salam sejahtera. dah masuk bulan ogos rupanya, sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi tahun 2015 akan berganti dengan tahun 2016, bermakna bertambah lagi lah usia kita. ok, berbalik pada entri blog kali ini ialah saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang ada kepada anda semua mengenai sistem brek pada sesebuah kereta. brek amat penting bagi sesebuah kereta untuk menghentikan kereta apabila diperlukan terutamanya semasa kecemasan atau pun pada situasi biasa. jangan ambil mudah hal berkaitan dengan sistem brek kerana kegagalan brek boleh mengundang padah. oleh itu selalulah kita periksa sistem brek kereta kereta supaya berada pada tahap yang memuaskan dan boleh berkhidmat dengan cemerlang untuk keselamatan kita dan famili
sistem brek kereta bermula daripada kita menginjakkan kaki pada pedal brek dan dari situlah sistem brek mula memainkan peranan dan menjalankan tugasnya. dari pedal brek ke servo brek dan ke master pump brek. kemudiaanya ke body pump, pipe brek, ke caliper, pad brek dan akhirnya ke disc rotor atau drum brek dan kemudiannya ke tayar kereta yang berperanan untuk mencengkam di atas permukaan untuk memberhentikan kereta. jadi sistem ini mestilah efisien dan berfungsi dengan sempurna dan saling berkaitan antara satu sama lain untuk memberhentikan kereta. jika salah satu peralatan tadi gagal berfungsi maka gagallah sistem brek kereta kita
semasa kita menekan pedal brek sebenarnya kita menekan push rod pada servo brek yang mempunyai vacuum di dalamnya dan seterusnya menolak pula master pump brek di hadapan servo brek. kita dapati servo brek ini terdiri daripada dua jenis iaitu single layer dan double layer. kebanyakan kereta proton dibekalkan dengan servo brek single layer dan ternyata dah memadai dengan keupayaan kereta. kalau menggunakan servo double layer sistem brek menjadi lebih cekap kerana cengkaman akan menjadi lebih baik daripada menggunakan single layer, tak perlu lagi menekan pedal sehingga terangkat punggung sekiranya berlaku kecemasan. anda boleh pilih servo double layer daripada lancer evo atau pun daripada nissan. saya dah merasai kedua-dua servo double layer ini dan ternyata servo nissan daripada model SR20 lebih 'sedap' daripada evo punya. feel rasa lembut apabila menekan pedal brek tetapi brek sangat memberikan respons yang baik. pemasangan double layer servo brek KLIK SINI
daripada master pump ini kemudiannya bendali minyak brek akan memasukki body pump iaitu di sini peranannya ialah untuk membahagikan ke bahagian mana minyak brek akan disalurkan. kebiasaanya kalau brek hadapan cengkaman atau aliran minyak dibenarkan sebanyak 70% manakala untuk brek belakang sebanyak 30% cengkaman. tugas ini dimainkan oleh body pump kerana di dalamnya terdapat valve yang berperanan membenarkan aliran minyak mengikut nisbah tertentu ke caliper brek sama ada di hadapan atau di belakang. sekiranya body pump ini tersumbat maka aliran minyak brek tidak lancar dan boleh menyebabkan brek tidak makan atau makan sebelah. apabila masalah ini berlaku boleh service body pump ini KLIK SINI.
seterusnya minyak brek akan dialirkan pula melalui paip brek yang akan menuju ke caliper. kebiasaannya paip brek ini terdiri daripada bahan logam iaitu paip logam yang akan menuju ke kiri dan kanan kereta dan seterusnya melalui bahagian bawah kereta untuk ke bahagian belakang caliper brek. daripada paip brek ini pula disambungkan dengan hose brek sebelum sampai ke caliper. standardnya hose getah akan digunakan oleh pengeluar kereta. kita boleh menukar hose getah ini kepada braided hose seperti gambar di atas yang ternyata boleh memberikan kesan yang baik untuk sistem brek kereta kita. hose getah apabila panas atau pun apabila minyak brek menjadi panas dan apabila kita menekan pedal hose getah ini akan mengembang sedikit dan sudah tentu ada kesannya pada sistem brek kereta tanpa kita sedari. penggunaan braided hose brek boleh mengatasi masalah ini dan sebab itu lah kalau kita lihat banyak brand braided hose ini yang terdapat di pasaran. saya hanya mengguankan hose S-FILDA yang diambil daripada halfcut evo3 dan masih lagi berkhidmat hingga kini
pengakhiran minyak brek akan terhenti di dalam caliper brek atau pump brek bagi yang menggunakan sistem drum pada brek belakang. caliper juga mempunyai peranan penting kerana sistem caliper inilah yang menekan pad brek pada disc rotor. asasnya semua kereta standard proton dipasang dengan caliper single piston atau single pot sahaja, tapi dah memadai untuk kereta tersebut. penggunaan caliper selain single pot amat berkesan dan begitu baik sekali, contohnya saya menggunakan caliper twin pot daripada evo3 dan memang saya cukup puas hati dengan caliper ini dengan enjin dan kereta saya. gambar atas ialah caliper twin pot evo3. namun begitu masih banyak lagi jenis caliper di luar sana yang digunakan oleh kereta-kereta tertentu sehinggakan ada yang 4 pot, 6 pot terutamanya bagi kereta sport mewah. kalau kereta perodua atau viva amat berbaloi upgrade brek standard kepada brek myvi kerana boleh dipasang secara plug n play sahaja seperti MIVEC BRAKE pada wira 1.5
pemilihan brek pad yang baik juga membantu kecekapan sistem brek. banyak jenama aftermarket di luar sana yang disediakan oleh pengeluar dan masing-masing ada alasan tersendiri mengenai kelebihan jenama masing-masing. ada yang murah dan ada yang mahal dan selalunya yang mahal itu memang lah baik. saya menggunakan brek pad 2nd jenama PROJECT MU seperti dalam gambar yang juga diambil daripada lancer evo 3. apa kelebihan brek pad berjenama ini? boleh bagi jawapan? bukan brek pad standard tak boleh digunakan, malahan brek pad standard pun berupaya memberhentikan kereta dengan baik, itu tidak dinafikan. penggunaan brek performance brek pad sebenarnya sangat baik kerana mempunyai daya ketahanan suhu masing-masing. contohnya brek pad jenama VTTR BLUE mempunyai ketahanan suhu mencecah 500 degree dan ini sangat baik, contohnya kalau kita turun dari genting yang 100% bergantung kepada brek, pad ini masih boleh bertahan dan mampu memainkan peranannya dengan sangat baik. sudah tentu kalau pad biasa apabila turun genting akan rasa macam tak berapa makan lah jugak
$ads={1}
penggunaan disc rotor juga boleh dikatakan ada kaitannya dengan kecekapan sistem brek. terdapat disc yang permukaannya kosong sahaja seperti kebanyakan disc rotor standard, ada yang slot disc seperti gambar di atas, ada yang cross drilled dan juga ada gabungan antara slotted disc dan cross drilled. kelebihannya pad dapat mencengkam dengan lebih baik lagi dan dapat membebaskan haba dengan berkesan. kekurangannya pula ialah pad brek cepat habis jika dibandingkan dengan penggunaan standard disc. saiz disc juga mempengaruhi keberkesanan sistem brek, disc besar lagi baik. sebab itulah ada pengguna yang sanggup mengeluarkan duit untuk upgrade kepada over size disc rotor yang banyak terdapat di pasaran dan ternyata memang berbaloi-baloi. contohnya bayang kedai yang jual over size disc dan caliper untuk dipasangkan pada perodua myvi. selain nampak cantik sistem brek juga bertambah mantap
minyak brek juga perlu diberi perhatian, sekiranya kurang kena lah tambah supaya sistem brek tidak gagal menjalankan peranannya. sekiranya indicator brek pada meter hidup bermakna minyak brek kurang atau tiada langsung, periksalah di dalam tabung minyak brek pada master pump. selalunya akan kurang dan sekiranya kurang anda boleh menambah minyak brek. minyak brek ada yang dot 3, dot 4 dan dot 5.1. saya kira pengguna yang menggunakan keempat-empat brek disc eloklah menukarnya kepada minyak brek dot4 kerana dot4 tahah boiling pointnya adalah lebih tinggi daripada minyak dot 3. saya selalu menggunakan minyak brek dot 4 daripada keluaran BENDIX. normalnya dot 3 berwarna merah manakala dot 4 jernih. bermula tahun 2014 saya beralih pula kepada minya brand ATE yang berwarna biru, selalunya digunakan oleh kebanyakan kereta conti seperti merc atau volvo
sekiranya permukaan disc rotor kereta anda tidak rata, nampak beralun dan sebagainya maka eloklah anda skim atau ratakan balik permukaan disc tersebut. disc bengkok pun kena betulkan dengan cara skimming ini. hantar ke kedai machinery dan tahulah mereka kerjakan disc rotor anda. kalau anda tekan brek dan sekiranya terdapat gegaran pada pedal brek bermakna disc rotor anda telah bengkok. hantar lah skim, tak mahal mana pun, lebih kurang rm70 je sepasang, demi keselamatan anda dan keluarga anda juga. faktor disc bengkok kebiasannya terkena air pada masa disc panas, ini selalunya kita tidak sedar contohnya lepas berjalan jauh terus singgah kedai car wash untuk basuh kereta, pada masa ini disc rotor masih lagi panas dan bila terus disiram air maka disc boleh bengkok sedikit dan inilah punca yang kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya. ada juga yang terkena lopak air dan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku
motor saya pun pasang disc belakang jugak, untuk menambahkan seri sahaja tapi berfungsi dengan baik dan berkesan. motor yamaha ss tahun 1991 ditukar kepada rear disc yamaha lagenda aftermarket brand apido racing. pemasangannya bukan secara plug n play tetapi banyak kerja yang perlu dilakukan.
akhirnya, selalu lah periksa sistem brek kereta anda terutamanya bagi yang hendak memulakan perjalanan jauh seperti pada musim perayaan dan sebagainya. pad brek yang haus perlu ditukar dengan yang baru, minyak brek kurang perlu ditambah dengan secukupnya. SAFETY FIRST
terima kasih
sincerely: jefftacra
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTumpang tanya, sy berminat mengenai servo single layer dan double layer. Boleh ke servo NISSAN SR20 PNP ke iswara SE? Sy juga nk tukar disc break. Jenis ape y sesuai dgn iswara?? Harap dpt penjelasan y terbaik...tq bro!
Salam bro jeff. Nak tnya ckit. Knp kreta sya bile tekan pedal brek. Lagi lame tekan pedal yu makin trn sampai ke lantai. Kadang2 tu pedal xnaik balik mcm jem je. System brek br pas service n bleading. Tp masih same lg keadaan brek. Mntk tunjuk ajar bro ye. Tq
ReplyDeletetuan,mcmne nk pastikan antara master pump atau servo yg rosak?kerana masalah brake dlm memeningkan..soalan dua mcmne nk tahu servo single layer atau double layer dari mata kasar?soalan tiga bleh repair atau servis tak servo yg rosak?tq
ReplyDeletesalam abam jeff..nk tnye..klu turun genting brek x makan tu sbb ape ye..ble dh smpai bwh elok plak makan..
ReplyDelete