Cara Menghidupkan RPM Meter Mitsubishi 4G Series - K20 Cop

salam sejahtera

sudah tentu ramai di luar sana yang menggunakan coil on plug honda k20 yang dipasangkan pada jentera masing-masing. sebaik sahaja memasangnya apabila menghidupkan enjin, didapati rpm kereta tidak berfungsi macam biasa. jangan risau, saya ada caranya untuk mengembalikan rpm berfungsi seperti asal walau pun menggunakan coil k20

bagi pengguna meter lancer caranya agak mudah untuk dilakukan. dengan hanya melakukan looping wire tertentu pada soket ecu, rpm dapat dihidupkan seperti biasa. anda perlu mendapatkan soket ecu yang berwarna kuning di bahagian penumpang (kiri) bawah dashboard, dan bolehlah lakukan proses looping tadi mengikut cara yang akan saya terangkan di bawah ini


gambar atas merupakan gambar 3 soket ecu kereta proton atau lancer 4g series. proses looping ini hanya melibatkan 1 wire pada soket tengah dan 1 wire pada soket ke-3 yang sebelah kanan sekali. wire yang perlu kita gunakan ialah wire rpm (putih) dan wire crank signal (hitam) sahaja
$ads={1}
kita perlu potong wire rpm sedia ada pada soket ecu dan kemudiannya disambungkan (tap) dengan wire crank signal. abaikan wire yang sedia ada pada rpm (yang dipotong tadi). kita hanya gunakan wire yang satu lagi, penjelasan lanjut lihat gambar diagram berikut

wire yang dipotong ialah wire rpm (putih) dan disambungkan ke wire crank sensor/signal (hitam). pastikan sambungan wire ini betul dengan pinoutnya dan jangan ada kesilapan penyambungan. sebaik sahaja proses ini dilakukan, maka bolehlah hidupkan kereta dan sepatutnya rpm kereta akan berfungsi seperti asal tanpa ada sebarang masalah
$ads={2}
sekiranya kereta tidak hidup atau rpm tidak berfungsi, kemungkinan wire yang kita sambung tadi pada wire yang salah. periksa semula penyambungan wire dan pastikan juga sambungan wire tadi dibuat dengan kemas dan balut dengan sebaik-baiknya

gambar wire rpm yang berwarna putih pada soket ke-2 (tengah)

wire crank signal pada soket ke-3 yang berwarna hitam

untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, anda boleh melihat video melalui link youtube dibawah ini




Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors