Assalamualaikum dan salam sejahtera.... hari ini 22 september 2012 berlangsung satu lagi DIY iaitu saya telah memasang set disc evo ke kereta wira yang menggunakan knuckle asal PCD 100. ikuti langkah di bawah bagaimana proses berkenaan dilakukan dan dalam hal ini anda tidak perlu menukar knuckle evo tetapi hanya menggunakan knuckle standard pada kereta wira. barang yang perlu ialah caliper dan disc evo sahaja berserta dengan brake pad evo atau boleh menggunakan brake pad PAJERO V6
terlebih dahulu ditunjukkan brake pad PAJERO V6 yang sama dengan brake pad evo. sekiranya hendak membeli brake pad evo kat spare part, jangan cakap nak brake pad evo tapi dapatkan brake pad PAJERO V6 kerana ada sesetengah kedai spare part kalau barang evo ni maklumlah, harga pun dah jadi lain. brake pad Pajero V6 brand DON trestor dengan harga rm95 untuk satu set
sebelum itu rotor disc evo yang lubangnya PCD 114 perlulah ditebuk ke lubang PCD 100 dan kerja ini boleh dilakukan di kedai machine shop dengan harga sekitar rm70-rm80 bagi sepasang disc
rotor disc dan caliper evo yang boleh diperoleh di mana-mana kedai halfcut. rotor disc di atas siap ditebuk ke lubang 100 untuk dipasangkan ke knuckle standard wira
terlebih dahulu buka hose minyak brake dan keluarkan juga caliper asal pada kereta. kereta di atas menggunakan disc 1.6 PCD 100
keluarkan disc rotor
disc rotor standard 1.6
disc telah dikeluarkan, kalau susah nak keluar kena gunakan nat 12mm seperti yang ditunjukkan di atas
$ads={1}
dust cover asal kena umpil ke atas dengan menggunakan tools tertentu kerana disc evo akan sangkut pada dust cover ini. dust cover untuk disc 1.6 bersaiz 14 manakala untuk evo 15
masukkan rotor disc evo
masukkan bracket caliper
pasang caliper evo
sudah pun siap pasang disc dan caliper evo dan jangan lupa bleeding dulu
perbandingan disc evo twinpot dengan disc 1.6
dah siap
berhati-hati memandu dengan pad yang baru kerana permukaan pad dengan disc masih belum rata sepenuhnya, jadi brake akan tak makan sikit, ambil masa 3 atau 4 hari baru ok
sekian, terima kasih
jumpa lagi
jumpa lagi
abg jeff, kalo nk convert pkai calipet gto 5speed camane?same je ke?n muat x untuk rim 15inci?
ReplyDelete15inci ehh.kalau 4G91 punya berape inci bro jeff?
ReplyDeletelebih kurang sama je kalau nak convert mana-mana disc. disc 4g91 sama besar dengan disc wira 1.5
ReplyDeleteBro..kalo nk tuko brek pad baru ni diwajibkan ke skim disk atau tak perlu...sebab ade setangah pomen gtau tak perlu skim pn takpe..sebab sebelum ni dah pernah skim..takut jadi nipis lak..so ape pendapat abg jeff?
ReplyDeletekalau sekadar nak tukar pad baru tak perlu skim disc melainkan kalau disc tersebut terlalu calar atau kebiasaannya kalau ambik disc dari halfcut yang tak berapa cantik kondisinya barulah diskim untuk meratakan permukaan disc
ReplyDeleteowner xnk jual ke disc asal
ReplyDeletedisc asal memang nak jual, ada kat wall FB saya
ReplyDeletesalam abg jeff rotor evo apa abg jeff guna tu, evo 1,2,3 ?
ReplyDeletedisc brake belakang pun boleh buat juga ke abg jeff?
ReplyDeleteDisc roor evo2. Ada jugak yang buat untuk disc belakang
ReplyDeletekalau pcd 114 untok iswara boleh tak gune caliper n rotor evo nie?adakah pnp je
ReplyDeleteSalam.. Kalau pakai disc Evo ni, muat x kalau pakai rim 15"?
ReplyDeletesaya pakai persona..tapi sejak akhir2 ni ade bunyi kuat dan kesar kedengaran ( macam perut masuk angin ) setiapkali tekan brek atau time kete semakin slow semasa brek..kenapa agaknya??brek pad bendix..
ReplyDeletesalam abg jeff...kdai tebuk@tukar pcd are trg mane ekk??
ReplyDeleteassalam.bro kalau brek evo twin port boleh x masuk kat saga /iswara?
ReplyDeleteSalam abg jeff...nk tanya sikit ni,kalau pkai disc belakang dr model lancer atau mivec..brake pad apa yg ngam beli kt kedai spare part??sama saiz x dengan pad wira 1.6?
ReplyDeletesama saiz dengan wira 1.6/1.8 gti, putra
ReplyDeleteSalam cikgu saya pakai 1.8 kalau disk brek saya tebuk sendiri ada kesan buruk tak pada sistem brek?
ReplyDeleteSalam knpa stering begegar bila break panas(2run bukit)tekan break....klu sejuk ok je tpi atas 80kmj kita tekan break rasa juga gegaran.pling teruk bila break panas memang begegar kuat klu tekan break
ReplyDeletekemungkinan rotor disc ada bengkok sedikit. try skim disc bagi rata semula
DeleteApa kelebihan masuk disc evo dgn disc 1.6/1.8..xberar ke kereta kalo masuk disc evo ni untuk engin 1.6?
ReplyDeleteSalam...boleh x brek disk depan wira dipasang pd iswara.kena mod or cmna?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUtk info, bagi menggunakan disc evo pada knuckle asal 1.6 atau 1.8 mestilah pakai center cone utk isi ruang atau gap antara hub asal dengan disc evo. Saiz knuckle 1.6/1.8 = 64mm, saiz hub disc evo = 69mm. Kalau salah tolong betulkan. Terima kasih.
ReplyDelete