bersua kembali setelah sekian lama agak menyepi dengan entri-entri terkini di dalam blog saya ini, maklumlah penghujung tahun 2013 ini agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja tertentu terutamanya kerja berkaitan dengan tugas rasmi saya. entri kali ini akan saya tunjukkan bagaimana memasukkan LED ke dalam suis gate lock yang tidak mempunyai tapak bulb kerana suis gate lock ini mempunya dua versi iaitu yang ada bulb dan tiada bulb. kalau yang ada bulb senanglah kerja-kerja memasukkan LED kerana kita hanya perlu replace sahaja dengan LED. bagi yang tidak mempunya tapak bulb terpaksalah diubah suai sedikit dengan memasukkan LED seperti yang akan saya paparkan di bawah. untuk makluman suis gate lock ini ada yang tidak boleh dimasukkan LED kerana tulisan yang tertera pada suis tidak kelihatan walaupun telah dimasukkan LED kerana tulisan tidak transparent untuk membolehkan cahaya LED menembusi tulisan tersebut. kalau tulisan gate lock tu kabur bermakna yang inilah dapat dimasukkan LED
suis un-lock gate lock yang biasa digunakan pada dashboard lancer dengan tujuan untuk lock dan unlock kunci pintu. perhatikan tulisan yang kelihatan agak kabur kerana jenis inilah yang boleh dimasukkan LED untuk menampakkan tulisan berkenaan apabila malam. harus diingat ada juga suis gate lock ini yang memang tersedia dengan bulb di dalamya. cara mengenalinya ialah perhatikan pada soket di belakang suis mempunyai wayar untuk lampu iaitu hijau/putih (+) dan hitam/kuning (-)
apabila suis dibuka beginilah keadaan ruang dalaman suis yang perlu dimod untuk memasukkan LED
bahagian bawah suis yang bersoket, buka dengan berhati-hati agar komponen dalamanya tidak hilang
kekalkan kedudukan seperti ini sebelum memasang semula bahagian atas suis
untuk memudahka kerja, dapatkan LED 12v dan tidak perlulah memasukkan resistor. boleh terus wiring direct ke 12v lampu nanti
masukkan dua biji LED seperti yang ditunjukkan
pasang semula komponen suis yang dibuka tadi dan biarkan keluar kaki LED
bengkokkan kaki LED
inilah kedudukan LED pada suis
$ads={1}
pasangkan bali suis dan solder wire seperti yang ditunjukkan
pastika polarity LED betul sama ada negatif mahupun positif
dah siap dan bolehlah diuji pada punca 12v
untuk wiring pada kereta anda perlu tap pada wire lampu bawah dashboard
dah berfungsi sepenuhnya
selesai...
terima kasih
sincerely - jeff tacra
sincerely - jeff tacra
Salam..di mana nak dapatkan led 12v? Puas saya cari tapi tak jumpa.
ReplyDeletekat tempat kita ni tak ada lagi led 12v, tapi boleh gunakan led 3v dengan memasukkan satu resistor padanya. kebiasaannya led 12v ni saya order dari UK
ReplyDeleteBerapa saiz kapasitor yg diperlukan utk led 3v ni...?
DeleteBoleh guna perintang 1k. bkn kapasitor.
DeleteBlh bg website utk order led 12v dari UK bang jeff? Tq.
ReplyDeleteCikgu..mcm mana nk tau kaki led tu positif dan negatif...nk bt jgk la nti pasang led utk switch lampu ..nti 2 wire tu smbung kt mana cikgumohon kongsi ilmu sikit cikgu..
ReplyDelete