4G92 Mivec (Normally Aspirated) Engine

assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera

bertemu lagi pada penghujung tahun 2017 ini yang akan menutup tirainya tak lama lagi. tahun 2018 akan menjelma dan diharapkan pembaca serta followers page saya ini beroleh kesejahteraan dan berada dalam keadaan sihat hendaknya. entri saya kali ini bukanlah merupakan sebuah tutorial tertentu yang boleh dijadikan panduan dan ikutan seperti biasa yang saya lakukan sebelum ini. entri ini lebih kepada sekelumit kisah pengalaman saya tentang enjin mivec yang sedang saya gunakan sekarang. pada awalnya dahulu memang terasa jugak menyesal bertukar kepada enjin mivec ini memandangkan terdapat beberapa masalah tertentu yang saya hadapi, namun semua hal tersebut saya atasi sedikit demi sedikit dan sekarang problem itu tidak timbul lagi kerana mivec merupakan sebuah jentera yang mempunyai keistimewaan tertentu, pakai dulu enjin ini baru tahu apa keistimewaannya walaupun dia sebuah nadi NA sahaja. kalau nak kira power sangat pun tidak, ada lagi enjin yang lebih power. kalau nak kira power lagi enjin turbo tapi pilihan saya tetap enjin NA

bila disebut mivec biasanya orang akan terbayang sebuah jentera atau enjin yang berkuasa di dalam kelasnya yang tersendiri dan tidak hairanlah ianya mempunyai peminat dan igauan sesetengah orang. perkataan MIVEC itu merupakan akronim daripada (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system) iaitu dalam bahasa mat sallehnya Variable valve control systems optimize power and torque by varying valve opening times and/or duration. Some of these valve control systems optimize performance at low and mid-range engine speeds, while others focus on enhancing only high-rpm power. The MIVEC system provides both of these benefits by controlling valve timing and lift. The basic operation of the MIVEC system is altering the cam profiles and thus tailoring engine performance in response to driver input (cut n paste je tu) translate sindiri lah ye :)

ada yang berkata enjin jenis ini manja, susah nak dapatkan spare part, part mahal, kalau rosak susah nak baiki dan sebagainya. bagi saya yang telah menggunakan nadi ini semenjak 2003 lagi masalah dan rungutan seperti di atas saya kira tidak berasas. pendapat saya enjin ini merupakan enjin NA (normally aspirated) biasa yang spare partnya boleh berkongsi dengan spare part proton dan bukanlah merupakan enjin yang manja atau cepat rosak, malahan saya kira lebih lasak lagi daripada enjin sekelasnya. water pump, timing belt, set clutch, bearing dan lain-lainya boleh dikatakan 90% pakai yang proton punya. cuma paling penting servis berkala sahaja yang perlu dijaga dan diamalkan seperti penukaran minyak hitam dan lain-lain servis, maka sesebuah enjin akan dapat bertahan lama

wujud ke enjin mivec 1.8 litre (4G93)? jawapannya tidak kerana negara asal iaitu jepun hanya mengeluarkan enjin ini dalam keadaan standard bersesaran 1.6 litre sahaja. yang menjadikan enjin ini 1.8 litre disebabkan oleh betapa kreatif dan inovatifnya orang kita menukar block enjin asal dengan block 4G93 maka terhasillah enjin mivec 1.8 yang mana asalnya ialah 1.6 litre sahaja. kalau kena resepinya enjin mivec 1.8 ini power lah jugak dan kalau tersilap langkah masalah demi masalah yang bakal menimpa. ini yang menyebabkan pening kepala memikirkannya. tak lena tidur lah jawabnya kan? pemilihan performance part juga penting untuk menjayakan proses hybrid ini

tak tahu kenapa memang saya sangat berminat dengan enjin NA ini semenjak dulu lagi. pada tahun 2001 saya telah membeli sebuah wira spec 1.5GLi manual dan tidak banyak mod yang dilakukan terhadap enjin asal ini. cuma ada sedikit perubahan pada sistem piping exhaust seperti penukaran piping yang besar sedikit, bullet tengah dan mufller serta sedikit penukaran pada penggunaan open pod air filter sahaja. enjin ini hanya bertahan hampir 3 tahun je. pada tahun 2003 pencarian nadi baru bermula dan memang target saya ialah enjin MIVEC walaupun pada masa yang sama rakan-rakan memilih enjin GSR turbo dan evo123, saya tetap tekad, pilihan hanya sebuah enjin NA sahaja. akhirnya jumpa sebuah kedai halfcut di kuala terengganu dan apabila perbincangan telah siap dilakukan maka saya bersetuju untuk menukar enjin di kedai tersebut. lebih kurang 2 minggu proses trasplant dilakukan maka wujudnya dalam engine bay kereta saya sekarang sebuah jentera bernadikan 4G92 mivec. semua sekali kos termasuk register enjin siap roadtax menelan belanja hanya 5k sahaja pada masa itu. saya tolak enjin asal cuma 1.5k sebab enjin masih baru dan ada buyer yang membelinya untuk dimasukkan pada sebuah proton iswara, beruntung buyer kerana dapat enjin wira yang boleh dikatakan baharu lagi. inilah last kereta saya masuk bengkel dan semenjak itu hingga sekarang tangan saya sendiri yang 'mengerjakan' enjin kereta tersebut, dah tak kenal bengkel sampai la ni

tahun 2011 bermula lah episod baharu pulak, dah nak upgrade kepada 1.8 litre. target nak guna block GSR sahaja dan tak nak block lain. tahu tak sebab apa saya memang nakkan block tu?. apa bezanya sedangkan cc tetap sama, tetapi block turbo juga jadi pilihan. ini kerana block turbo mempunyai oil squirter pada setiap silinder piston dan hal ini sama sahaja keadaannya dengan block 1.6 mivec yang juga mempunyai oil squirter. atas faktor inilah saya berkehendakkan kepada block turbo ini. pada block 1.8 NA lain tidak mempunyai fungsi seperti ini kerana oil squirter ini memainkan peranan yang sangat penting bagi enjin mivec terutamanya pada RPM tinggi. inilah salah satu faktor yang menyebabkan enjin 1.8 mivec menjadi lebih bertahan lama. bukan kata tak boleh guna block 1.8 NA biasa, boleh je dan ramai yang menggunakannya sekarang. block gsr yang saya dapat tu pada masa berkenaan dengan harga rm2k, semua sekali dapat hanya seller bukak head dan turbo set dan gearbox sahaja, apa yang terdapat pada blok tersebut semua saya dapat. 
$ads={1}
apabila persediaan block baharu telah siap, tu pun buat kerja dalam bilik di rumah. saya hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk dipasangkan pada kereta saya, itu pun buat kerja pada waktu petang, kerana waktu pagi saya bertugas sebagai kakitangan awam. buat masa ni saya tak nak lagi berkongsi resepi yang saya gunakan terhadap enjin tu, mungkin suatu hari nanti akan ada entri blog lain mengenainya. apabila enjin siap, nak first start masa tu agak berdebar jugak, kerana kerisauan melanda takut-takut tak hidup atau macam-macam kemungkinan bakal berlaku bermain di kotak fikiran saya. masa tu hampir maghrib, masa first crank tak hidup lagi, mungkin minyak tak naik lagi kot, nak sedapkan hati sendiri. crank ke-2 terus hidup dengan sempurna dan bila diperiksa tidak ada apa-apa masalah berlaku, idling cantik. memang gembira sangat masa tu, senyum sorang-sorang. projek hybrid berjaya dilakukan seorang diri tanpa bantuan dan guideline sesiapa pun, cuma buat research sendiri secara terperinci hal mivec ni, peralatan dan pemasangan ikut kepala saya sahaja dengan menggunakan torque nut pada setiap peralatan enjin mengikut spesifikasi manual mitsubishi khususnya enjin mivec ni

sekarang dah penghujung 2017 dan ini bermakna saya telah menggunakan nadi ini kira-kira hampir 15 tahun. paling penting jagalah minyak hitam dan tukarlah minyak hitam apabila mencapai tempoh tertentu, jangan bertangguh kerana apabila kita selalu menjaga penukaran minyak ini mengikut masa tertentu, tidak mustahil enjin akan dapat bertahan lama dan mampu menghasilkan kuasa dan respons yang memberangsangkan. 

satu perkara lagi yang penting juga apabila menukar kepada 1.8 ini ialah engine management seperti safc, emanage atau pun mana-mana management yang terdapat di pasaran sekarang, standalone pun boleh guna jika mampu. dengan adanya management ini enjin dapat ditala dengan lebih berkesan lagi untuk membolehkan enjin beroperasi secara lebih efisien. bayangkan saya menggunakan injector 390cc yang diambil daripada enjin gsr turbo CK yang kod injector ialah CDH390, kalau tanpa management sudah tentu asap hitam berkepul-kepul keluar daripada exhaust dan kereta pun akan menjadi sebu kerana pembakaran tidak sempurna di dalam enjin akibat daripada penggunaaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya. saya pernah isi minyak full tank kat bandar darulaman, kedah. perjalan ke terengganu seorang diri dan saya tidak pun berhenti mengisi minyak dalam perjalan, berhenti rehat sahaja kat banjaran titiwangsa. sampai rumah masih berbaki lagi minyak dengan jarum tak sampai pun pada calit terakhir meter minyak. tidak ketinggalan kereta saya ini juga ada management, siap function launch control dan flat shifting gear lagi, saja buat suka-suka dengan kedua-dua function ini namun memang bestlah sekali sekala aktifkan function ni. saya buat semua ini bukan bertujuan untuk berlumba pun, hanya kepuasan diri sendiri sahaja dan sedap memandu di jalan raya

proton wira tetap menjadi wira dan tidak akan berubah kepada kereta lain, hehe... ramai rakan dah bertukar kepada kereta jenama lain yang lebih mewah dan baru. kalau nak beli kereta lain pun saya kira saya mampu lah jugak tetapi wira ini tetap menjadi pilihan saya lagi buat masa ini. pernah kena sindir dengan rakan, "masih pakai wira buruk ni lagi, belilah kereta baru pulak." ada juga rakan kat perlis hari tu tanya, "hang mai dengan apa?" saya tunjuk kereta ni. dia balas balik "sampai jugak hang guna wira ni noh." saya senyum je lah. walaupun wira lama dan enjin terpakai tetapi enjin tak ada masalah, handling cantik, drive pun rasa sedap. dan paling penting saya tidak menanggung beban hutang apa pun dengan pihak bank malahan geran di tangan saya. kalau nak kira memang banyak pelaburan dilakukan pada kereta ini tapi minat mengatasi segala-galanya

apa pun hasil wira ini semuanya 100% daripada tangan saya sendiri. tidak ada pomen lain yang menyentuh enjin saya dan sebab itulah peralatan pada enjin saya ini saya tahu bermula daripada A hingga Z. gambar atas ialah rpm masa full throttle gear 2 dan 3, top speed setakat ni 215kmj, dah rasa kecut perut walalupun dapat tekan lagi. tunggu kemunculan sebuah wira lagi yang sama spec seperti wira saya ini, akan saya hasilkan untuk rakan saya yang juga merupakan peminat enjin MIVEC ini

ok lah, ini cuma coretan dan pengalaman saya yang sedikit ini dalam dunia pemotoran semasa. jika nak dikatakan saya agak ketinggalan kerana masih lagi menggunakan sebuah proton wira usang. proton wira BUKAN BURUK TAPI LEGEND

terima kasih

sincerely: jeff tacra

5 Comments

  1. Nice abg jeff, xtau pulak abg jeff pakai block 1.8, kemas dan cantik enjin bay, minyak xda leaking, kaler biru punya tema hehe.. saya jugak gunakan nadi mivec ni tapi ade leaking pulak skarang minyak semi,

    saya banyak lawat blog abg jeff dan terima kasih atas panduan2 yang diberikan sangat berguna!! harap abg jeff truskan post2 yang mcm ni lagi

    saya tgk gmbar kat atas tu rpm abg jeff smpai 9k? sy pon kalau tekan rpm lebih dari 8250 masuk redline, mmg mivec xda rpm limiter ke abg jeff?

    okay abg jeff good work and thanks banyak2 =)

    ReplyDelete
  2. terbaek. memang minat mivec ni . tapi sekrang hanya mampu 4g15 je .hehe

    ReplyDelete
  3. Ang jeff, berapa kilometer abg jeff dari kedah ke terengganu full tank, macam jimat gila tu abg jeff.

    Pencen nanti bukak bengkel abg jeff

    ReplyDelete
  4. Boleh sapa2 bgtau sy pakai mivec 4g92 tp sampai sekarang xtahu minyak hitam apa yg sesuai dan sepatotnya guna utk mivec nie..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors