Honda Jazz Slide Armrest Installation

bertemu lagi dengan entri pemasangan slide armrest honda jazz GE8. sebenarnya armrest yang bakal dipasang ini merupakan armrest keluaran honda juga tetapi dijual secara berasingan dan selalunya boleh diperoleh pada honda FIT GE RS. di negara kita memang agak sukar untuk mendapatkan armrest slide untuk jazz GE ini dan kalau ada pun yang dibawa masuk melalui kereta potong sahaja. harga 2nd yang diperoleh daripada kedai halfcut boleh mencecah sehingga rm650 dan harga ini hampir sama dengan harga brand new yang boleh dibeli secara online tetapi haru diingat kos pos ke negara kita agak mahal jugak, so total kalau beli baru dari luar negara sekitar 1k lebih juga
$ads={1}
jadi saya mendapatkan armrest 2nd hand sahaja dari negara matahari terbit yang dibeli secara online dan hanya arm rest semata-mata yang disertakan bersamanya fitting dan nat serta bracket untuk dipasangkan pada konsol gear jazz GE. hanya satu bracket sahaja yang saya tidak dapat dan terpaksalah saya custom made bracket tersebut seperti mana yang akan saya paparkan di bawah nanti. sekiranya kita beli daripada halfcut kat malaysia ni kita akan dapat armrest berserta dengan konsol gear terus, hanya perlu plug n play sahaja pada jazz GE anda

inilah armrest slide untuk honda fit GE yang saya peroleh dari auction japan yang dibeli secara online. sebenarnya banyak web auction japan ini jadi kita perlu bid dengan buyer lain untuk mendapatkan sesuatu barang. saya hanya dapat armrest serta bracket yang akan dipasangkan pada konsol gear sahaja, manakala bracket pada lantai tidak diperoleh. namun bukan menjadi penghalang untuk memasangnya, kena gunakan sedikit kreativiti untuk mencipta bracket baru daripada besi yang tebal sedikit supaya kedudukan armrest nanti menjadi kemas dan tidak mudah bergoyang. armrest honda jazz aftermarket dan lain-lain kereta memang ada dijual, di negara kita sendiri pun ada tapi arm rest di atas memang keluaran honda juga

untuk memasang pada gear konsol asal jazz GE terlebih dahulu kita perlu membuka konsol gear tersebut, tak boleh pasang macam tu sahaja kerana ada sedikit modifikasi yang perlu dilakukan. kalau armrest aftermarket lain boleh pasang terus tanpa membuka konsol gear ini. pada bahagian hujung hadapan konsol gear keluarkan klip pada bahagian kiri dan kanan konsol ini. seterusnya umpil cover kecil pada bahagian gear (lihat gambar), tujuannya ialah hendak gerakkan tuil gear tanpa  on kunci kereta

apabila cover ini dibuka, masukkan kunci kereta pada lubang berkenaan dan dengan mudah tuil gear dapat digerakkan ke hadapan dan ke belakang. hal ini perlu dibuat kerana semasa hendak keluarkan konsol gear nanti kita perlu gerakkan tombol gear ini ke belakang untuk memudahkan kerja kita. pada bahagian belakang konsol gear ini juga perlu dibuka nat 10mm barulah dapat dicabut dengan mudah. sebelum tu cabut cover kecil pada bahagian bawah hadapan tuil handbrake dan terdapat satu klip pada bahagian tengah konsol gear, tarik sahaja ke atas dan dengan mudah konsol gear ini dapat dicabut daripada kereta

apabila konsol gear ini dikeluarkan terbalikkan pada bahagian bawah dan kita akan dapati sudah ada marking atau tanda yang perlu ditebuk lubang untuk masangkan nat untuk memadankan armrest pada konsol gear ini nanti. tebuk lubang kecil terlebih dahulu supaya apabila membuat lubang nanti tepat seperti yang disarankan, kalau tak tepat nanti nak masukkan nat akan tak sama, kena tebuk lubang lain pulak

pada bahagian bawah konsol gear kena tebuk 4 lubang besaiz 8mm dan pada bahagian tepi kiri dan kanan konsol lubang bersaiz 20mm. anda boleh menggunakan bit drill yang boleh diperoleh di kedai hardware. saya menggunakan bit drill seperti gambar di atas dan penggunaannya tools ini sangat membantu ketika hendak membuat lubang, hanya satu tool sahaja terdapat saiz lubang yang boleh dibuat bermula 4mm hingga 32mm. agak sukar nak dapat di hardware, saya beli pun secara online dari luar negara juga

kemudiannya, pasangkan armrest dengan memasukkan bahagian bawahnya ke dalam ruang yang telah sedia ada pada bahagian belakang konsol gear. terbalikkan konsol dan masukkan 2 nat 10mm pada bracket yang disediakan. ketatkan nat secukupnya. perhatikan lubang pada bahagian kiri dan kanan konsol gear ini. lubang ini perlu dibuat saiz 20mm dan nanti bahagian bracket inilah yang akan dipadankan dengan bracket lantai yang akan dibuat nanti. jadi kedudukan armrest ini memang kemas dan tegap. bahagian depan bracket terdapat pula 2 skru phillips yang perlu dipasangkan

inilah rupa dan kedudukan armrest apabila dipasangkan pada konsol gear. kedudukan agak kemas dan tidak bergoyang seperti kebanyakan armrest aftermarket yang lain. dinamakan armrest slide kerana bahagian atas armrest tersebut dapat ditolak ke hadapan untuk keselesaan pemanduan nanti

inilah bracket yang saya tak dapat sekali dengan pembelian armrest ini dan saya terpaksa buat sendiri bracket ini, kalau tak ada bracket ini nanti kedudukan konsol gear akan mudah bergoyang kiri dan kanan. gunakan kepingan besi yang dipotong mengikut saiz hampri sama dengan bracket pada bahagian bawah konsol tadi, tebuk dua lubang untuk dipasangkan pada bahagian lantai iaitu pada nat bracket cable handbrake seperti pada gambar. pada bahagian tepi pula tebuk lubang dan letakkan klip tread nat saiz 10mm (lihat gambar), jadi bracket pada konsol gear nanti akan diikat pada bracket ini dengan menggunakan nat 10mm pada bahagian kiri dan kanan konsol gear


pasangkan konsol gear seperti asal dan ketatkan nat pada bahagian kiri dan kanan konsol. apabila dah pasangkan nat maka bolehlah tutup lubang yang dibuat pada konsol tadi dengan cover yang selalunya dapat sekali semasa membeli armrest ini, tetapi kebanyakan armrest di kedai halfcut memang tidak ada cover kecil ini, terpaksalah kena beli sendiri. cover kecil ini juga disebut sebagai blanking grommet dan kalau nak beli di pasaran dapatkan saiz 20mm sesuai dengan lubang yang dibuat tadi juga bersaiz 20mm. inilah rupa armrest slide honda fit GE pada jazz anda. untuk memudahkan pemahaman anda bagaimana memasang armrest ini bolehlah rujuk link paparan video di bawah ini


terima kasih
sincerely: jefftacra
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors