assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
terima kasih
sincerely: jeff tacra
diam tak diam kita dah masuk bulan disember iaitu penghujung bagi tahun 2018 ini, bermakna januari 2019 akan menjelang tidak lama lagi. namun ruangan tutorial saya tetapkan saya teruskan seperti biasa. kali ini saya berpeluang untuk menukar oil seal gearbox automatic nadi mitusbishi dengan code engine 4G91. kebetulan kerana saya ingin membuat sedikit pembaikian ke atas gearbox ini jadi oleh kerana minyak gear dah bocor, saya terus menukar oil seal tersebut
tanda-tanda kebocoran oil seal gearbox automatik kereta anda khsususnya bagi pengguna enjin 4G series ini ialah adanya kesan minyak gear pada bahagian bawah enjin kereta. lebih tepat lagi iaitu terdapat kesan minyak pada bahagian bawah gearbox iaitu antara gearbox dengan enjin kereta. pada bahagian cross member pun dipenuhi dengan minyak ini. lebih parah lagi minyak akan menitik atas lantai sekiranya kita park kereta walaupun seketika. apabila simptom-simptom ini ada maka besar kemungkinan dan saya kira oil seal auto transmission dah rosak dan perlulah ditukar untuk mengelakkan kejadian yang lebih besar akan berlaku
memang kerja menurunkan gearbox ini boleh dikatakan agak sukar juga memandangkan gearbox itu sendiri amat berat, seorang angkat pun tidak terdaya. saya kira gearbox manual lebih ringan daripada gearbox auto. saya cuma menjalankan kerja-kerja ini seorang diri sahaja, tidak ada pembantu pun, namun dengan bantua jack kereta kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan jayanya. kalau di kedai kebiasaannya mekanik akan mengenakan charge sebanyak rm300 untuk menurunkan dan memasang kembali gearbox kereta ini. walhal harga oil seal tak sampai pun rm50, tetapi harus diingat, bukan semua orang boleh melakukan kerja-kerja seperti ini, hanya yang mempunyai keyakinan dan tools mencukupi bolehlah melakukannya secara diy, memang menjimatkan
saya menggunakan brand viton untuk dipasangkan pada gearbox nanti. masih banyak lagi brand lain di pasaran, cuma di tempat saya ini selalunya tokey spare part bagi yang ni sahaja. namun brand ini tidak kurang baiknya kerana saya kerap menggunakan brand ini dan setakat ini masih berfungsi dengan cemerlang
kedudukan oil seal ini ialah berada pada tengah-tengah shaft gearbox seperti mana yang tertera pada gambar di atas. standard mitsubishi kebiasaannya menggunakan brand NOK. oil seal inilah yang menyebabkan minyak gear keluar daripada dalam gearbox dan seterusnya mengalir ke bahagian bawah kotak gear. lama-kelamaan minyak gear akan menjadi kurang dan aibat jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada kotak gear kereta anda. jangan pandang mudah sekiranya ingin mengekalkan hayat kotak gear auto kereta anda
kerja untuk mengeluarkan oil seal lama ini cukup mudah, anda hanya perlu umpil keluar sahaja dengan menggunakan tool yang bersesuaian. begitu senang untuk dikeluarkan daripada kedudukannya dengan hanya menggunakan playar atau screw driver biasa
$ads={1}
$ads={1}
saya menggunakan tool seperti gambar di atas. bersihkan bahagian kedudukan oil seal pada kotak gear dan bersedia untuk dipasangkan dengan yang baharu
letakkan sedikit minyak pada bahagian luar oil seal. ada sesetengah pomen letak gam gasket pada bahagian luar oil seal tetapi selalunya saya tidak menggunakan gam gasket. memadai hanya letak sedikit minyak seperti engine oil dsb dan pasangkan oil seal pada tempat asalnya. ketuk perlahan-lahan dengan menggunakan tukul plastik supaya kedudukan oil seal sama dengan kedudukan asalnya
pasangkan semula torque converter dan gunakan satu besi plate yang diikat dengan skru pada bahagian bawah gearbox untuk menahan torque converter ini daripada terkeluar daripada kotak gear. sekarang dah pun siap dan bersedialah untuk memasangnya kembali pada kereta anda. nampak mudah tapi kerja-kerja ini sangatlah rumit terutamanya untuk membuka gearbox dan memasangkannya kembali pada enjin
terima kasih
sincerely: jeff tacra