Panduan Sebelum Memulakan Perjalanan

puasa dah sampai ke pengakhirannya bagi tahun 2015 ini dan seperti biasa bagi yang tinggal berjauhan dengan kampung halaman selalunya akan memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut kedatangan syawal bersama-sama keluarga tercinta. sebelum memulakan perjalanan jauh perlulah kita memeriksa kenderaan kita agar berada dalam kondisi yang mantap supaya tidak mendatangkan masalah semasa dalam perjalanan nanti. kesibukan jalan raya memang mengambil masa yang lama dalam perjalanan ditambah lagi dengan kesesakan yang berlaku dan sudah semestinya kereta mengharungi perjalanan yang memakan masa yang panjang. di sini saya kemukakan sedikit panduan sebelum memulakan perjalanan agar semuanya berjalan lancar. periksalah kenderaan anda terlebih dahulu seperti yang akan saya paparkan di bawah ini. sebaik-baiknya periksalah awal sehari sebelum memulakan perjalanan

coolant dan sistem penyejukan kereta
periksalah paras air di dalam radiator agar air mencukupi. tambahkan coolant sekiranya dah lama kita tidak berbuat demikian kerana penggunaan coolant membantu untuk mengekalkan suhu sesebuah enjin kereta agar tidak mengalami kepanasan melampau terutamanya untuk perjalanan yang mengambil masa lama. 
periksa juga paras air di dalam tangki spare coolant dan pastikan kedudukannya berada pada tahap FULL supaya sistem penyejukan dapat berfungsi dengan efisien. pastikan juga radiator fan berfungsi dan berada dalam keadaan baik kerana kerosakan pada motor radiator fan ini boleh menyebabkan enjin overheat. kita juga yang susah nanti

engine oil
tarik dipstick dan pastikan tahap minyak enjin berada pada kedudukan antara MIN dan FULL. jangan pula berada di bawah MIN kerana enjin tidak mendapat minyak yang mencukupi untuk bekerja nanti dan jangan pula melebihi paras FULL kerana enjin seolah-olah dipaksa berkerja, tambahan pula kereta akan terasa lembap dan berat nanti bila minyak enjin melebihi daripada yang sepatutnya. walaupun kita dah servis kereta di mana-mana bengkel, apabila pulang ke rumah kita perlu cek juga paras minyak di dalam enjin, bukannya susah sangat, tarik dipstick dan lihat di mana kedudukan minyak enjin

brek dan tayar
brek juga hendaklah diberi keutamaan kerana aspek keselamatan sesebuah kereta banyak juga bergantung pada brek. pastikan pad brek masih lagi boleh digunakan. salah satu perkara yang kebanyak orang lupa nak buat ialah untuk cek minyak brek di dalam tabung minyak brek. pastikan brake fluid juga berada pada paras yang betul. pastikan DOT minyak brek betul dan jangan campur antara DOT3 dengan DOT4. kebiasaannya DOT3 berwarna merah manakala DOT4 berwarna putih dan jernih. tayar juga memainkan peranan penting, jangan gunakan tayar yang hampir botak atau bunganya dah kurang kerana cengkaman tayar di atas permukaan jalan tidak seperti yang diharapkan terutamanya pada hari hujan. cara memeriksa bunga tayar sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak ialah dengan memasukkan duit 20 sen ke celah bunga tayar. sekiranya tulisan SEN tidak kelihatan bermakna bunga tayar masih lagi tebal dan boleh digunakan dan sekiranya tulisan SEN nampak jelas sudah sampai masanya anda menukar tayar baru. maksima usia tayar boleh digunakan ialah selama 3 tahun dan selepas 3 tahun kebiasaannya getah tayar akan menjadi keras dan sudah tidak sesuai digunakan walupun bunga tayar masih lagi tebal. sebab itulah berhati-hati bila ada tawaran tayar baru yang murah kerana tayar tersebut sudah expired. anda boleh memeriksa sendiri tarikh tayar dikilangkan dengan memerhatikan pada tepi tayar yang kebiasaanya ditulis seperti ini 0215 bermakna tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke 2 tahun 2015. tekanan angin tayar pastikan cukup iaitu 29PSI atau 200KPA
$ads={1}
others fluid
lain-lain minyak yang perlu diperiksa ialah, minyak power steering, minyak clutch serta minyak gearbox. sebaiknya bagi kereta manual tukarlah minyak gearbox kereta anda setiap 40k mileage dan bagi kereta bertransmisi automatik penukaranya ialah setiap 20k-30k. gunakan minya yang sesuai untuk kereta anda. air pengelap cermin juga mestilah diisi penuh


bateri
pastikan bateri berada dalam keadaan yang baik dan masih kuat bekerja untuk kereta anda. sekiranya ada yang menggunakan volmeter senanglah nak pantau kesihatan bateri kereta. bateri terbahagi kepada dua jenis iaitu bateri sel kering atau lebih dikenali mantainance free dan juga bateri basah. bagi yang menggunakan sel kering biasanya tak perlu diberi perhatian sangat tetapi harus diingat bateri jenis ini kalau dah melebihi satu tahun berjaga-jagalah keranan boleh flat bila-bila masa sahaja. perhatikan indicator bateri kering yang selalunya ditandakan dengan HIJAU (baik) PUTIH (perlu charge) HITAM (rosak). bagi yang menggunakan sel basah pastikan keadaan paras air bateri mencukupi dan sekiranya air kurang tambahlah agar mencukupi. 


diri sendiri
kesihatan dan keadaan diri sendiri juga mestilah diberi perhatian. sekiranya mengantuk semasa memandu berhentilah di tempat yang sesuai untuk berehat seketika kerana sekali terlelap buruk padahnya, malang tidak berbau. rancang perjalanan kita dengan mengambil kira waktu dan masa yang sesuai. satu perkara yang tidak kurang penting ialah buatlah kunci spare yang jenis kecil dan disimpan di dalam dompet anda kerana kemungkinan pada suatu hari nanti kita sangat-sangat memerlukannya.

akhir kata selamat pulang ke kampung dan selamat hari raya semoga anda selamat menuju destinasi masing-masing. pandulah kenderaan secara berhemah, patuhilah peraturan jalan raya. memandu mengikut peraturan dan bukannya memandu mengikut perasaan. bilr lambat asal selamat kerana anda mampu mengubahnya. ingatlah sekuat mana pun kereta kita ada lagi kereta lain yang lebih kuat :)


terima kasih
jefftacra
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

in article

Visitors