NRG Oil Press Gauge

assalam dan salam sejahtera. kebetulan ada member suruh pasang oil press pada kereta dia jumaat lalu, jadi peluang ini saya ambik untuk dijadikan bahan dalam blog saya. owner kereta tersebut memilih NRG oil press sersaiz 60mm dengan harga sekitar rm220 siap dengan oil sensor sekali. oil press ini jenis electrical sebab itulah memerlukan sensor untuk beroperasi. owner kereta ini menggunakan engine 4G92 MIVEC pada body wira aeroback

rupa NRG oil press ketika beroperasi.

kotak NRG oil press made in taiwan

sensor asal iaitu pada bahagian bawah sekali yang dipasang pada head enjin hendaklah dibuka. brass fitting sebelah kanan ialah untuk pasang pada head, dan terdapat dua lagi lubang bersaiz 1/8 npt untuk dipasang sensor asal dan sensor NRG meter. gunakan teflon tape putih sebagai sealant untuk pemasangan nanti

langkah pertama ialah buka oil pressure sensor asal, kebiasaannya terdapat pada sebelah kiri head, terdapat satu wire bersoket padanya

pasang fitting male to male bersaiz 1/8 npt seperti yang ditunjukkan, brass fitting ini boleh diperoleh di mana-mana kedai hardware

fitting ni berupa T-joint sahaja

pasangkan t-joint, pasangkan sensor meter NRG dan sensor asal
$ads={1}
NRG oil press gauge 60mm

nampak ok jugak meter jenis ni

kedudukan pada dashboard nanti, belum dipasang sepenuhnya

perlukan penyambungan wiring pada kereta iaitu red (constant 12v), black (ground), blue (acc) dan orange untuk dimmer (tap kat wire lampu kecil)

dah siap wiring

ini ketika kunci ON

NRG dah siap untuk menjalankan tugasnya. owner telah test dan sedikit review mengenai gauge ini. semasa cold start 80psi, normal temp atau idling 25 psi, hi rev 90 psi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

28 Comments

  1. cold 80psi... fullrev 90psi.. idling 25psi..

    klu untuk turbo sama ke abam tacraensemtokhingat...

    ReplyDelete
  2. sAlam, nk tnya klu meter yg reading dalam unit KG mcm mane???

    ReplyDelete
  3. mana nak dapat "T" adapter tu.bayak dlm market jual adapter kt oil filter.

    ReplyDelete
  4. saya ada p cari t joint nie.. tp bnyk kedai tak da... mcm mn mau cakap kat hardware yea..

    ReplyDelete
  5. salam bos.. dimana kita bleh beli brass fitting tu?? harga dia berapa ye??

    ReplyDelete
  6. kenapa selepas saya pasang oil press ni bila off switch kereta kekadang oil press tidak mati terus maksud sy keadaan lampu masih menyala palabila switch kereta di matikan.. bkn saja masih menyala.. meter oil press pon kekdg tidak balik pada tmpt yg asal.. harap bro tacra dpt membantu

    ReplyDelete
  7. salam bos.. 1 persoalan yg sy nk tnya.. nape selepas pasang meter ni kekdag jd lampu meter dan jarum meter tidak mati @ tidak balik pada position asal dan lampu tidak terpadam.. Di mana salah wiyering saya.. harap dapat membantu..

    ReplyDelete
  8. Brass fitting boleh dibeli di kedai hardware. Lampu meter patut tap kat acc, jika off kunci meter akan terus off

    ReplyDelete
  9. saya dah pasang sensor pada adapter pada oil filter ..tapi reading dia sangat low..adakah itu masalah pressure rendah pada bahagian oil filter tu atau ada kemungkinan sensor rosak? pressure pada oil tank rasa macam tinggi pasal bila buka cap minyak enjin rasa macam ada angin sedang menyemur2 keluar..apa yang harus saya lakukan?need your help.tq

    ReplyDelete
  10. lebih baik pasang t joint pada sensor oil pressure asal seperti yang ditunjukkan di atas

    ReplyDelete
  11. bro tacra, wayar sensor ni bleh ke klu nk potong? sbb nk ltk kt cermin belah atas tu xsampai la dgn wayar asal die...klu potong n sambung, xpe ke?

    ReplyDelete
  12. Boleh ptong dan sambung dengan wayar lain

    ReplyDelete
  13. sensor xrsk @gile ke klu ptong?

    ReplyDelete
  14. kalau hanya potong wayar dan sambung bagi panjang tidak menjejaskan kerosakan sensor melainkan potong sensor tersebut

    ReplyDelete
  15. ooo... orait orait.. tenkiuu.,,

    ReplyDelete
  16. salam bos..d mana mau dapat 2 elektrik oil press sensor?saya dpt meter hulfcut xda sensor...

    ReplyDelete
  17. boleh dapatkan kat kedai performance atau nak senang boleh beli kat ebay je

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam...sy br jek pasang oil press nrg nih kt gsr...masalahnyer bile keadaan idle meter tunjuk 10...pastu bile jalan.or rembat dier naik smpai 60 jek...pastu bile dlm keadaan hi rev...jarum meter tu turun naik dgn sgt cepat n lampu kelip2...bile bwk dlm keadaan biase dier kembali normal...ngan jarum tunjuk 60...adakah itu normal...ape yg pasti keadaan enjen adalah sehat...adekah masalah berpunca dr sensor yg rosak?

    ReplyDelete
  20. salam...sy br jek pasang oil press nrg nih kt gsr...masalahnyer bile keadaan idle meter tunjuk 10...pastu bile jalan.or rembat dier naik smpai 60 jek...pastu bile dlm keadaan hi rev...jarum meter tu turun naik dgn sgt cepat n lampu kelip2...bile bwk dlm keadaan biase dier kembali normal...ngan jarum tunjuk 60...adakah itu normal...ape yg pasti keadaan enjen adalah sehat...adekah masalah berpunca dr sensor yg rosak?

    ReplyDelete
  21. assalamualaiku...bang jeff leh tolong review cara pemasangan oil tempt x...??terima kasih...

    ReplyDelete
  22. azrul - kemungkinan masalah tu berpunca daripada sensor yang rosak. yasrien - untuk oil temp biasanya ada sensor yang dapat sekali bersama gauge dan dipasang pada adapter oil filter yang kena beli berasingan

    ReplyDelete
  23. salam, abg jeff sya nk tnya kalau wire meter sensor tu tap kat sensor asal kereta bleh tak

    ReplyDelete
  24. salam, abg jeff sya nk tnya kalau wire meter sensor tu tap kat sensor asal kereta bleh tak

    ReplyDelete
  25. Salam..nk tanya sedikit boleh??
    1.brape psi or bar tuk mivec on??
    2.brape kah psi or bar tuk idle dlm rpm 900??
    3.oil pum menghasilkn pressure berlainan semase engine sejuk dan panas..adakah situasi ini normal??
    4.adakah kelikatan minyak hitam juga memainkan peranan dalam oil pressure??

    ReplyDelete
  26. Assalam abg jeff.
    Sy nak tya.sy pkai oil press sensor kat oil filter adapter..tapi pressure low.1.8..maintain walaupun rev tiggi.kdang terus ke reading 0..warning..sensor yg pkai defi..ke tidak sesuai letak oil press sensor kat adaptor tersebut.utk civic fd2.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors