Fuel Filter Replacement

apa khabar semua, diharapkan pembaca dan followers page saya ini sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, di samping tugasan seharian. baiklah, saya terus kepada entri kali ini iaitu bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan untuk menukar fuel filter (penapis minyak petrol) bagi kereta proton/mitsu bernadikan enjin 4G series. sekiranya dah agak lama filter ini tidak ditukar maka sudah sampai masanya untuk anda menukarnya denga filter yang baharu. memang banyak terdapat di pasaran fuel filter ini dengan pelbagai brand tertentu tetapi saya lebih suka menggunakan brand asli (original) kereta dan sebab itulah saya sanggup membelinya dari luar negara. pilihan lain yang ada di negara kita ini ialah di pusat servis proton yang juga ternyata mempunyai kualiti yang setanding dengan asal
$ads={1}
apa akan berlaku sekiranya fuel filter tersumbat? sebenarnya dalam tangki minyak dah ada penapis minyak (fuel strainer) yang dipasangkan pada fuel pump kereta. ditambah pula pada paip dari tank ke fuel rail juga dipasangkan satu lagi fuel filter, namun kekotoran tetap ada dan boleh menyebabkan saluran minyak tersumbat ke fuel rail dan hasilnya injector tidak dapat bekerja dengan semaksimum yang mungkin akibat daripada masalah ini. oleh yang demikian berlakunya masalah seperti jerking, kereta tersedut-sedut, respons enjin yang lembab dan lain-lain lagi berkaitan dengan petrol ini. oleh itu dicadangkan untuk menukar fuel filter ini 40k - 50k mileage

inilah fuel filter keluaran mitsubishi untuk enjin FTO tetapi juga berpadanan dengan enjin proton atau lancer yang terdapat di negara kita ini. harganya termasuk kos pos ke malaysia sekitar rm1++. selalunya apabila saya menggunakan filter dari negara luar seperti ini, tempoh penukaran pada kereta saya ialah selama 5 tahun sekali saya lakukan. jenama lain di negara kita ada seperti bosch, paraut, autonas dan lain-lain jenama lagi. brand bosch pun dah memadai dan ada juga owner kereta menukar fuel filter ini setahun sekali

buka dahulu air filter, air filter box dan hose air filter untuk memudahkan kerja-kerja membuka dan memasang fuel filter nanti. langkah keselamatan yang perlu diambil kira sebelum membuka fuel filter ini ialah lebih baik anda membuka dahulu terminal negative bateri kereta untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. sebarang kesilapan adalah menjadi tanggungjawab sendiri

inilah kedudukan fuel filter pada firewall kereta proton atau lancer 4Gxx iaitu diikat dengan bracket pada body filter dan seterusnya dipasangkan dengan 2 nat bersaiz 12mm pada body kereta. agak tersorok kedudukannya dan dengan kata lain, lokasi yang tepat ialah di bawah clutch pump yang juga berhampiran dengan steering rack. terdapat dua hose atau pipe iaitu untuk IN daripada tank dan OUT ke fuel rail. kita perlu membuka nat 14mm pada pipe IN sahaja untuk memudahkan kerja mengeluarkan filter ini. apabila dan dapat membuka nat IN tadi maka buka pula nat 12mm pada body kereta

kemudian langkah seterusnya ialah buka pula 2 nat 10mm pada bahagian IN ke fuel rail dan keluarkan hose ini berserta dengan fuel filter sekali. saya menggunakan braided hose daripada fuel filter ke fuel rail jadi gambar ini berlainan sekali dengan pipe atau hose standard ke fuel rail

inilah fuel filter lama yang sudah berusia hampir 5 tahun tempoh penggunaannya di kereta saya. kotoran ada jugak yang keluar daripada filter tersebut tetapi tidak ketara sangat. seterusnya buka bracket dan pasangkan pada filter baharu, begitu juga dengan fuel hose daripada filter ke fuel rail ini, buka dan pasangkan pada filter baharu

sedikit kotoran yang ada pada fuel filter lama, nampak tidak teruk sangat. ada jugak kotoran yang pernah saya keluarkan daripada kereta lain yang ternyata agak kehitaman kerana kotoran minyak

pasangkan kembali fuel filter baharu tadi pada tempatnya yang asal dan pastikan kesemua nat dan skru dikemaskan dengan sempurna supaya tidak ada kebocoran petrol berlaku. apabila dah berpuas hati dengan keadaan nat tadi maka bolehlah anda mula start kereta, sebaik sahaja enjin hidup perlu segera memeriksa tempat-tempat penyambungan hose atau paip tadi untuk mengesan sebarang kebocoran petrol yang ada. sekiranya bocor cepat-cepat matikan enjin dan ketatkan nat secukupnya dan periksa kembali sebaik sahaja enjin hidup sehinggalah tiada kebocoran petrol

keadaan pressure minyak pada fuel regulator kereta saya sebaik sahaja enjin dimatikan iaitu pressure minyak masih lagi kekal beberapa ketika dan tidak terus drop pada kedudukan 0. kebiasaanya dapat bertahan elama 30 minit barulah beransur-ansur turun sehingga 0

tools dan peralatan yang saya gunakan untuk proses penukaran fuel filter. tak termasuk dalam gambar ialah sepanar saiz 10mm untuk membuka nat bracket fuel filter

terima kasih
sincerely: jeff tacra
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors