Battery & Alternator

apa khabar semua, diharapkan agar pengujung blog saya ini berada dalam keadaan sihat di samping tugas-tugas seharian. entri blog kali ini saya akan paparkan mengenai dua perkara penting bagi sesebuah kenderaan iaitu bateri dan alternator. kedua-dua peralatan ini memainkan peranan yang sangat penting bagi kereta anda kerana tanpa kedua-dua elemen ini kereta kita tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan sempurna. ramai dalam kalangan kita kerap kali mengabaikan penyelenggaraan bateri dan alternator kereta dan sekiranya bermasalah sudah pasti kereta kita tidak dapat dihidupkan dan kadang-kadang boleh tersadai di mana-mana tempat. oleh itu jangan ambil mudah, selalulah periksa paras air bateri kereta anda sekiranya menggunakan bateri berasaskan air
bateri biasa berasaskan cecair ini perlu diperiksa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali kerana apabila paras asid di dalam bateri telah berada di bawah paras minima boleh menyebabkan bateri kereta rosak dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. semasa hendak menghidupkan kereta apabila kunci dipulas ke start enjin tidak dapat dihidupkan dengan biasa, hanya kedengaran bunyi starter yang lemah dan tidak terdaya untuk memusingkan enjin kereta. salah satu lagi tanda bateri kereta lemah ialah apabila kita hendak menghidupkan kereta dan sebaik sahaja kunci dipulas akan kedengaran siren alarm dan ini merupakan satu tanda bateri lemah. sudah sampai masanya anda melakukan jumper dengan kaedah yang betul atau menukarkannya dengan bateri baru

satu lagi bateri yang popular dewasa ini ialah bateri maintenance free atau istilahnya ialah MF BATTERY. bateri jenis ini tidak perlu dijaga seperti bateri basah biasa. jangan anda keliru dengan bateri yang betul-betul MF dengan bateri yang dikatakan mirip seperti bateri MF. kalau diperhatikan bateri MF ini sebenarnya bahagian atasnya tidak ada apa-apa penutup asid bateri seperti gambar di atas dan kebanyakanya yang ada sekarang ialah terdapatnya sticker panjang pada bahagian atasnya dan jika dibuka sticker tersebut pada bahagian bawahnya terdapat 6 biji penutup untuk dimasukkan asid bateri. jadi semasa hendak membeli bateri pastikan betul-betul itu battery MF yang dikehendaki. biasanya terdapat indicator pada bahagian atas bateri MF ini iaitu hijau (normal), putih (charge) dan hitam (rosak). tetapi kadang-kadang indicator ini tidak menggambarkan kondisi sebenar bateri MF ini kerana tanda hijau pun bateri boleh rosak juga

bacaan voltage pada voltmeter sangat penting untuk mengetahui keadaan bateri sesebuah kereta sama ada lemah, sederhana atau terbaik. bagi yang betul-betul menjaga keadaan bateri ini selalunya kaki-kaki kereta menambah voltmeter tambahan untuk memantau keadaan bateri kereta. sebenarnya bukan saja-saja nak letak pelbagai meter pada dashboard kereta tetapi ada tujuan tertentu di sebaliknya yang boleh menggambarkan kondisi keseluruhan enjin kereta. kebiasaannya voltage bateri yang sihat semasa kunci on ialah sekitar 12.0v - 12.4v, bacaan ini ialah sebelum kereta di start. sebaik sahaja kereta dihidupkan bacaan voltage sekitar 14.0v - 14.5v dan inilah masanya alternator mengecas bateri supaya voltage bateri berada dalam keadaan baik. sebaik sahaja enjin sudah stabil bacaan voltage ialah sekitar 13.7v - 14.1v dan bacaan ini sebenarnya datang daripada voltage alternator sesebuah kereta. sekiranya apabila enjin sudah stabil voltage sekitar 10v - 11.5v ini menunjukkan alternator anda tidak sihat dan perlu diservis

banyak gajet voltmeter tambahan yang boleh diperoleh di mana-mana kedai accessories dengan harga yang murah sehingga ke jenama branded yang agak mahal. saya sarankan supaya memasang votlmeter ini sebagai alat untuk memantau keadaan bateri dan alternator kereta anda. sekurang-kurangnya kita tahu bilakah masanya kita perlu bersedia dengan apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku
$ads={1}
paparan indicator tertentu pada meter sangat penting sebagai tanda menunjukkan keadaan enjin kereta kita. sebab itu, selalulah perhatikan setiap indicator ini semasa memandu kereta kerana kerosakan awal dapat dikesan berpandukan indicator ini. tanda bateri seperti di atas bukan menunjukkan keadaan bateri kereta kita tetapi sebenarnya merujuk kepada alternator sesebuah kereta. sekiranya tanda bateri ini hidup bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada alternator sesebuah kereta. harus diingatkan bawah bateri kereta hanyalah digunakan untuk menghidupkan kereta sahaja dan sebaik sahaja kereta hidup maka sistem elektrikal kereta diambil alih oleh alternator sepenuhnya

sekiranya tanda bateri pada panel meter hidup kebiasaanya alternator sesebuah kereta bermasalah. selalunya masalahnya ialah carbon bruh pada alternator tersebut telah haus dan pendek. hal inilah yang menyebabkan alternator tidak dapat menyalurkan kuasa pada enjin kereta. sebaiknya kita perlu servis alternator apabila indicator ini hidup dan jangan bertangguh untuk melakukannya kerana kemungkinan masalah besar akan berlaku nanti. ada kes yang saya jumpa sebuah wira voltage keretanya semakin menurun sehingga 11.0v semasa kereta bergerak. sebaik sahaja kereta dimatikan kereta tidak dapat dihidupkan terus. owner menukar bateri dan tak sampai seminggu voltage turun lagi. apabila saya memeriksanya iaitu dengan cara membuka terminal - bateri semasa kereta dihidupkan secara tiba-tiba kereta terus mati. ini menunjukkan bahawa alternator keretanya telah rosak. apabila dibuka didapati carbon brush masih lagi panjang dan ini bermakna IC pada alternator telah rosak, jawabnya kena tukar seketul alternator 2nd hand dengan harga sekitar rm250-rm270 sekarang (alternator 4G91). saya memang tak suka alternator recond kerana bahagian luarnya tidak menggambarkan apa sebenarnya keadaan pada bahagian dalamannya. bergantung pada nasib jugak kadang-kadang recond dapat bertahan lama tetapi kebanyakannya mudah rosak dalam tempoh yang pendek

satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian sekiranya charge tidak ada ialah dengan cara memeriksa keadaan fuse alternator yang berada bahagian hujung atas kanan kotak fuse dalam ruang enjin kereta. sekiranya putus segeralah ganti dengan fuse yang sama amp seperti asal

kini terdapat device yang boleh digunakan untuk memeriksa keadaan bateri dan alternator kereta seperti alat kecil yang ditunjukkan di atas. dengan alat ini kita dapat mengetahui keadaan alternator sama ada berfungsi dengan baik atau sebaliknya. begitu juga kita dapat mengetahui keadaan bateri kereta sama ada baik, pertengahan atau lemah. alat ini berharga rm50 sahaja dan kena order dari luar negara untuk mendapatkannya. semoga sedikit penerangan ini dapat dijadikan panduan untuk semua

terima kasih
sincerely: jeff tacra

16 Comments

  1. Cikgu....klu bateri yg konon mcm bateri mf tu...kita boleh tambah air ke dlm dia... yelh alang2 ada lubang untuk masukkan air...baik kita pantau dan masukkan air jika kurang...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Maksud tuan ni blh topup asid bateri ke air bateri.. Ke asid ngn air bateri tu benda yg same.. Name je lain2.. Sori nubis

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu...apa masalah klu bila dlm keadaan hi rem(masa merembat) air bteri tembak kluar

    ReplyDelete
  4. Biasanya air bateri tembak keluar alternator overcharge. Boleh meletup bateri. Try check voltage masa rem keta. Kalau lebih dari 14v, alternator kena tukar.

    ReplyDelete
  5. cikgu, TAC pakai bateri model mana? Nak pakai juga ni. :D

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak dapat kan device utk cek alternator n bateri

    ReplyDelete
  7. Kalo guna bateri n70 perlu ke tkr alternator amp lbh bsr dr standard(75amp) cikgu?

    ReplyDelete
  8. cikgu jeff, kereta viva bleh guna alternator model ape yer utk dapatkan ampere tinggi..

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu.. masalah kereta saya kalau jalan x jem batteri volt dalam 13.6 keatas mcm xde masalah..masalah timbul kalau jalan jem. Kereta bergerak perlahan. Bacaan volt pada meter menurun sehingga 11.6.. memaksa saya tutup air cond. Untuk elak dari volt. Lebih teruk.. kalau jalan jem air cond. Tak on ok pulak.. pening..kereta galant. 1992.

    ReplyDelete
  10. kalau bacaan voltage rendah semasa kereta hidup biasanya masalah pada alternator. kena cek dulu

    ReplyDelete
  11. Assalam tuan. Kereta wira saya mempunyai masalah seperti berikut. Bateri & alternator baru saja tukar tahun ni (2016). Masalah ni sering terjadi waktu malam sebab penggunaan lampu, aircond dan lebih ketara bila hujan dan menggunakan viper. boleh di katakn full load penggunaan elektrik. Masalahnya lampu jadi malap & radio sekejap hidup sekejap mati seperti bekalan tidak mencukupi. Apakh punca terjadinya masalah tersebut. Saya perasan perkara ini terjadi selepas saya servis aircond. Harap tuan dapat membantu.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..cmne klu kt tukar altenator yg lbh tgi amp atau power nya dr asal?contohnya asal kereta 80A tp kt up kn sket ke 90A atau mgkin ke 120A? ada kesan sampingan x? ada pomen sarankan utk tukar ke altenator besar sket power nya sb d kereta pasang sound system yg agak berat,contoh 2bji amplifier atau mgkin lebih nt. jika x keberatan blh reply terus ke email sy, torcell2499@gmail.com

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. saya nak tanya nak guna digital batery tester. engine kereta hendak di matikan lebih dahulu

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum cikgu,nk tanya..kereta waja saya,kalua jalan siang hari xon lampu volt dia dlm 14.1-14.3..tp bila on lampu dia naik smapai 14.9-15.0...ape maslahnya ye...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors