2nd Chance For Innovate LC-1

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

selamat hari malaysia... hari ini di terengganu cuti ganti sempena hari malaysia pada 16 september 2017 (semalam). sempena dengan cuti ini saya mengambil peluang untuk membaiki innovate LC-1 yang telah mengalami kekejangan otot dan langsung tidak berfungsi serta tidak berkomunikasi dengan komputer, sensor dan lain-lain. pendek kata memang tak hidup langsung. hal ini berlaku disebabkan oleh owner telah melakukan proses upgrade firmware yang disediakan oleh innovate dan sebaik sahaja 100% proses menaik taraf firmware selesai, innovate ini terus padam dan langsung tak nak 'on'. so saya telah jalankan sedikit research dan didapati file firmware tadi tidak sesuai digunakan dan perlu direflash kembali cip pada brain LC-1 ini. kemungkinan juga kerosakan lain pada innovate boleh dilakukan proses yang sama seperti yang saya lakukan ini, mana tahu LC-1 ini boleh bernafas kembali, selamatlah poket kita daripada membeli yang lain dengan harga yang mahal. jadi saya akan terangkan bagaimana cara melakukan proses memberi nafas kembali kepada otak LC-1 ini

langkah pertama ialah proses mengopek housing untuk mendapatkan brain LC-1 ini. anda hanya perlu potong dengan pisau tajam bahagian keliling housing ini dan jangan risau kerana di sebalik getah housing ini masih terdapat satu lagi cover plastik yang keras di dalamnya. keluarkan housing getah dan kemudian umpil dengan screw driver flat cover plastik, harus berhati-hati kerana dikhuatiri akan tercucuk board LC-1 ini. umpil sehingga nampak papan litar di dalamnya

inilah papan litar innovate LC-1 dan pada tengahnya anda akan dapati satu cip yang diberi nama cip atmega-64 yang perlu di re-chip balik dengan file flash LC-1 yang asal. sebelum dapat menghubungkan komputer dengan cip ini kita perlu membuat sedikit hardmod iaitu sambungan wire oren seperti gambar di atas yang disolder pada papan litar. pada bahagian inilah nanti kita sambungkan wire iaitu bermula dari kiri untuk ground, 5volt, reset, sck, miso dan mosi yang akan disambungkan pula pada programmer nanti iaitu USBASP

daripada wire oren yang disambung pada board tadi maka kita perlu sambungkan pula dengan wire IDE cable untuk disambungkan pula pada USBASP programmer. anda perlu tahu pin atau wire mana yang mewakili ground, 5 volt, reset, sck, miso dan mosi pada wire tersebut. anda boleh search pinout usbasp di internet, memang banyak tersedia berserta dengan gambar sekali. ikut sahaja kedudukan pinout tersebut
$ads={1}
inilah programmer yang perlu kita gunakan untuk menghubungkan komputer dengan cip pada board tadi. harga programmer ini hanyalah sekitar rm18 sahaja. untuk membolehkan ia berkomunikasi dengan laptop, maka kita perlu download driver usbasp ini di internet dan kemudian install driver ini pada laptop anda

apabila telah selesai proses penyambungan wire maka bolehlah kita re-flash semula cip tadi dengan file HEX innovate LC-1 juga boleh diperoleh di internet. gunakan software sesuai untuk melakukan proses ini. kesemua software saya peroleh di internet sahaja, cuma perlu beli programmer usbasp tu sahaja. gambar atas menunjukkan proses re-chip telah dilakukan dan apabila telah selesai mesej seperti di atas akan muncul. bila selesai maka bolehlah anda mencuba menyambungkan innovate LC-1 untuk dibuat sedikit configurasi semula

saya menggunakan test lamp ini sebagai penunjuk sama ada proses yang saya lakukan ini berjaya atau tidak. semasa proses ini jika lampu led ini berkelip-kelip maka ia berjaya dilakukan dan sekiranya lampu led ini tidak hidup bermakna proses ini gagal sama sekali

sambungkan innovate LC-1 dengan laptop menggunakan serial cable atau pun usb cable dan on LC-1 anda. dengan menggunakan innovate LM programmer buka software tersebut, sekiranya paparan di atas muncul maka anda telah berjaya melakukannya dan sekiranya ada mesej error tertentu bermakna innovate LC-1 tidak berjaya dipulihkan semula

video yang menunjukkan kerja-kerja yang telah saya lakukan dalam menghidupkan kembali innovate LC-1 ini. kini LC-1 ini kembali bernafas dan boleh berfungsi dengan cemerlang seperti sedia kala

terima kasih
sincerely: jeff tacra
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors