Stiff Ring Installation

assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini seperti biasa hari sabtu, maka berlangsung lagi kerja-kerja DIY saya iaitu pemasangan stiff ring pada chasis depan wira. harga satu set stiff ring untuk proton wira/satria/putra lebih kurang rm180. stiff ring berfungsi untuk memantapkan lagi kedudukan subframe sesebuah kereta ke chasis dengan menutupi ruang antara nat dan lubang subframe. anda boleh lihat gambar dan penjelasan seperti mana yang saya akan paparkan di bawah ini

banyak jugak peralatan yang perlu digunakan dan yang paling penting ialah sepasang jack stand untuk diletakkan pada bahagian kiri dan kanan kereta, banyak kerja melibatkan kerja-kerja di bahagian bawah kereta. peralatan yang perlua dibuka ialah crossmember, lower arm kiri dan kanan, steering rack bracket, mounti piping exhaust dan lain-lain lagi

stiff ring untuk proton boleh diperolehi di kedai menjual peralatan performance kereta dan secara online anda boleh membelinya, gunakan kemudahan yang ada sekarang, tak perlu susah ke mana-mana untuk membelinya. taip je barang apa yang anda berhajat

ada 8 unit stiff ring di dalam kotak dan disertakan juga manual atau diagram pemasangan, ikut sahaja langkah dan step pemasangan seperti yang ditunjukkan

gambar ini saya peroleh dari internet (credit to owner), anda boleh lihat kedudukan bolt dan lubang pada body dan subframe kereta iaitu terlalu banyak free dan dengan adanya stiff ring ini kedudukan ini akan berubah, tiada lagi keadaan seperti yang ditunjukkan

setelah pemasangan lengkap dilakukan beginilah kedudukan bolt dan subframe pada chasis kereta, tidak ada lagi ruang kosong seperti gambar yang saya paparkan di atas tadi. kedudukan subframe dah jadi lebih rigid dan keadaan ini boleh memantapkan lagi pengendalian kereta, hasilnya akan dapat anda rasai serta merta selepas selesai pemasangan nanti

dipasangkan pada bahagian atas subframe yang dipadankan dengan chasis kereta, hanya masukkan ke dalam lubang dan pasang bolt panjang yang dibuka tadi

kedudukan stiff ring pada bahagian bawah
$ads={1}
turunkan subfram dan masukkan pada tempat seperti yang ditunjukkan

kedudukan stiff ring pada tempatnya

masukkan pada bolt

 stiff ring pada bolt panjang

masukkan bolt dan jangan ketatkan lagi nat tersebut, pasang pada bahagian kiri dan kanan pada bolt panjang dan seterusnya pasang pula pada bahagian hujung lower arm yang disambungkan pada bahagian bawah body kereta. apabila dah pasang nat kesemuanya, barulah ketatkan nat secukupnya. harus diingat bawah agak susah sedikit untuk memasukkan nat terakhir kerana subframe dan bolt telah betul-betul fit pada chasis kereta. buat perlahan-lahan, mesti boleh punya

tanpa stiff ring kedudukan subrame pada body akan kelihatan seperti pada gambar

ini pula setelah pemasangan stiff ring

terima kasih
sincerely - jeff tacra

4 Comments

  1. ada beza tak lepas pasang ring nih? ketara @pun sikit je?

    ReplyDelete
  2. satu lagi lupe nak tanya, ada idea tak kenapa manufacturer buat lubang bolt tu longgar? agak2nyer, kenapa dia tak buat fit2?

    ReplyDelete
  3. besi bila dia panas kan dia nk kena expand so sbb tue manufacture buat longgar.

    ReplyDelete
  4. Persoalannya, dengan memasang stiff ring ni handling akan jadi lebih rigid tetapi bila dah jadi panas, apa efek ke atas komponen?

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors