ramai dalam kalangan peminat kereta yang melakukan pengubahsuaian terhadap jantung jentera masing-masing dengan melakukan perubahan kapasiti enjin yang lebih besar untuk mendapat kuasa yang lebih ketara. penggunaan enjin normally aspirated (NA) atau menggunakan sistem pendesak turbo menjadi kegilaan anak-anak muda sejak dari dahulu lagi. nama-nama yang tidak asing bagi kita seperti evo 123 dan seterunya kepada evo 10 atau pun enjin berkapasiti 1.8 seperti gsr turbo begitu diminati ramai. tidak lupa juga enjin NA berkapasiti kecil seperti mivec dan lain-lain lagi. namun itulah hakikatnya, sudah dapat jentera yang berkuasa tapi masih lagi meningkat taraf komponen-komponen enjin kepada barang-barang performance part yang banyak dijual di negara kita.
$ads={1}
apabila pengubahsuaian terhadap komponen-komponen enjin sudah pasti memerlukan sistem pengurusan enjin (engine management) yang berkuasa, mampu untuk menala enjin sesuai dengan tingkat taraf yang telah dibuat. banyak jenis engine management dewasa ini contohnya seperti nama-nama besar haltech, microtech, ecu shop dan lain-lain lagi. kita tidak lupa juga kepada management yang agak purba seperti emanage blue atau pun emanage ultimate
paparan entry kali ini untuk membincangkan khusus mengenai emanage blue (emb) sahaja iaitu perbandingan antara original dengan yang fake atau pun tiruan. memang lambakan emanage ini banyak masuk ke negara kita yang diimport oleh pengedar-pengedar dan dijual kepada pengguna. dengan sedikit panduan ini semoga kita tidak tertipu untuk membezakan antara permata dengan kaca.
pertamanya kita lihat pada casing emb ini yang sudah nampak perbezaan antara ori dengan fake. bagi emb original terdapat satu sticker bernombor siri pada bahagian bawah casing dan ini tidak terdapat pada emb fake. cukup mudah untuk mengenalinya dengan melihat luaran antara kedua-dua emb ini
seterusnya pada bahagian hadapan ini kita perhatikan pada ejaan connector iaitu bagi emb ori ejaannya dieja salah, saya pun tak tahu kenapa ejaan 'connecter' digunakan sedangkan bagi emb fake ejaannya dieja betul. so, ejaan CONNECTER' itu merupakan emb yang original
berbalik kepada bahagian ini pula apakah perbezaan antara ori dengan fake? cuba fikir sejenak. ya, lihat pada tulisan pada bahagian ini iaitu bagi yang original tulisannya diprint agak kemas dan cantik dengan warna yang sepadan. manakala bagi emb fake pula tulisannya kurang kemas dan warnanya agak pudar sedikit dengan yang ori
ini pula ialah part yang terdapat apabila penutup dibuka. di sini terdapat rotary switch dan aav adjustment dan hujung sekali ialah usb port. apa yang nampak di sini ialah warna pada aav adjustment tersebut iaitu original mempunyai warna biru yang agak terang jika dibandingkan dengan yang fake
pada bahagian papan litar pula terdapat beberapa tempat yang mempunyai perbezaan tertentu. perhatikan pada cip emb ini. cip original berbentuk segi empat sama manakala yang fake berbentuk segi empat tepat. marking pada resistor juga agak berbeza
akhir sekali ialah pada bahagian belakang papan litar. anda boleh nilaikan sendiri apakah perbezaan antara kedua-dua papan litar ini. nampak sedikit perbezaan yang menentukan manakah yang ori dan manakah yang fake
semoga dengan sedikit perkongsian ini kita tidak mudah tertipu dengan barangan yang kita ingin miliki ini. sekurang-kurangnya kita tidak kena kencing dengan mana-mana seller yang tidak jujur. namun ada juga segelintir seller yang bersikap telus dengan memberitahu hakikat barangan sebenar. so pilihan di tangan anda semua
untuk paparan yang lebih jelas mengenai kedua-dua engine management ini, anda boleh kunjungi youtube channel saya yang pasti banyak lagi video menarik yang ada di sana