Race Tech Chasis Alignment Kit

race tech chasis alignment kit menawarkan kemantapan sistem chasis kereta anda dan kini anda boleh merasai perubahan serta merta setelah memasang alat ini pada kereta anda. kalau honda terkenal dengan rigid collar kini proton pun ada penyelesaiannya dengan adanya chasis alignment kit (CAK) yang harganya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan rigid collar, namun kualitinya hampir setanding antara keduanya. kali ini saya tunjukkan langkah pemasangan CAK secara DIY dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan peralatan mencukupi

6 unit CAK race tech dibuat daripada aluminium dengan aeronautics kualiti T-6061 dan CNC untuk menutup ruang (engineering tolerance) pada subframe kereta anda

dengan pemasangan alat ini ruang kemasukan nat yang diikat ke chasis akan menjadi padat dan seolah-olah langsung tiada ruang lagi pada subframe kereta dan akan menyebabkan subframe menjadi rigid dan kukuh seterusnya memantapkan pengendalian kereta

kedudukan 6 biji CAK pada subframe. harus diingat kerja pemasangan CAK ini boleh dikatakan agak sukar dan mencabar kerana terpaksa menurunkan subframe dari chasis (tidak perlu keluarkan subframe dari kereta). turunkan sekadar untuk memasang CAK pada lubang nat subframe. semasa memasang kembali subframe pun sukar jugak sebab nat dah tak boleh bergerak sebab dah tidak ada ruang pada subframe tersebut, jadi perlulah kesabaran semasa memasang kembali nat terutamnya nat pada hujung atau belakang subframe (rujuk gambar di atas) yang begitu susah untuk dipasangkan... anda janga memaksa mengikat nat kerana boleh merosakkan thread pada chasis...

jack kereta, buka tayar kiri dan kanan kereta

peralatan yang digunakan, jack stand kiri dan kanan kereta manakala jack gunting untuk menampung subframe nanti

bersedia untuk kerja seterusnya...

bagi yang memakai drop link evo hendaklah membuka bahagian atas drop link supaya subframe dapat ditrunkan dengan mudah

crossmember juga perlu dibuka
$ads={1}
buka nat 17mm pada bahagian belakang subframe, ada 2 biji nat di kiri dan kanan kereta

buka satu nat yang mengikat subframe pada chasis hadapan, gunakan spanar box panjang dan hulurkan melalui tengah lower arm. pada masa ini ampu subframe dengan jack di kiri dan kanan kereta sebab subframe boleh jatuh ke bawah apabila nat ini dibuka. anda juga pelu membuka bracket nat steering rack

contoh pemasangan pada nat subframe depan

apabila subframe dapat diturunkan sedikit, masukkan CAK pada lubang hujung atas subframe, rujuk gambar diagram pemasangan di atas

bahagian bawah masukkan pada nat panjang 17mm tadi dan pasang pada kereta

CAK dah siap pasang pada tempat yang telah ditentukan. bila dah masukkan semua 6 bijik CAK pusingkan nat perlahan-lahan dan sekata antara kiri dan kanan kereta serta depan dan belakang subframe, kalau senget sudah tentu nat sukar dipusingkan

dah siap tertanam pada TAC saya... belum test lagi sebab siap tadi pun dah pukul 12.45, bersiap dulu untuk solat jumaat. petang nanti test dan akan direview di sini serta di FB saya

klik link berikut untuk melihat video bagaimana ia berfungsi
rigid collar

sekian, terima kasih
jumpa lagi

26 Comments

  1. Menarik.. Cak kena ada royalti ni.. huhuh ..

    CAK untuk nissan xde ke ? hehehe

    ReplyDelete
  2. alamak.. CAK, ko kena mintak royalti dari race tech, hehe. untuk nissan tak pasti bos

    ReplyDelete
  3. alang2 timbul cite subframe ni nk tanya la bro jeff, arb wira se sama x ngan evo or waja?tq..

    ReplyDelete
  4. wira SE first model sama rasanya dengan evo dan waja serta gti. wira SE sekarang ni tak pasti pulak macamana arb

    ReplyDelete
  5. fuh memey terbaekk...
    brg dah ade.. nok pasang pLok.. tadok mase nok ato..

    ReplyDelete
  6. keje agak rumit.. riLek jer sifu wak sorg

    ReplyDelete
  7. wow..untok iswara ada tak?

    ReplyDelete
  8. cak ni memang berbaloi dengan apa yang dilaburkan, pengendalian kereta terasa beza dari sebelum ini, steering respons pun rasa sedap je, smooth. bawak sekitar 80kmj jalan yang biasa dilalui rasa macam tak henjut sangat kereta, macam absorber dah rasa lembut, selekoh memang kereta stabil, mungkin sebab body dah sekata dan rigid

    ReplyDelete
  9. harga barang ni rm170 satu set. boleh contact no 0162329550 (mell)

    ReplyDelete
  10. brang ini menda baru ke bang?mekanik lain tau x pasang?

    ReplyDelete
  11. tak pernah tgk barang nie.pertama kali tgk.tq bro

    ReplyDelete
  12. bang, CAK ni ble pki kt satria lame gak kn?

    ReplyDelete
  13. barang ni boleh dipakai pada satria lama. pemasangan boleh dilakukan di mana-mana bengkel kerana ada diagram disertakan bersama kit ini

    ReplyDelete
  14. untuk wira body sedan 1.3 tetapi dah upgrade 4g91?boleh x bro rekemen seat depan dan blakang untuk ditukarkan?jenama apa ok?tapak 1.3 sama ke dgn lain?

    ReplyDelete
  15. salam abg jeff,saya nk minta ilmu dgn abg,blh tunjukan pemasangan&function anti-lag turbo&launch control,help me,terima kasih bang.

    ReplyDelete
  16. berapa ambil upah pasang ni untuk kete wira? ke free je?

    ReplyDelete
  17. bagus ni..bang waja subframe agak leh ngam x masuk cak ni?

    ReplyDelete
  18. kalau tak silap kat subframe waja pun boleh masuk CAK ni, tak ada masalah

    ReplyDelete
  19. salam....klau exora agak2 bleh tak...

    ReplyDelete
  20. ape beza stiff ring dengan CAK ni?

    ReplyDelete
  21. Salam bro.fungsi CAK ni sama cm stiff ring tu ker?

    ReplyDelete
  22. Bos jack stand bole beli kat kedai spare part ker....

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors