Info & Tips Vol. 12

assalamualikum wbt dan salam sejahtera

max torque

max torque untuk proton wira stock engine

1.3 litre - 108Nm/3000 rpm
1.5 litre - 126Nm/3000 rpm
1.6 litre - 137Nm/5000 rpm
1.8 litre (sohc) - 157Nm/4500 rpm
1.8 litre (dohc) limited - 167Nm/5500 rpm
2.0 litre (diesel) - 123Nm/3000 rpm

watt of light bulb

tahukah anda berapakah jumlah watt bagi setiap bulb pada kereta standard proton wira? di bawah merupakan sedikit info yang boleh saya kongsikan
$ads={1}
position lamp (lampu senja) -5w
headlights (upper/lower) - 60/55w
signal depan - 21w
side turn signal - 5w
conering lamps - 21w
front fog lamp - 55w
lampu brek ketiga (sedan) - 18w
lampu brek ketiga (aeroback) - 27w
licence plate number - 5w
reversing lamps - 21w
stop and tail lamps - 21/55w
rear turn signal lamps - 21w

reservoir tank cover

cover atau selimut ataupun stoking yang dipakaikan pada reservoi tank sama ada pada power steering fluid tank, master pump brake servo atau pun tank clutch pump bertujuan untuk menyerap bendalir tersebut daripada mengalir ke tempat-tempat lain sekiranya seal penutup bocor. kalau minyak brake bocor sudah tentu cat yang terkena dengan bendalir tersebut akan terhakis, lebih selamat sekiranya stoking ini selain fungsinya untuk menambahkan seri engine bay sesebuah kereta

aluminium radiator & ac compressor pipe

saya percaya ramai yang menggunakan radiator aluminium aftermarket. jangan lupa di situ juga terdapat pipe ac compressor yang melintang berhapiran dengan radiator aluminium tersebut. lebih baik anda menggunakan pipe ac gsr turbo kerana pipe tersebut telah sedia ada disalut dengan aluminium hose untuk mengelakkan pipe daripada panas melampau radiator tersebut. kalau tak ada heat shield ini lama kelamaan pipe ac tersebut akan menjadi lembik dan akhirnya boleh menyebabkan kebocoran gas aircond tanpa disedari

condenser fan evo 123

sudah menjadi trend sekarang yang menggunakan condenser fan evo dua kelajuan tetapi hanya menggunakan satu kelajuan sahaja. dengan menggunakan wiring cond fan evo anda boleh menggunakan fungsi hi dan lo speed fan secara automatik iaitu apabilagas ac berada pada tahap biasa, lo speed fan akan hidup dan apabilanya gas ac pada kedudukan pressure tinggi maka hi speed akan trigger. syaratnya wiring mesti betul dan bukan secara plug n play ye. hati-hati dengan wiring

power steering fluid

setiap 50,000 km mileage seharusnya kita perlu flush minyak power steering kereta, barulah masalah pada steering rack dan pump dapat diatasi dan boleh berfungsi dengan baik serta dapat memanjangkan jangka hayat part tersebut. kadang-kadang ada yang terlepas pandang akan hal ini, rupa minyak steering pun dah bertukar rupa jadi seperti minyak hitam pulak. rajah atas menunjukkan flow aliran fluid dalam sistem power steerin
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors