Sard Fuel Regulator - Ori vs Fake

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini saya paparkan bagaimana kita hendak mengenali adjustable fuel regulator brand sard sama ada original atau pun local. saya buat perbandingan ini berdasarkan laman sesawang sard itu sendiri dan gambar-gambar paparan ini pun saya ambil di web sard. adjustable fuel regulator memang menjadi pilihan bagi kaki kereta tak kira jenama apa pun, fungsinya untuk meninggikan atau menurunkan pressure minyak dalam fuel rail untuk membolehkan pancutan minyak oleh injector baik. tapi yang kita perhatikan ramai yang meninggikan pressure minyak dan jarang kita dengar pasang fuel reglator ini untuk merendahkan tekanan minya. satu perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menaikkan pressure ini ialah kita perlu mengambil kira berapakan bacaan pressure standard bagi sesebuah enjin. berdasarkan maklumat awal ini barulah kita dapat meningkatkan pressure minyak dengan selamat

pernah kita terbaca atau terdengar dari pelbagai sumber tertentu, ada yang pecah saluran minyak kerana pressure terlalu tinggi atau pun kemungkinan hose yang digunakan tidak berkualiti sehingga menyebabkan ianya menjadi pecah akibat tekanan minyak petrol. bayangkan ada yang set sehingga melebihi 3 bar ke atas dan sebagainya lagi. kalau nak tinggikan pressure lebih baik menggunakan hose minyak yang berketahanan tinggi atau pun lebih selamat menggunakan braided hose yang boleh diperoleh di mana-mana kedai performance, malahan ada kedai yang boleh custom braided hose ini
$ads={1}
saya telah menggunakan brand sard ini dah menjangkau 14 tahun iaitu semenjak saya menaik taraf enjin kereta saya bermula pada tahun 2003 lagi dan sehingga sekarang masih mampu berkhidmat dengan cemerlang, patut dapat 'anugerah perkhidmatan cemerlang' agaknya. di bawah ini saya tunjukkan perbandingan fuel regulator original vs fake

ini packaging adjustable fuel regulator sard. terdapat 2 type fuel regulator ini iaitu standard size untuk kegunaan kereta modifikasi biasa dan sederhana manakala type RJ bagi yang extreme terutamanya bagi kereta turbo high boost. type rj ini didatangkan dengan high-capacity body and diaphram

fake adjustable sard fuel regulator di sebelah kiri manakala genuine product di sebelah kanan. kalau dilihat sekali imbas memang tak nampak apa-apa perbezaan, nampak sama sahaja tetapi hasil penelitian nanti memang ternyata ada beberapa bahagian tertentu yang membezakan kedua-dua product ini

pertamanya dilihat ialah pada bahagian label atau sticker yang terdapat pada badan fuel regulator ini. outline huruf pada fake regulator kelihatan tidak sejelas seperti yang original. sangat sukar untuk membezakan pada bahagian sticker ini kerana perbandingan dapat dilakukan dengan jelas jika kita bandingkan secara langsung dengan ada dua regulator iaitu yang ori dan fake. kalau tengok satu-satu sudah tentu susah untuk membezakannya. satu lagi ialah warna sticker fake punya sedikit kusam jika dibandingkan dengan yang ori

seterusnya pada bahagian permukaan regulator itu sendiri ada perbezaan. tiruan agak kasar sedikit jika dibandingkan dengan ori yang lebih licin permukaannya. pada bahagian skru allen pun nampak perbezaan seperti yang tertera pada gambar di atas

pada bahagian nat lock untuk melaras regulator ini pula pun bebeza. kalau yang tiruan saiz nat ialah 12mm, manakala sard original bersaiz 13mm

inilah perbezaan yang nampak ketara pada bahagian ini. iaitu yang original terdapat dua titik (dot) yang jelas manakala yang fake punya hanya terdapat satu dot sahaja, itu pun kurang jelas. jadi keadaan ini memudahkan kita untuk mengenali antara yang original dan yang tiruan dengan memerhatikan titik atau punch ini. sebelum kita membeli regulator barand ini, terlebih dahulu kita perhatikan 2 punch ini, kalau ada 2 bermakna itu original

akhir sekali ialah ketebalan bracket mounting iaitu yang counterfit kelihatan nipis sedikit jika dibandingkan dengan yang ori, tebal sedikit. inilah sedikit sebanyak panduan yang boleh dikongsikan sekiranya kita hendak membeli adjustable fuel regulator jenis sard. saya kira harga sard ori sekarang hampir rm400 tidak termasuk meter, manakala yang fake punya agak murah daripada harga ori

saya telah menggunakan product ini semenjak 2003 lagi iaitu selepas saya menaik taraf enjin kereta saya. ternyata regulator sard ori ini masih lagi berfungsi hingga sekarang (2017), pressure masih cantik. gambar atas saya ambil selepas 2 jam lebih enjin kereta dimatikan dan ternyata pressure masih kekal lagi beberapa ketika. namun pressure akan perlahan-lahan turun juga akhirnya

pilihan di tangan anda. ada yang hanya pasang je tanpa mengira product original atau tidak dan bagi saya hal ini perlu diberi perhatian kerana alat ini melibatkan minyak petrol, kemungkinan bocor boleh berlaku kalau menggunakan product local atau pun pressure tidak stabil dan mengakibatkan enjin pun tidak beroperasi dengan baik dan sebagainya

inilah sedikit sebanyak perbezaan regulator brand sard, semoga boleh dijadikan panduan untuk semua. di pasaran negara kita terdapat beberapa jenama lain seperti works, tomei dan beberapa lagi. tepuk dada tanya selera


terima kasih
sincerely: jeff tacra
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors