External Water Temp Gauge



Bertemu lagi dengan entri pemasangan external water temperature gauge pada kereta. kali ini saya paparkan bagaimana cara memasang meter dan sensor tanpa perlu menggunakan adapter pada hose air yang selalu kita nampak ketika memasang sensor temp ini. saya tidak menggunakan adapter untuk sensor dan tidak perlulah memotog hose, sayang jugak kalau potong hose ni, tambahan lagi kalau hose betul-betul ori SAMCO

ini merupakan hose radiator yang selalu dipotong untuk memasang adapter sensor temp sender. potong, pasang adapter, pasang klip dan seterusnya pasang sensor. tapi semua ini saya tidak lakukan dan saya tempatkan tempat lain untuk memasang sensor
 adapter inilah yang selalu dipasang pada hose dengan cara potong hose radiator

lihat gambar di atas ini, saya mod housing tempat hose radiator untuk menempatkan sensor temp jadi perlulah terlebih dahulu keluarkan air radiator dan buka dua bijik nat 12mm untuk keluarkan housing ini

 inilah housing hose air radiator tadi

 pandangan dari tempat yang dipasang ke head enjin, perlu letakkan gam gasket semasa memasang nanti
$ads={1}
 tempat yang perlu ditebuk untuk memasang temp sensor

drill dengan menggunakan bit yang sesuai untuk menjadikan thread bersaiz 1/8 npt iaitu saiz yang bersesuaian dengan thread temp sensor

 ini ialah pipe taps yang bersaiz 1/8 npt uantuk membuat thread pada housing tadi

selepas ditebuk lubang yang sesuai gunakan pipe taps ini untuk membuat thread baru dan pastikan kedudukan alat tersebut tegak serta tidak senget semasa membuat thread

temp sensor ini selalunya dapat sekali dengan water temp gauge tetapi kadang kala ada yang jual meter sahaja tapi sensor tak ada, jangan risau sebab sensor ini boleh dibeli di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm20 sebijik

 pasangkan sensor pada lubang yang dibuat tadi dan pasangkan housing pada kereta

 kedudukan sensor pada bahagian bawah housing hose radiator, tengok dari atas tak nampak

 gunakan soket tertentu dan sambungkan ke sensor dan kemudiannya ke meter water temp

 dah siap pasang pada sensor

apabila segalanya dah siap dipasang jangan lupa tambah air radiator dan hidupkan kereta serta check kalau-kalau ada kebocoran air pada bahagian berkenaan. external water temp meter telah berfungsi dengan jayanya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

27 Comments

  1. Kenapa tak tarik masuk dlm kokpit abam Jeff?

    ReplyDelete
  2. Bro jef.. kenapa tak bukak je skru allen key tu... masukkn sensor kat tmpt skru tu pun bole tanpa perlu drill lubang baru... cuma sensor akan nmpk keatas je la

    ReplyDelete
  3. Saya pakai sensor kecik, lubang atas tu besar dan tak nak guna adapter

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak tarik masuk dlm kokpit abam Jeff?

    ReplyDelete
  5. Bijak jugak iDea modify housing thermostat ni.. sayang woo nak potong hose SAMCO Jai tuh....

    ReplyDelete
  6. betul tu JAI, sayang jugak nak potong hose, meter water temp harga antara rm180 - 230 kalau yang biasa je

    ReplyDelete
  7. bro,apa beza meter temp yg kite tambah ni ngan yg ada kt lam meter kete 2???

    ReplyDelete
  8. ada beza sikit. kalau kat dalam meter asal kita tak nampak pergerakan terutamanya temp semasa kipas nak pusing. kalau external macam meter saya pakai tu, normal temp 180F dan bila dekat nak capai 200F fan radiator akan gerak hingga temp turun 180F balik baru berhenti pusing, begitulah seterusnya

    ReplyDelete
  9. kalau dh x pakai thermostat, normal temp 180F tu masi kekal ke kalau kipas belum pusing bro, atau x akan cecah 180F?

    ReplyDelete
  10. soalan kubis hehe..water temperature ni xde wayar power ke..tgk just sambung kt sensor je..

    ReplyDelete
  11. bab nk tebuk tuh yg kena hati2 tuh..tgn gegeL....

    ReplyDelete
  12. Sensor macam ni sama seperti sensor standard kat kereta, tak ada untuk power 12v, just hantar reading ke gauge je yang dah sedia ada power

    ReplyDelete
  13. Bro jeff, saya dh beli dh meter water temp, tapi fikir2 balik kalau pasang sensor pakai hose adapter tu, reading x berapa cun, sbb sensor cuma boleh read lepas thermostat buka je kan. Selain tebuk kat thermostat housing tu, boleh tak ambik tab wayar sensor meter tu terus ke wayar water temp asal utk hidupkan kipas dan gauge dlm desbod? Kira kongsi sensor la..

    ReplyDelete
  14. Sebaiknya water temp baca sebelum termostat sebab itu sensor asal letak kat blok enjin, tapi boleh guna jika letak sensor pada hose atas. Kongsi sensor tak dicadangkan sebab kemungkinan reading jadi tak betul

    ReplyDelete
  15. Thanks bro. Tadi aku tengok kancil punya water temp sensor macam sama saiz dengan sensor meter baru . Bagaimana kalau aku cabut ja sensor asal tu, replace dengan sensor meter baru?. bermakna aku x guna meter temp kt dlm desbod tu? Kalau EFI punya mesti effek kan, tapi kalau kaburator boleh ka gitu bro?

    ReplyDelete
  16. abg jeff off topic sket..apa beza fender satria standard ngn fender ori mivec punya??-time kasih

    ReplyDelete
  17. fender satria dengan ori mivec beza pada shape lampu signal kerana lampu signal keduanya tu ada beza, so lampu signal satria tak boleh masuk pada fender ori satria dan begitulah sebaliknya

    ReplyDelete
  18. slm,wiper speed kete satria sy same je laju die antara level 1-2-3..apa yg rosak agaknya?tk abg jeff..

    ReplyDelete
  19. bro untuk external oil temp boleh buat macam 2 ka?

    ReplyDelete
  20. bro jeff . . kalau pakai meter water temp manual mcm mane nak pasang ? brand omoni die tade sensor wayer . terus kabel tembaga panjang . mcm mano ? ajar ckt bro .

    ReplyDelete
  21. salam bro.out topic skit.sy ingin upgred enjin 1.6 manual sy.kalo tuka piston 1.8 ad ape2 efect x.? ape lg yg perlu sy tuka tnpa hntar puspakom.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piston sahaja xperlu ke puspakom dan endorse jpj.. Asalkan blok masih asal dan tiada perbezaan no. Enjin

      Delete
    2. Piston sahaja xperlu ke puspakom dan endorse jpj.. Asalkan blok masih asal dan tiada perbezaan no. Enjin

      Delete
    3. Piston sahaja xperlu ke puspakom dan endorse jpj.. Asalkan blok masih asal dan tiada perbezaan no. Enjin

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors