Dust And Pollen Filter & Blower

Dust & Pollen Filter (JAZZ)

bertemu kembali dengan entri yang berkaitan dengan penyelenggaraan sistem aircond kereta. sistem pendingin hawa kenderaan memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan sama ada pada cuaca panas atau pada hari hujan kerana tanpa sistem aircond ini pemanduan akan terganggu. oleh itu kita seharusnya servis sistem aircond kereta seperti yang dicadangkan oleh pengeluar ialah setiap dua tahun sekali. tapi, bagi sesetengah daripada pengguna selagi aircond tak rosak selagi tu akan pakai, ye lah.. nak servis apa, sedangkan aircond masih berfungsi dengan cemerlang. sekiranya kita servis secara berkala mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar kereta ini dapat memanjangkan jangka hayat sistem pendingin hawa kenderaan. kalau rosak bukan sedikit perlu keluar duit, malahan ada yang menjangkau ribuan ringgit kerana sistem aircond ini saling berkaitan antara satu sama lain seperti compressor, condenser, cooling coil, piping aircond, blower, valve dan lain-lain lagi. 

kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan cabin filter atau pun dust n pollen filter bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran daripada memasukki cooling coil aircond dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. terpaksalah keluarkan duit untuk servis cooling coil ini pulak. jadi dengan adanya filter ini sedikit-sebanyak dapat mengurangkan habuk daripada memasukki cooling coil tadi

entri paparan saya kali ini ialah bagaimana menukar cabin filter kereta honda jazz dan kaedah ini lebih kurang sama sahaja dengan kereta lain seperti perodua dan sebagainya. mengikut pengeluar honda ini kita perlu menukar filter aircond ini setiap 20,000km mileage dan saya kira jarak penukaran ini lebih kurang sama sahaja dengan kereta lain. rujuk kepada buku manual kereta masing-masing untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. saya telah membeli filter ini terus daripada japan dan di tempat kita pun ada jual terutamanya di spare part atau service center honda sendiri. pilihan di tangan anda, ada yang murah, sederhana dan mahal bergantung kepada jenama, kualiti serta penapisan filter ini

pertamnya, buka drawer atau laci pada bahagian kiri dashboard dan di belakangnya terdapat satu slot yang menempatkan filter ini. pada bahagian kiri dan kanannya terdapat klip pengunci untuk housing filter ini dan kita hanya perlu menekan kedua-dua klip tersebut dan tarik ke arah anda untuk mengeluarkan housing filter ini. sangat mudah dilakukan. kebanyakan kereta perodua pun kaedahnya sama sahaja

sebaik sahaja di tarik ke arah hadapan maka kita akan nampaklah kedudukan filter pada housing filter ini. aliran udara daripada bahagian atas filter akan disedut oleh blower dan seterusnya udara tadi dialirkan pula melalui cooling coil dan kemudiannya dikeluarkan melalui corong aircond yang terdapat pada bahagian dashboard kereta

anda boleh perhatikan habuk dan kotoran yang melekat pada filter ini, agak banyak juga dan baru sahaja 20,000 penggunaan kereta. jika kita abaikan penukaran filter ini kesannya seperti yang saya nyatakan di atas tadi dan aliran angin juga akan menjadi perlahan. buka tombol aircond no. 2 atau no. 3 pun masih terasa perlahan, tidak seperti mula-mula beli kereta dahulu. filter ini tak perlu dicuci, tukar sahaja dengan yang baru. kalau di kedai spare part harga sekita rm45-rm90 bergantung pada brand tertentu

pasangkan filter baru ke housing asal dan pastikan jangan terbalik. kebiasaannya pada bahagian tepi filter terdapat tulisan dan anak panah yang menunjukkan aliran angin (AIR FLOW). patuhi kedudukan ini kerana sekiranya terbalik kemungkinan penapisan menjadi tidak sempurna. apabila dah selesai masukkan balik dalam slot blower di belakang drawer dan hidupka enjin serta pasangkan aircond, sudah pasti aliran angin lebih laju dan terasa segar
$ads={1}
Blower Proton / Mitsu

sekarang saya beralih kepada bagaimana cara mencuci blower aircong proton atau mitsubishi lancer enjin 4G15/13 atau 4G9X. untuk makluman semua, sistem aircond proton atau mitsu keluaran ini tidak mempunyai filter seperti kebanyakan kereta moden sekarang. blower aircond ini mengambil angin sama ada daripada luar kereta atau pun dalaman kereta bergantung kepada kedudukan suis pada panel aircond. ada ketikanya kita dah tutup rapat tombol angin kemasukan angin luar tetapi masih terdapat kemasukan angin daripada luar maka suda sampai masanya anda memeriksa kedudukan pintu kemasukan angin luar tersebut, kemungkinan tidak tertutup rapat. anda boleh melaras semula kedudukan pintu ini supaya rapat. mungkin entri akan datang saya akan menceritakan bagaimana melaras kedudukan pintuk kemasukan angin luar ini.

berbalik kepada sistem aircond proton ini, sekiranya dalaman kereta kotor atau berhabuk maka cepetlah sistem aircond kereta kotor atau tersumbat pada bahagian cooling coil kerana tidak ada penapis untuk menapis kotoran dan habuk ini. oleh itu kita hendaklah sentiasa atau kerap mencuci blower aircond ini supaya bersih dan dapat memanjangkan hayat aircond kereta kita

buka panel bawah dashboard sebelah penumpang, ada 3 klip sahaja yang perlu dibuka dan keluarkan panel tersebut. kalau boleh panel ini juga hendaklah dibasuh supaya bersih

sebaik sahaja panel itu dibuka maka kita akan boleh melihat bahagian bawah blower ini. unplug soket serta hose kecil yang terdapat pada blower motor ini. pada bahagian bawah ini terdapat 3 skru 8m dan anda perlu membuka kesemua skru tersebut uantuk mengeluarkan blower. jangan risau, gas aircond tidak akan keluar sekiran kita keluarkan blower ini

sebaik sahaja 3 skru tadi dibuka maka bolehlah tarik blower motor ini ke bawah dan dengan mudahnya blower motor ini dapat dikeluarkan daripada tempatnya.

perhatikan pada gambar kiri blower tersebut, didapati di dalamnya terdapat rumput kering yang mungkin masuk ke dalamnya melalui kemasukan angin luar kereta ataupun masuk melalui dalaman kereta. ada juga yang saya jumpa terdapat pembungkus makanan ringan di dalamnya kerana mungkin anak-anak owner kereta membuangnya di dalam kereta dan tanpa disedari disedut oleh blower ini. 

untuk mengeluarkan blower ini daripada motornya, buka nat 8mm pada bahagian tengah-tengah kipas dan tarik keluar. anda boleh cuci menggunakan air dan sabun pencuci biasa. apabila telah bersih, keringkan kipas ini dan pasangkan balik pada kereta. saya akan mencari jalan untuk memasangkan filter pada blower kereta wira ini dan apabila berjaya saya akan update pada blog ini untuk entri akan datang

terima kasih
sincerely: jefftacra

2 Comments

  1. Myvi sama mcm jazz.ade filter.5 tahun pakai kete baru tahu ade filter.patut la aircond x sejuk.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,saya nak tanya mengenai ac wira,bole beri tunjuk ajar,01133535183

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors