bersua lagi dengan entri terkini iaitu mengenai pemasangan water temperature gauge untuk kereta perodua viva. sebagaimana yang kita ketahui, perodua viva tidak terdapat meter penunjuk suhu seperti kebanyakan kereta lain, viva hanya ada penunjuk digital sahaja iaitu sama ada C - cold dan H - hot. jadi di sini saya tunjukkan bagaimana memasang dan proses wiring water temp gauge untuk viva
peralatan yang diperlukan ialah temp gauge yang saya beli jenis VDO dari US, temperature switch atau sensor temp rm20 di kedai spare part, adapter untuk sensor 28mm rm30 di kedai acc. hanya meter sahaja di beli di luar negara. di negara kita pun ada dijual pelbagai jenis water tamp gauge sekali dengan sensor, terpulang pada anda untuk memilihnya
temperature switch dengan thread 1/8 npt boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga rm20. temp sensor ini juga sebenarnya untuk kereta wira/mitsu yang dipasang pada bahagian kiri head kereta untuk menggerakkan penunjuk temp pada meter standard wira/mitsu
sensor adapter 28mm dengan harga rm30 di kedai accessories dengan pelbagai warna dan jenama. tertera HKS di atas tu hanya tulisan semata-mata dan saya kira bukannya barang original, tetapi boleh pakai untuk digunakan untuk menjalankan projek ini, tidak mendatangkan apa-apa masalah pun
ini diagram yang ditunjukkan pada bahagian belakang pembungkusan adapter. kita perlu potong hose radiator atas dan dipasangkan dengan adapter tersebut. sensor hendaklah dipasang dengan baik supaya tidak berlaku kebocoran coolant nanti. satu lagi kalau diperhatikan ada nat bunga iaitu untuk ground sensor, perlu sambungkan nat tersebut dengan wire ke mana-mana body kereta yang terdekat
hose standard perodua viva yang telah dikeluarkan. boelh juga menggunakan hose samco yang kebanyakan yang dijual di mana-mana kedai accessories dengan pelbagai pilihan warna
anda perlu memotong pada bahagian yang ditunjukkan seperti di atas, itulah tempat yang paling sesuai untuk di pasang sensor adapter nanti
hose yang telah siap dipotong
$ads={1}
pasang adapter dengan kemas
pasangkan klip pada bahagian berkenaan seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas
pasangkan hose pada kereta seperti asal dan begitulah anda lihat kedudukan sesor adapter yang dipasang tadi
tibalah masanya untuk proses wiring gauge iaitu pada bahagian belakang gauge ada 3 point yang perlu disambung ke bahagian tertentu, ini khusus bagi meter temp vdo di atas dan lebih kurang sama sahaja dengan mana-mana gauge yang lain. S - untuk sensor iaitu kena tarik satu wire dari sensor pada hose tadi dan disambungkan ke terminal belakang gauge bertanda S. terminal - untuk disambungkan ke ground atau body kereta dan + untuk acc pada wire suis kereta
saya buat soket seperti di atas untuk memudahkan sekiranya hendak membuka wire pada gauge tersebut. nak sambung direct tanpa soket pun boleh dilakukan
bahagian atas dashboard viva terdapat tempat untuk airbag sebenarnya, tapi bagi viva biasa ada satu penutup pada bahagian itu dan untuk membuka penutup tersebut perlu tanggalkan dulu glove box dan tolah dari bawah dan dengan mudahnya penutup atas dashboard akan tertanggal, nampaklah ruang seperti di atas. ruang ini memudahkan anda memasukkan satu wire dari sensor tadi. perlu gunakan dawai yang disambung pada wire dan jolokkan melalui penutup getah pada bahagian engine bay dan akan keluarlah wire tadi melalui belakang blower aircond seperti gambar di atas, seterusnya tarik wire ke gauge
saya tanggalkan pillar sebelah kanan kerana ingin menempatkan gauge atas dashboard kanan, jadi memudahkan kerja-kerja wiring apabila pillar itu dibuka
setelah siap wiring start kereta dan anda akan nampak jarum temp akan naik perlahan-lahan sehingga mencapai suhu yang optimum. bagi perodua viva temp berada antara 82'C hingga 93'C. gambar atas kiri masih belum panas lagi dan kanan enjin dah panas
video apabila enjin dah panas, off suis dan on balik meter dah berfungsi sepenuhnya
terima kasih
sincerely - jeff tacra
Nice one bro... Thanks very much...
ReplyDeletebro kalau wira hos radiotar standard nak pakai adapter hks, nak kena beli brape mm punya??
ReplyDeleteApe maksud 1/8npt tu abe? Apekah klw nk beli pipe Taps, ckp nk yg 1/8 jgk beserta diameter skru sesuai baru sensor masuk cun?
ReplyDeleteni kat grand livina pun takde water temp gauge...blehla buat cara ni yer?
ReplyDeletesalam abg jeff..sy menggunakan meter greedy 3 bradik..oil temp,oil press n water temp.masalah sy skrg oil temp x funtion pasal wayer sensor putus hujung..sensor 2 ada 2 kaki x mcm sensor biasa..so boleh x sy modkan sensor satu kaki ni kat situ ??? sensor ori mahal sgt..resa x berbaloi plak rm180 utk sensor 2 saja.lagi satu abg jeff,adakah sensor water boleh d gunakan utk sensor oil...ingat nak cari meter defi yg x ori je..sensor ada 2 kaki..
ReplyDelete1/8 npt ialah saiz thread nau and bolt
ReplyDeleteAbg jeff tak letak fius ke??
ReplyDeletekalau nak letak agak2 brapa amp yang sesuai??
boleh guna fuse 10A
ReplyDeleteBeli Kat mana his Dan temp sensors...
ReplyDeleteabg jef, acc wire kt viva tu nak tap dr mane? kaler ape cable tu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNk tanya la bro, kwn bru pasang meter water temp tp mcm x btol je.. biasa 80 ke 90' kn tp kdg2 dia g ke 60 je n kdg2 plak naek ke 90'.. mcm mane kwn nk chek bro. Ape yg slapnye.
ReplyDeleteSalam bro..
ReplyDeletesalam bos wayar sensor saya ade 2? boleh guna ke sensor yang boh beli nih. mcm mana nak modi.
ReplyDeleteSalam abg jeff .. Sy nk tye twmp wira 1.6 sy .. Adakah normal jika suhu kereta sy pada paras tgh2 .. ? Coolant toyota baru tukar .. Thermosatat pn baru tkr .. Start dlm beberapa saat temp dok bwh stgh ckit .. Then ble jln dok tgh2 .. Adakah normal temp begitu ?
ReplyDeleteWaja size adapter hos radiator bape boss?
ReplyDeleteWaja size adapter hos radiator bape boss?
ReplyDeleteAssalamualaikum bro...nk tanya saya pkai water tempt GReddy punya brg..saya x potong host..saya smbung ke sensor yg sedia ada pada kereta sy..wira..boleh ke mcm tu?
ReplyDelete