Torque Untuk Head Gasket

cara mengenakan torque yang betul untuk nat head gasket adalah berbeza antara metal head gasket dengan carbon head gasket biasa. ikatan nat yang betul dapat menjamin ketahanan enjin serta menjamin daripada kebocoran. di bawah ini saya akan terangkan kaedah dan cara yang saya lakukan apabila memasang head pada enjin blok

metal head gasket

bagi metal head gasket saya menggunakan spray copper sebanyak 5-6 layer. copper ini hendaklah sama rata ketebalannya agar memudahkan kita mengenakan torque yang sesuai nanti. lebih baik menggnakan stud head jenis arp kerana ikatan yang lebih sedikit dapat dibuat apabila memasang head nanti

saya menggunakan 3 step untuk torque ini iaitu 30ft.lbs - 60ft.lbs - 80ft.lbs. sebaik sahaja selesai spray copper, tunggu seketika sekitar 5-8 minit sebelum memasang gasket pada enjin

gasket head standard (carbon)

bagi carbon gasket pula, kaedahnya sangat berbeza dengan metal gasket. ada step dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta. saya bincangkan di sini hanya khusus untuk enjin proton atau mitsubishi 4G series sahaja

gam gasket yang digunakan untuk carbon gasket ialah shellac compound seperti dan angle torque tool seperti dalam gambar yang tertera di atas. sebenarnya copper spray pun boleh digunakan pada gasket jenis ini tapi saya lebih gemar menggunakan shellac compound kerana bahan ini dapat menutupi permukaan gasket dengan lebih baik lagi
$ads={1}
Head gasket carbon torque 4G series
(55ft.lbs > 15ft.lbs + 90° + 90°) atau (74Nm > 20Nm + 90° + 90°)
Bagi gasket carbon standard dengan stud standard kaedah yang saya selalu gunakan adalah mengikut torque seperti di atas, iaitu:
1. Apply gam gasket dayak
2. gunakan torque 55ft.lbs pada semua nat
3. Longgarkan kesemua nat tadi
4. Ikat semula dengan torque 15ft.lbs
5. Gunakan angle torque gauge
6. Ketatkan semua nat 90°
7. Akhir sekali tambahkan lagi 90°semua nat
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors