Clutch Master Cylinder Repair

bersua kembali kita dengan entri diy kali ini mengenai clutch master cylinder repair atau pun dengan bahasa mudah yang kita sebut sebagai clutch pump atas bagi kereta proton atau mitsubishi lancer 4G91/92/93/63 dan yang bersamaan dengannya. selalunya ada tanda-tanda tertentu yang menjadikan clutch tidak sebaik seperti dahulu. salah satu tanda kerosakan clutch pump ialah semasa kita menekan pedal clutch pada awalnya ok dan tidak ada masalah tetapi lama-kelamaan clutch pedal dirasakan semakin pendek dan akhirnya nanti memang kita tidak akan dapat memasukkan gear langsung. apabila simptom ini berlaku bermakna terdapat kebocoran pada sistem pump clutch sama ada master clutch pump iaitu pump atas atau pun secondary clutch pump iaitu clutch pump bawah.

paparan saya kali ini ialah mengenai bagaimana kita hendak menukar repair kit clutch pump atas jika mengalami kebocoran akibat seal di dalam pump sudah rosak dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. simptom seperti yang saya nyatakan di atas kemungkinan besar clutch pump atas bocor dan ini boleh diperhatikan dengan berkurangnya minyak clutch di dalam tabung minyak ataupun kesan minyak yang keluar pada bahagian pump clutch dekat pedal clutch bawah dashboard
$ads={1}
penghargaan khas saya tujukan kepada rakan facebook saya iaitu Suhaimi B. Zainol (boleh klik nama tersebut) atas sumbangan gambar-gambar beliau yang sangat bermakna ini untuk saya masukkan ke dalam page saya ini. semua gambar merupakan kerja-kerja beliau dengan bimbingan daripada saya juga melalui pm fb, tahniah kerana anda berjaya melakukannya dengan begitu baik sekali. terima kasih sekali lagi
inilah rupa clutch master cylinder pump atau clutch pump atas kereta bagi kebanyakan kereta proton dan mitsubishi lancer. semasa kita menekan pedal clutch sebenarnya kita menekan push rod pump ini yang berfungsi mengalirkan minyak clutch ke clutch pump bawah dan seterusnya menggerakkan fork clutch pressure dan menjadikan sistem clutch dapat berfungsi dengan jayanya. jadi tidak hairanlah kalau clutch pump ini mengalami kebocoran tertentu akibat penggunaan yang sangat kerap. apabila sudah dikenal pasti kerosakan clutch pump ini maka keluarkanlah pump ini daripada kereta iaitu dengan membuka nat yang bersambung dengan pedal clutch serta membuka dua biji nat pada bahagian engine bay pada clutch pump berkenaan. jangan lupa juga untuk membuka hose minyak clutch terlebih dahulu
inilah rupa repair kit yang baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part. gambar di atas ialah contoh repair kit brand TRW yang boleh dikatakan agak baik juga dengan pemilihan jenama ini. ada juga brand lain yang ditawarkan oleh tokey kedai spare part

untuk membuka bracket U di atas gunakanlah mana-mana cara yang difikirkan sesuai asalkan dapat memisahkan U bracket dengan push rod clutch pump tersebut. tujuan untuk membuka U bracket ini ialah untuk mengeluarkan boot clutch dengan mudah sekiranya boot mengalami kerosakan seperti terkoyak dan sebagainya. kalau boot masih cantik maka tidak perlulah membuka U bracket ini

langkah seterusnya ialah mengeluarkan kit seal yang terdapat di dalam pump ini. pertamanya cungkil keluar klip seperti gambar di atas dengan menggunakan tools yang bersesuaian. sebaik sahaja klip ini dicabut maka dengan mudah kita boleh keluarkan atau pisahkan push rod daripada clutch pump tersebut. tibalah pula kepada langkah seterusnya iaitu keluarkan isi perut pump tersebut


gambar di atas menunjukkan isi dalam clutch pump ini yang perlu dikeluarkan dan diganti dengan rapair kit yang baru tadi. untuk mengeluarkan kit ini agak sukar juga jika tidak tahu caranya kerana kit ini masih melekat kuat pada bahagian dalamnya, tetapi kita ada caranya yang boleh dikeluarkan dengan mudah tanpa special tools :)

caranya ialah lihat gambar di atas. gunakan apa-apa tools atau peralatan yang bersesuaian dan ketuk-ketuk manja pada bahagian kit di tengah-tengah pump. ketika kita mengetuk benda ini akan bergerak ke dalam dan akan menganjal balik tetapi masih tidak boleh dikeluarkan. kalau ada yang dapat keluarkan dengan mudah itu menjadi rezekinya

seterunya terbalikkan bahagian kit ke bawah dan ketuk perlahan-lahan pada objek keras seperti kayu dan sebagainya. ketuk-ketuk sehingga nampak bahagian hadapan kit keluar dan bolehlah gunakan playar untuk menarik kit itu keluar keseluruhannya. maka dengan mudah ia dapat dikeluarkan daripada 'sarangnya'

inilah isi perut lama yang dikeluarkan tadi dan ternyata sealnya telah haus dan tidak dapat lagi berkhidmat dan terpaksa diberhentikan daripada tugas. maka boleh gantikan dengan repair kit yang baru tadi. kemudiannya pasangkan balik segala peralatan yang dibuka dan yang telah dikeluarkan tadi sehingga sempurna dan lengkap seperti asal. semasa memasukkan kit baru letakkan sedikit minyak pelincir untuk memudahkan kerja pemasangannya. setelah siap pasangkan semula tabung minyak (sekiranya dibuka) dan bolehlah pasangkan balik pada kereta. isikan minyak clutch dan lakukan proses bleeding untuk membuang bubble trap di dalam hose clutch. pandu uji kereta dan jika terasa pendek atau terlalu panjang pedal clutch maka laraskan push rod untuk disesuaikan dengan kehendak anda

sebenarnya terdapat dua pilihan ketika membaik pulih clutch pump ini iaitu sama ada melakukan proses diy seperti di atas sebagai mana yang telah saya terangkan atau pun mendapatkan terus set baru clutch pump ini di kedai spare part. terdapat beberapa jenama seperti TRW, SANYCO, NABCO dan beberapa lagi yang boleh dipilih bergantung kepada bajet anda. suatu ketika dahulu saya pernah membeli set baru brand NABCO sama seperti original mitsubishi di kedai spare part dengan harg rm170 satu set dan sekarang agak sukar untuk mendapatkan brand ini. barand SANYCO pula ialah brand yang dipakai oleh kebanyakan kereta proton terutamanya proton wira. ada juga yang membeli set 2nd di kedai halfcut, bergantung pada nasib juga, kadang kala dapat bertahan lama dan kadang kala sebaliknya pula. so pilihan di tangan anda dan anda lah yang menentukannya untuk membuat pilihan terbaik

terima kasih
sincerely: jeff tacra

14 Comments

  1. Assalamualaikum.....boleh saya datang ke tempat tuan....utk pemasangan hon kereta dgn relay....saya pandai DIY sendiri...terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.....boleh saya datang ke tempat tuan....utk pemasangan hon kereta dgn relay....saya pandai DIY sendiri...terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum bro jeff tacra..
    Lari tajuk.. spring rate kelisa 1.3 storia brapa k sesuai ?
    6k-4k?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum abg jeff..klau dh repair master cylinder ni tp brake still kejap tinggi kejap rendah..ape sbb lain x?servo brake leh jd punca ke?

    ReplyDelete
  5. salam nak tanya..sy sdh tukar clutch pump..tetapi masalahnya apa saya tekan clutch,clutch pump tidak respon atau erti kata lain tidak menolak..jadi apakah jalan penyelesaiannya??naik stress memikirkan kereta asyik rosak saja..

    ReplyDelete
  6. Salam, saya jugak ada masalah yang sama, saya dahtukar 3 kali master pump clutch saya dan lower clutch pump juga hose hydraulik yang bocor kepada hose yang baru dari proton,
    mula perjalanan, clutch seperti biasa, pedal tak terlalu tinggi, tetapi apabila saya berhenti di jem selama 1/2 minit, clutch plate jadi tak release padahal pedal clutch dah tekan dan tukar gear, tolong encikk, apa yang problem pada masalah ini

    ReplyDelete
  7. salam cikgu jef..minta pencerahan tentang perbezaan antara clutch pump dengan clutch cable...mana satu yg lebih baik?dr segi maintainence,jangka hayat...minta tunjuk ajar..terima kasih
    brocommand@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Thanks for the nice blog. It was very useful for me. Keep sharing such ideas in the future as well, and I am glad to came here! Thanks for sharing the such information with us. Racing Liner

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors