Dangun El Dash Meter

bersua kembali pada penulisan saya kali ini ialah mengenai pemasangan dangun el dash panel meter pada meter lancer evolution 3 dan pemasangan dapat dilakukan dengan jayanya tanpa ada apa-apa masalah. pemasangan agak mudah tetapi kita perlu calibrate semula jarum meter supaya tepat seperti keadaan asal. hal ini disebabkan kerana kita perlu mencabut jarum meter dan memasangnya kembali ppada kedudukan setelah el dash panel meter ini dipasangkan pada meter

el dash panel meter ini boleh diperoleh secara langsung dari negara pengeluarnya iaitu japan, harga saya tak pasti berapa rm. kalau untuk mitsubishi 4G series, pengeluar hanya mengeluarkan panel ini bagi kereta lancer evo 3 ke atas, sahaja jadi bagi sesiapa yang hendak mendapatkan panel meter mivec yang mempunyai rpm 10k, memang tidak dikeluarkan. so anda boleh menggunakan meter evo 3 pada jentera mivec anda, tapi rpm hanya sampai 9k saja lah

inilah meter lancer evolution 3 dan dangun el dash yang saya akan lakukan pemasangan nanti. kerja pemasangan boleh dikatakan agak mudah sahaja seperti mana langkah yang akan saya terangkan di bawah nanti

langkah awal yang perlu dibuat ialah menanggalkan muka hadapan meter iaitu bahagian plastik paparan meter seperti mana yang ditunjukkan pada gambar di atas. anda hanya perlu menekan 3 klip yang berada pada bahagian atas meter dan selebihnya lagi ialah klip yang berada pada bahagian bawah meter. tekan klip sambil tarik panel ke hadapan dan dengan mudahnya bahagian meter hadapan dapat dipisahkan dengan housing meter

langkah seterusnya ialah keluarkan jarum meter temp dan jarum meter minyak dengan kaedah menariknya ke atas. lakukan dengan berhati-hati kerana kedudukan jarum ini agak ketat pada tempatnya. kemudian barulah dikeluarkan 2 nat kecil pada panel meter tersebut. setelah selesai keluarkan jarum dan nat barulah el dash panel ini diletakkan pada bahagian atas panel pemuka meter tersebut tanpa perlu mengeluarkan panel asal meter. ini bermakna tindih sahaja el dash panel kepada panel asal meter. pasangkan 2 biji skru semula. anda boleh terus memasang kembali jarum meter atau boleh dibuat kemudian setelah kesemua el dash ini dipasangkan

inilah keadaan sebenar setelah el dash dipasangkan pada meter. terdapat 2 wire yang perlu dikeluarkan pada bahagian atas meter. maaf kerana tidak ada gambar wire tersebut. jelas tertera pada gambar di atas ialah kedudukan el dash panel yang telah siap dipasangkan pada meter serta kedudukan jarum-jarum meter yang telah dipasangkan kembali pada kedudukan asalnya. tetapi jarum-jarum meter ini perlu dicalibrate semula seperti keadaan sebenar meter tersebut. nanti kalau tidak calibrate bacaan meter menjadi tidak tepat seperti keadaan yang betul untuk calibrate jarum-jarum tersebut kita perlu memasang meter pada kereta tanpa memasang cermin hadapan meter. jarum meter juga janganlah dipasangkan dengan sempurna lagi, letak ala kadar sahaja pada meter kerana ada ketikanya kita perlu mencabut kembali dan diletakkan pada tempat yang asal. sebaiknya ambil gambar kedudukan jarum sebelum menukar el dash panel ini dan ikutlah seperti asal keadaan jarumnya

sebaik sahaja meter dipasangkan pada kereta, ON kunci tanpa start kereta, pastikan meter minyak dan meter temp sama seperti gambar yang anda ambil tadi. jika perlu cabut jarum dan letakkan kembali pada tempatnya yang sebenar. pastikan jarum mileage berada pada kedudukan 0, begitu juga dengan jarum rpm pada kedudukan 0. OFF kunci dan ON semula dan start kereta. dah pun siap calibrate jarum meter. jika didapati masih tidak tepat, ulangi langkah di atas
$ads={1}
sekarang lakukan proses wiring iaitu untuk menyambungkan relay el dash panel dengan positive dan negative power pada kereta. setelah meter dipasangkan dengan baik, pastikan wire dikeluarkan ke bawah dashboard melalui bahagian belakang meter. perhatikan pada dua wire iaitu wire merah (12v) dan wire hitam (ground). wire merah tap pada lampu kecil pada dashboard iaitu wire hijau stripe putih pada wiring dashboard kereta anda. anda boleh juga tap pada mana-mana wire lampu panel meter, cara mengujinya ialah ON tuil suis lampu pada stereng kereta dan pastikan wire tersebut mempunyai bekalan kuasa 12v. manakala wire hitam pula boleh disambungkan ke mana-mana ground atau body kereta

selesai proses wiring, boleh anda membuka suis lampu dan pada masa ini el dash panel akan berfungsi seperti gambar di atas. anda boleh memilih warna panel sama ada warna biru atau hijau dengan menolak panel suis kecil pada wiring tersebut

hanya terdapat dua pilihan warna sahaja iaitu sama ada biru atau hijau. pilihan bergantung pada cita rasa masing-masing :)


terima kasih
sincerely: jeff tacra
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors