Radiator Coolant Flush

bersua lagi kali ini dengan entri mengenai bagaimana untuk flush coolant lama dan seterusnya menukar coolant baru bagi cooling system sesebuah kereta. perkara ini perlu dilakukan sekiranya kita hendak menukar coolant lama 100% dan menggantikanya dengan coolant baharu sama ada hendak menukar brand lain atau mengekalkan brand asal. kalau hanya sekadar untuk top up coolant sahaja memadai dengan menambahkan coolant di dalam coolant spare tank atau pun di dalam radiator kereta sahaja. cooling system ini seharusnya berada pada tahap yang optimum kerana sesebuah kenderaan bergantung kepada cooling system untuk menyejukkan  sesebuah enjin agar dapat beroperasi dengan maksimum. kita sebagai pengguna sesebuah kenderaan hendaklah mengambil tahu hal ini kerana kekurangan air di dalam radiator akan memudaratkan keseluruhan enjin kereta tersebut. selalulah perhatikan penunjuk suhu pada meter kerana daripada situ kita akan dapat memantau dan mengetahui kondisi enjin kita. bagi kereta proton khsusnya proton wira atau mitsubishi lancer yang seangkatan dengan wira kedudukan meter ini selalunya berada pada bahagian bawah sikit daripada separuh meter dan jika jarum meter temp ini berada melebihi daripada separuh maka tiba masanya anda memeriksa cooling system kereta kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem ini. mencegah lebih baik daripada merawat

cooling system kereta saling berkaitan antara satu sama lain yang bermula daripada coolant atau cecair penyejuk di dalam radiator dan seterusnya ke enjin. tugas mengalirkan air ini untuk disalurkan ke enjin dimainkan oleh water pump mankala yang mengawal pusingan air ialah termostat yang membenarkan air melaluinya apabila mencapai suhu tertentu. seterusnya dialirkan ke radiator dan kipas pada radiator berperanan untuk menyejukkan coolant itu tadi. begitulah seterusnya pusingan coolant di dalam sesebuah enjin


paparan entri DIY kali ini ialah bagaimana kita hendak menukar radiator coolant dengan melakukan flushing terhadap cooling system kereta kita dengan cara saya tersendiri. kalau di kedai mereka menggunakan mesin khas untuk pusingan air dan tambahan pula mereka hanya menggunakan air paip yang ternyata memudahkan proses pengaratan di dalam cooling system terutama di dalam radiator. sebelum ini saya menggunakan coolant toyota yang berwarna merah tetapi sekarang saya nak beralih arah dengan menggunakan coolant mitsubishi premix long life. jadi keseluruhan cooling system kereta saya akan saya flush dengan mengeluarkan semua sekali coolant toyota yang lama itu


premix longlife coolant mitsubishi ini tidak perlu dicampur dengan air, hanya gunakan 100% coolant ini sahaja di dalam cooling system kereta. jadi sekiranya pada masa akan datang coolant ini berkurangan maka perlulah ditambah dengan coolant ini juga supaya sukatannya betul mengikut yang dikehendakki oleh sesebuah enjin tertentu. ada juga coolant yang perlu ditambah air dengan kadar 50% coolant dan 50% lagi air dan ada yang nisbah 70/30 dan sebagainya. semasa membeli coolant selalulah baca label dan keterangan yang terdapat pada botol tersebut supaya kita mematuhi arahan seperti mana yang dicadangkan oleh pengeluar, barulah hasilnya memuaskan dan dapat beroperasi dengan baik terhadap sesebuah enjin


entri ini khusus untuk enjin 4G9x atau 4G1X sama ada proton atau mitsu lancer dan tidak diguna pakai pada enjin lain kerana kemungkinan cara dan kaedahnya berbeza dengan apa yang saya paparkan di sini. pertamanya sejukkan kereta sekiranya baru lepas memandu dan jangan sesekali membuka radiator cap ketika panas kerana pressure coolant boleh mencederakan kita. apabila dah sejuk buka radiator drain nut pada bahagian bawah sebelah kanan radiator, pusing dengan tangan sahaja sehingga habis dan pada masa ini coolant di dalam radiator akan keluar sehingga habis. terlebih dahulu buka radiator cap supaya aliran keluar coolant pada bahagian radiator ini berjalan lancar dan cepat keluar. ingat ye, hanya dalam radiator sahaja yang keluar air ini dan masih berbaki lagi di dalam water jacket pada engine block



baiklah, sekarang kita akan mengeluarkan air pada bahagian blok enjin. perhatikan pada bahagian no enjin pada blok dan didapati pada sebelah kanan sedikit terdapat nat bersaiz 14mm. nat inilah yang akan dibuka nanti untuk mengeluarkan keseluruhan coolant lama di dalam enjin. pusing arah lawan jam dan keluarkan nat tersebut, dan sebaik sahaja nat dibuka coolant akan keluar melalu lubang itu sehingga habis di dalam blok. saya tidak membuka thermostat kerana memadai dengan hanya membuka nat pada blok enjin ini sahaja coolant dapat dikeluarkan. apabila dah keluarkan semuanya tutup balik nat ini dan juga tutup nat pada radiator tadi dan isikan air (jangan guna air paip), saya gunakan air bertapis sahaja. isikan sehingga penuh, start enjin beberapa ketika, tak perlu tunggu sehingga enjin panas. tujuan start ini ialah supaya air baru dapat melalui cooling system kereta. matikan enjin buka balik radiator drain nat dan block drain nat tadi. ulagi proses ini beberapa kali sehingga air yang keluar akan jernih tanpa coolant lama. saya hanya melakukan proses ini sebanyak 3 kali sahaja dah memadai

jangan lupa untuk membuka coolant spare tank ini untuk mengeluarkan keseluruhan coolant lama. keluarkan dan basuh sehingga bersih bahagian dalam tank ini. sekiranya terdapat kotoran atau karat masukan sedikit pasir kasar kira-kira segenggam ke dalam tank ini dan masukkan air sehingga separuh tank. tutup tank dengan tangan dan goncangkan air serta pasir di dalam tank tersebut. ulangi beberapa kali dan hasilnya karat atau kotoran akan mudah ditanggalkan. kalau perlu tambahkan sedikit bahan pencuci untuk mempercepatkan proses ini

apabila segalanya telah memauskan, periksa radiator drain nat serta nat pada blok tadi supaya berada pada kedudukan yang kemas. anda boleh meletakkan sedikit teflon tape putih pada nat di blok tadi supaya tidak berlaku kebocoran di situ. kalau tak letak pun tak apa asalkan kemas dan dipasang dengan baik. saya menggunakan radiator aloi ini dan memerlukan cecair coolant sebanyak 5 liter untuk memenuhkan keseluruhan cooling system kereta saya. kalau menggunakan radiator single layer atau radiator kecil saya kira 3 liter lebih dah memadai
$ads={1}
bagi yang menggunakan enjin 4G9X terdapat satu nat juga bersaiz 14mm di bahagian belakang blok sebelah kiri yang dipasangkan pada termostat housing. tujuan nat atau lubang ini ialah sebagai breather untuk coolant iaitu semasa kita memasukkan coolant baru sekiranya tangki kosong perangkap udara akan keluar melalui lubang ini. cara menggunakannya ialah, semasa kita memasukkan coolant buka nat ini dan perhatikan lubang tersebut, apabila coolant hampir penuh coolant akan mengalir keluar melalui lubang menandakan keseluruhan cooling system telah dipenuhi air. gelembung udara juga akan dapat dilihat melalui lubang ini. apabila aliran dah tidak ada gelembung udara maka tutup dengan segera nat ini. isi air dalam radiator sehingga penuh seperti biasa. bagi yang hanya hendak top up coolant sahaja di dalam radiator tidak perlu membuka nat ini

akhir sekali apabila dah selesai pada bahagian radiator maka kita perlu memasukkan coolant ke dalam spare tank ini sehingga kedudukan coolant pada tah FULL, marking ini ada pada spare tank kereta. 

Important
salah satu petua sekiranya anda henda top up coolant atau air radiator iaitu jika air pada spare tank ini berkurangan iaitu tidak berada pada tahap FULL pada masa enjin sejuk maka bolehlah anda menambah cecair penyejuk memadai pada spare tank ini sahaja. sebaliknya jika anda dapati spare tank kereta anda kosong, tidak ada air langsung maka anda perlu top up coolant ini di dalam radiator serta di dalam spare tank iaitu kedua-dua sekali. sudah menjadi lumrah, lama-kelamaan coolant ini akan kurang sedikit dan anda perlu top up dengan yang lain. harus diingatkan jika coolant berkurangan pada masa yang singkat kemungkinan ada kebocoran pada cooling system kereta anda. saya hanya mengamalkan top up coolant sahaja dan sangat jarang flush seperti ini melainkan hendak menukar coolant brand lain seperti ini. alhamdulillah, cooling system kereta saya sangat memuaskan

gambar di atas saya tunjukkan kedudukan drain nut pada blok enjin serta breather pada bahagian belakang blok enjin. coolant yang saya gunakan ini tidak perlu dicampur dengan air maka saya perlukan 5 liter lebih untuk cooling system kereta saya. harga sebotol coolant ini rm20, anda boleh kira sendiri berapa rm saya belanjakan untuk coolant sahaja. duit bukan segalanya tetapi kepuasan di hati itulah yang paling penting. tambahan pula buka selalu saya menukar coolant kereta saya, hanya top up sahaja sekiranya air berkurangan. semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua

terima kasih
sincerely: jefftacra

23 Comments

  1. Sy menggunakan kereta waja 2003.bila berhenti ditraffic light temperature naik melebihi separuh meter dkt 100 @ Lebih..bila gerak..turun balik. Dh tukar thermostat. Temperature sensor...tp masalh tetap sama...kipas radiator berfungsi ok...

    ReplyDelete
  2. saya berpendapat kemungkinan radiator fan tak kuat, motor dah lemah, sebab tu apabila berhenti temp akan naik. apabila kereta bergerak temp akan turun kerana bantuan angin luar menyejukkan radiator. try cek radiator fan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada isu yg sama dgn abihazieq.

      Saya dapati kipas radiator saya tak kuat. Tukar dgn jenama yg sama apm $215 siap pasang. Result= ok.

      Saya juga ambik kesempatan terus servise radiator, tukar hos air, radiator cap, masukkan coolant, flushing radiator system dan enjin blok sekali. $180. Saya dapati hos telah mereput dari dlm. Eloklah ditukarkan sekali, jika tidak akan melarat seperti radiator tersumbat

      Kereta wira tahun 2012. Ini kali pertama kipas radiator buat hal dgn simtom yg sama spt tuan jeff tacra sebutkan. Terima kasih pada tuan jeff tacra

      Delete
  3. knp di atas tadi tuan melarang menggunakan air paip. air apa yg sesuai digunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena guna air suling . paling senang air battery kereta.

      Delete
  4. Terima kasih...info yg amat berguna kpd semua pengguna

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...info yg amat berguna kpd semua pengguna

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Air mineral jenama spritzer boleh digunakan untuk radiator kereta

      Is membantu untuk menyejukkan enjin kereta Dan is juga mampu mencegah kekaratan dalam radiator kereta

      Delete
  7. RM berapa ni bro Jeff?siap beli dua lagi tu..huhu

    ReplyDelete
  8. Assalam abg jeff, boleh ke guna coolant kat radiator yang sebelum ni guna air paip? memang dah nampak kesan karat, tapi sekarang ni saya dah tukar air mineral, tapi masih nampak lagi kesan karat kat air mineral yang saya masukkan dalam radiator tu

    ReplyDelete
  9. Kalau ikut ape yang saya baca, air mineral pun tak sesuai utk radiator sebab mineral2 dlm air boleh menyebabkan karat. Paling bagus adalah air suling atau distilled water. Banyak dijual di hypermarket kat bahagian jual air2 mineral dsb.

    ReplyDelete
  10. salam abg jeff..apa beza coolant warna hijau dan merah..mohon pencerahan cikit abg jeff..TQ..

    ReplyDelete
  11. Assalam abg jeff...nk tanya ...tutorial kt atas tu blh di guna pakai utk kereta proton sawi?

    ReplyDelete
  12. Assalam abg jeff...nk tanya ...tutorial kt atas tu blh di guna pakai utk kereta proton sawi?

    ReplyDelete
  13. Terimakasih tuan sudi berkongsi ilmu. Semoga Allah memberkati hidup tuan

    ReplyDelete
  14. Abg jeff,nak tanya,.. coolant Bleed nut utk wira 1.3 kat mana?

    ReplyDelete
  15. Mungkin radiator tersumbat, bila Pam perlahan air tak mengalir jd cepat panas. Flush radiator tu dgn air, kalau masih naik suhu, periksa Pam air.

    ReplyDelete
  16. Mungkin radiator tersumbat, bila Pam perlahan air tak mengalir jd cepat panas. Flush radiator tu dgn air, kalau masih naik suhu, periksa Pam air.

    ReplyDelete
  17. Salam tuan, klau enjin 4G63/4G63 lokasi drain nut pada enjin ada sebelah mana?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum bro Jeff.. Coolent ni sesuai ke utk enjin kelisa?

    ReplyDelete
  19. Salam bro jeff... Utk enjin mmc 4g18 (a) dimana drain nut block utk bt flushing...waja mmc..tq

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors