assalamualaikum dan salam sejahtera
terima kasih
sincerely: jeff tacra
bersua lagi kali ini dengan entri yang boleh dikatakan lain dari yang lain, tidak ada kena mengena dengan kereta pun. kali ini saya paparkan cara menukar inlet water valve mesin basuh. mana tahu kan, kalau ada yang rosak inlet valve ini bolehlah kita ganti sendiri, tak perlu panggil tukang repair dan sudah tentu upahnya boleh tahan juga nanti. beli barang sendiri di kedai part elektrik tak sampai pun rm50 dan selebihnya kerja kita sendiri untuk menukarnya. berbaloi kalau buat sendiri ni
inilah mesin basuh brand hitachi yang berusia lebih kurang 3 tahun, dah habis waranty. so kalau rosak tentulah kita kena keluarkan sendiri perbelanjaan menggantikan part tersebut. kalau brand lain inlet valve ini agak murah seperti kalau samsung harga sekitar rm16-rm20 sahaja dan kalau brand hitachi ini boleh mencecah sehingga rm45 satu
kerosakan mesin basuh di rumah ibu mentua saya ini ialah air tak nak berhenti walaupun dah sampai masa untuk air tu stop. mesin basuh ni jenis fully automatic, so tak perlu kita tutup paip seperti kebanyakan mesin basuh manual biasa. apabila masalah air tak stop ini tidak lain dan tidak bukan mestilah masalah water inlet valve yang rosak, valve di dalamnya sudah tidak berupaya untuk menutup dan menghalang air daripada terus mengalir keluar. solutionnya ialah kita terpaksa menukar dengan inlet valve yang baru
kerja menukar inlet valve ini agak mudah dan tidak sesukar seperti kerja-kerja diy pada kereta. kita hanya perlu buka 2 biji nat mata philip pada bahagian belakang mesin basuh tersebut. boleh lihat gambar seperti yang saya tandakan di atas. kemungkinan lain jenama, lain pula kedudukannya tapi konsepnya tetap sama iaitu kita hendak membuka penutup bahagian belakang atas mesin basuh. sebelum tu tutup dulu papip air dan keluarkan hose yang besambung dengan inlet ini dan jangan lupa tutup suis dan tanggalkan plug elektrik
sebaik sahaja penutup belakang bahagian atas tu dibuka, kita akan dapat lihat inlet valve pada bahagian tempat yang bersambung dengan hose paip air. ada juga jenis mesin basuh yang kedudukan inlet valve ini pada bahagian belakang, bergantung pada jenama tertentu
inilah inlet valve yang perlu diganti dengan yang baru. buka klip hose paip yang berwarna hitam dan cabut hose paip tersebut. buka satu skru yang ditandakan dengan petak purple pada gambar serta unplug 2 klip untuk power inlet valve ini. tarik je ke atas dan dengan mudah ia dapat dikeluarkan
$ads={1}
inilah rupa inlet valve tersebut. kalau nak beli kena bawak sample ataupun kita bagitau kepada owner kedai jenama mesin basuh yang kita inginkan. tahulah nanti tokey kedai bagi pada kita dan kalau bawak sample boleh ukur terus di kedai. tidaklah menyusahkan kita sekiranya barang tak sama semasa hendak pasang nanti. bagi yang berada di sekitar kuala terengganu bolehlah pergi ke kedai (lupa nama) yang terletak di ladang, sederet dengan bangunan kopitiam uncle chua. macam-macam part barangan elektrik ada jual di situ
harga yang saya dapat rm45 dan kalau brand lain agak murah, kata tokey kedai tadi. mintak kurang dia tak bagi so ambik je lah. saya hanya bagitau brand hitachi je dan tokey tersebut terus ambil barang tanpa melihat pun sample yang saya bawa :)
kelihatan pada gambar inlet valve baru yang telah siap dipasangkan pada mesin basuh. sambungkan semula hose hitam tadi, kenakan klip dengan kemas. pasangkan balik nat philip yang mengikat valve tersebut dan jangan lupa plug in balik connector - dan + pada inlet valve. masa ini sesuai untuk kita test dengan menyambung punca elektrik dan hose air. on mesin basuh dan sepetutnya sebelum on air tak keluar dan bila on air akan terus keluar ke dalam mesin basuh. pastikan tiada kebocoran pada hose tertentu dan pasang balik penutup mesin basuh tersebut. selamat mencuba
terima kasih
sincerely: jeff tacra
Assalam..bang jeff..mesin basuh fully oto..jnis LG..xblh nk kering..pas abih bsh trus ulang balik isi air ,bsh plok..xpegi ke next step iaitu kering..sblom ni tukar talisawat dia sbb dh putus tp jd cmtu plk..bwh mesin bsh LG ade 1je v-belt motor ke pulley mesin bsuh..satu saluran utama buang air..yg lain sambungn msk situ blake..ade 1 valve yg ade spring..sy tnye kot2la bang jeff blh bg idea..sbb yg ni bkn bkaitn ngn kete..naye ke mok tuwe bsh bju..nk gi repair tkot mhl..pitih kite pn bo bo ckup mkn ank bni..
ReplyDeleteAssalam bang tumpang bertanye,kenape mesin basuh sy selepas tiba2 shj off,selepas basuh. Dan terus tak boleh on utk basuh..harap dapat membantu.tq
ReplyDelete