How To Mount Fire Extinguisher In Car

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

entri kali ini saya paparkan cara untuk meletakkan fire extinguisher atau pun lebih dikenali sebagai alat pemadam api yang diletakkan di dalam kereta persendirian. memang amat penting bagi pemilik kereta untuk membeli dan meletakkan alat pemadam api ini di kereta masing-masing sebagai langkah awal sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. kebanyakan pemilik kereta ada alat ini tetapi diletakkan di dalam kereta mengikut cara mereka yang tersendiri. bagi saya pula sudah lama mempunyai alat ini tetapi diletakkan di dalam bonet belakang kereta dan diletakkan begitu sahaja tanpa tempat khas untuk menyimpannya. jadi kali ini saya telah memikirkan cara saya sendiri untuk meletakkan alat pemadam api ini seperti mana yang akan saya paparkan di bawah ini nanti

alat pemadam api ini sepatutnya diservis secara berkala iaitu servis secara pemerhatian dan pemeriksaan sendiri dari semasa ke semasa dan paling penting apabila sudah mencapai setahun sekali maka bawalah ke mana-mana tempat jualan alat pemadam api yang bertauliah untuk memeriksa dan servis alat pemadam api ini. tujuannya supaya alat ini mampu berfungsi dengan cemerlang apabila diperlukan apabila berlaku kes-kes kecemasan

saya memilih untuk meletakkannya di ruang bonet belakang kereta dan jika diperhatikan pada gambar yang ditunjukkan ialah lubang klip asal carpet bonet kereta. di sinilah nanti saya akan ubah suai sedikit untuk meletakkan bracket alat pemadam api ini nanti. selalunya jika kita membeli alat pemadam api 1 kg atau 2 kg kita akan dibekalkan sekali dengan bracket untuk menempatkan alat ini dengan kemas dan mudah dicapai apabila diperlukan. langkah pertama ialah kita perlu membuka klip carpet bonet seperti di atas

seterusnya ukur kedudukan lubang bracket alat pemadam api pada plate besi pada bahagian kereta (rujuk gambar). apabila dah siap tanda maka tebuklah lubang sekadar dapat masuk nat bersaiz 10mm sahaja. proses drill lubang ini bukanlah sukar sangat kerana plate besi ini agak lembut sedikit. lubang bracket bawah saya gunakan lubang asal klip carpet dan hanya perlu tebuk lubang bahagian atas sahaja satu lubang lagi
$ads={1}
saya menggunakan 2 biji getah bracket yang saya ambil daripada auto antenna kereta model lancer evo3 dan getah mounting ini amat sesuai untuk memasang bracket alat pemadam api ini kerana gegaran dapat diserap dengan baik dengan adanya getah mounting ini

pasangkan getah mounting ini pada bahagian luar carpet dengan mengenakan nat bersaiz 10mm untuk mengemaskan kedudukan mounting ini. anda perlu menyelak sedikit carpet bonet untuk mengetatkan nat pada bahagian belakang plate besi yang ditebuk tadi. benginilah keadaan apabila mounting telah dipasang, bolehlah kemaskan dan pasangkan semula carpet seperti kedudukan asal

pasangkan bracket alat pemadam api juga dengan menggunakan 2 biji lagi nat 10mm, ketatkan nat secukupnya. beginilah rupa dan keadaan bracket alat pemadam api yang telah siap dipasang pada bahagian luar carpet bonet proton wira sedan

seterusnya bolehlah kita meletakkan alat pemadam api pada bracket yang dipasang tadi. nampak lebih kemas dan senang untuk kita mengambilnya apabila diperlukan. mengikut apa yang saya baca mengenai alat ini, sebaiknya alat pemadam api diletakkan dalam keadaan menegak seperti ini

siaplah projek diy yang simple dan mudah untuk dilakukan. semoga boleh dijadikan panduan dan manfaat untuk semua. jadi tidaklah kita letak alat ini macam tu je di dalam kereta dan kalau letak dengan bracket seperti ini akan nampak lebih kemas dan menarik lagi

terima kasih
sincerely: jeff tacra 
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors