Mounting, ARB Bush & Steering Rack Boot

assalamualaikum dan salam sejahtera. seperti biasa apabila menjelang hari sabtu maka selalunya akan ada kerja-kerja diy yang dilakukan sama ada terhadap kereta sendiri atau kereta rakan-rakan yang lain. pada hari ini juga saya telah berpeluang untuk melakukan kerja yang boleh dikatakan agak berat juga iaitu kerja-kerja penukaran bush sway bar atau anti roll bar hadapan proton wira, penukaran keseluruhan mounting enjin dan seterusnya penukaran dust boot steering rack kereta berkenaan. boleh dikatakan kerja hari ini agak berat juga memandangkan banyak kerja yang perlu dilakukan pada bahagian bawah kereta

inilah kereta poton wira sedan bernadikan enjin 4G91 auto yang mengalami masalah bunyian seperti bunyi besi berlaga terutamanya semasa memulakan perjalanan pada waktu pagi. bunyi tersebut agak jelas kedengaran pada bahagian bawah enjin. setelah diperiksa didapati bush anti roll bar koyak dan kesemua mounting enjin mengalami masalah, ada yang koyak iaitu mounting crossmember manakala mounting kiri dan kanan putus. masalah ini mungkin menyebabkan enjin bergegar dan sebab ituah apabila melalui jalan tidak rata akan mengeluarkan bunyian tertentu yang memang tidak enak didengar. seperti biasa anda perlu menggunakan jack stand untuk langkah keselamatan kerana kerja di bawah kereta begitu bahaya sekiranya menggunakan hydraulic jack 2 tan atau jack standard kereta. langkah keselamatan perlu diambil kira kerana malang tidak berbau

setelah dikeluarkan crossmember didapati mounting hadapan dan belakang sudah koyak dan lebih baik ditukar dengan yang baru sama ada diperoleh di mana-mana kedai spare part atau di service center proton. kalau di kedai spare part mounting agak murah sedikit jika dibandingkan dengan yang di SC proton. pilihan di tangan anda. saya cadangkan dapatkan barangan original proton atau mitsu kerana ternyata penggunaan barangan ori boleh bertahan lama sehinggakan 5 tahun penggunaan masih lagi tidak bermasalah. gambar atas ialah mounting crocssmember yang baru untuk kereta auto. haris diingatkan bahawa kereta auto dengan kereta manual mouting crossmember berbeza antara keduanya sebab itulah jika hendak mendapatkan di kedai perlu anda menyatakan jenis barangan mengikut kereta anda

saya terpaksa mengeluarkan cub frame kereta ini memandangkan sebiji nat bracket bush anti roll bar telah rosak akibat kerap kali terkena air air cond. bahaian tepi nat telah hilang akibat terserpih. jadi terpaksa kerja keras untuk menurunkan sub frame dan mengeluarkan nat tersebut secara memahatnya. sebenarnya kalau tiada masalah kita tak perlu pun mengeluarkan sub frame keseluruhannya jika hendak menukarkan bush anti roll bar, memadai dengan hanya menurunkan separuh sahaja daripada kereta sudah boleh membuka nat bracket bush tetapi masalah yang saya nyatakan di atas tadi menyebabkan saya terpaksa membuat kerja di luar untuk mengeluarkan nat tersebut

jadi untuk mengeluarkan nat yang rosak ditambah pula degan karatnya yang tebal, saya gunakan pahat dan tukul untuk mengeluarkannya. ketuk pada bahagian tepi nat beberapa kali sambil menggunakan wd40 untuk membantu kerja-kerja ini. nak keluarkan sub frame banyak kerja yang perlu dilakukan lagi iaitu buka down pipe extractor, buka nat bush steering rack dan seterusnya keluarkan lower arm kiri dan kanan kereta. amat memenatkan kerja hari ini tapi hasilnya pasti menggembirakan owner kereta

akhirnya nat yang bermasalah tadi tapat dikeluarkan setelah berhempas pulah memahatnya. bahagian yang satu lagi tak ada masalah pun, dapat dibuka dengan tool biasa sahaja. kalau tak keluarkan sub frame daripada kereta memang tak dapat buka lah nat yang rosak ini. jadi saya gantikan nat lain apabila dah memasang bush dan bracket pada sub frame
$ads={1}
inilah bush anti roll bar yang sudah merekah dan pada bahagian tepinya dah tembus, sebab itulah akan mengeluarkan bunyi apabila memandu kereta lebih-lebih lagi ketika memandu pada permukaan jalan yang tidak rata. bush ini murah sahaja tapi nak menukarkannya memanglah memenatkan. ada sesetengah kedai agak keberatan hendak menukar bush ini sahaja

mouting pada bahagian kanan kereta iaitu bahagian gearbox enjin didapati telah merekah dan hampir putus. sebab itulah anda perlu memeriksa mouting kereta anda sekiranya enjin bergegar kuat atau bagi kereta auto pada masa nak masukkan gear D enjin bergerak agak kuat. tukarlah dengan yang baru dan pemanduan anda akan serta merta menjadi lebih baik dan menyeronokkan tanpa ada sebarang masalah lagi

pasang semula segala peralatan tadi dengan berhati-hati, kenakan torque yang betul pada setiap nat. kelihatan si kecil begitu berminat dengan kerja-kerja saya pada hari ini. dah hampir selesai kerja hari ini

inilah barang yang rosak yang ditukar pada hari ini iaitu keseluruhan mounting enjin, bush anti roll bar dan boot steering rack. apabila dah siap tadi saya berpeluang menguji kereta ini dan ternyata tida lagi masalah bunyian seperti sebelumnya, sekian terima kasih

teima kasih
sincerely: jefftacra

11 Comments

  1. Abg jeff... brp kos utk tukar semua mounting & bush kereta wira ni?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu..saya tertunggu tunggu entri tentang penukaran boot stereng rack tp tidak dijelaskan diatas..adakah tie rod end kena buka?ada menjejaskan setting alligment ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak dijelaskan secara terperinci. tie rod end kena buka, marking dulu dengan tape supaya allignment tak lari. pasang boot dan pasang balik tie rod end. kalau stereng tak center kena adjust sikit tie rod tu tapi tak perlu buka tie rod end, adjust kat rack end sahaja

      Delete
    2. terima kasih cikgu..saya cuba buat hari ahad lepas dan siap dengan jayanya

      Delete
  3. Guru jeff. Sy amat suka membaca blog anda. Selama ini membuat diy.adakah guru Pakai sebarang tool impact wrench x seperti air impact atau electric impact wrench

    ReplyDelete
  4. saya tidak menggunakan impact wrench semasa membuka dan memasang peralatan tertentu. semuanya menggunakan manual tangan sahaja

    ReplyDelete
  5. Hallo..i nak tanya sikit pasal kereta kancil i...dah cari banyak workshop and dah buat banyak tapi bunyi tu masih ada lagi sometimes.-bunyi tu macam ni,encik.masa i drive straight ,slow,dia akan ada bunyi krok krok dekat bawah(kat tengah dua roda tu,somtimes pergi ke roda kiri,sometimes bunyi tu dekat kanan)tapi u turn tak ada ape..sometimes u turn ada je..tapi jarang..sudah tukar exhaust,driveshaft,boot,bearing...harap encik boleh tolongkan i..sedih sangat kalau dengar bunyi tu..tayar dah check semua ok..pergi 3 workshop..semua cakap kereta ok..tapi bunyi tu tak dapat check problemnya

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors