bracket dan caliper boleh dipasangkan pada knuckle honda jazz dan tidak lupa juga satu lagi mod yang perlu dibuat ialah terhadap disc rotor. kita perlu buat saiz pcd baharu iaitu pcd 100 kerana saiz asal rotor honda elysion ini 5x114.5
$ads={2}
ternyata sistem braking menjadi lebih baik daripada sebelum ini dengan cengkaman yang mantap dan seterusnya memendekkan jarak untuk kereta berhenti semasa membrek. selamat mencuba dan happy motoring
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors