update blog sempena tahun baru 2012. selamat tahun baru diucapkan kepada followers dan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog saya ini. sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 rupanya. entri blog kali ini ialah mengenai bagaimana proses menukar engine mounting bagi kereta wira/mitsu sama ada 1.3 - 1.8, kaedahnya sama sahaja. penukaran mounting kali ini ialah pada bahagian timing belt atau LH dalam istilah automobil. ikuti langkah-langkah sebagaimana yang akan ditunjukkan di bawah ini
inilah rupa mounting enjin wira 1.6/1.8 dan untuk wira 1.3/1.5 ada kelainan sedikit, saiznya berbeza anta keduanya. mounting enjin boleh didapati di mana-mana kedai spare part dan seharusnya anda membeli barang baru, kalau barang terpakai bukan kata tak boleh tapi kena tengok dan perhatikan dahulu kondisi dan keadaan barang tersebut, kalau mounting pecah atau koyak boleh menyebabkan enjin bergegar dan sebagainya
brand new mitsubishi motors boleh diperolehi di mana-mana kedai spare part. kat getah mounting pastikan ada cop MB diikuti no part barang tersebut
terlebih dahulu gunakan jack kereta untuk menahan bahagian bawah sebelah kanan enjin (sebelah timing belt), kalau dalam isitilah automotif bahagian ini disebut sebagai sebelah kiri dengan mengambikira seolah-olahnya kita berada di dalam kereta. tujuan letak jack adalah untuk mengampu berat sebelah enjin tersebut
buka nat pada bracket poser steering hose dan compressor hose
buka 3 biji nat bersaiz 14mm seperti gambar di atas. nat ini merupakan nat mouting pada bahagian enjin
buka juga nat 14mm pada bahagian chasis dan pada bahagian satu lagi setentang dengan nat ini terdapat satu lagi nat 17mm yang perlu dibuka, nat tersebut merupakan nat untuk bolt tengah-tengah mounting nanti
sebelum mounting dapat dikeluarkan laraskan jack pada bahagian bawah kereta supaya kedudukan enjin menjadi lebih tinggi sedikit ataupun bila dah terasa mounting tu longgar. dengan cara ini mounting dapat dikeluarkan dengan mudah. gambar atas mounting lama dah dapat dikeluarkan dengan hanya menarik ke atas sahaja
mounting lama dah ada rekahan atau koyakan pada bahagian tepi atas kiri dan kanan getah. klik gambar untuk melihat imej dengan lebih besar
$ads={1}
mounting lama
perbandingan antara lama dan baru, sebelah kanan yang baru
lama dan baru
tengok kedudukan getah bentuk V tersebut, kalau yang baru (kiri) kedudukannya rapat pada bahagian bawah dan kalau yang lama (kanan) kedudukannya dah naik ke atas sedikit
ruang enjin tanpa mounting... mounting dah dikeluarkan dan bersedia untuk menerima mounting baru
pasang mounting baru dan ketatkan nat mengikut yang sepatutnya. pasang 3 biji nat pada mounting bahagian enjin dan 2 biji nat pada bahagian chasis. pasangkan juga nat bracket power steering hose dan bracket compressor hose. keluarkan jack yang terdapat pada bahagian bawah kereta
terbaik la...
ReplyDeleteberapa harga mouting?
ReplyDeleteharga mengikut brand tertentu, ada yang rm30 lebih dan ada yang mencecah sampai rm70
ReplyDeletesalam n selmt thn baru,ada soklan nie bro.ada setengah pemilik kenderaan menggunakan silikon yg diletak dicelah2 mounting engine.pe pendapat bro tacra.ok ke kalau buat cm tu?
ReplyDeleteapa tujuan nak letak silikon kat celah mounting tu, nak suruh mounting bagi keras atau untuk apa ni
ReplyDeleteSalam bro Jeff..
ReplyDeleteSaya pakai Proton Wira 1.6. Keseluruhan ada 3 mounting kan? Berapa harga untuk ketiga-tiga mounting tersebut berjenama seperti diatas? Takut kena tipu harga semasa beli di kedai sparepart.
kebanyakan kereta ada 4 mounting, wira pun ada 4 mounting, kiri, kanan, depan dan belakang. kos untuk 4 bijik brand MMC sekitar rm250
ReplyDeleteaskum abg Jeff,
ReplyDeleteDIY yg menarik..gud job..nway, kalau mounting untuk engine 4G91 sama dengan model wira yg mana?
salam bro,lehx kalu evo3 nyer mounting tukar guna 1.8,engine gegar kuatla masa idling(bile compressor a/cond kick),maybe mounting dah keras or ada crack kot...tq
ReplyDeletekalau guna mounting evo pada wira kebiasaannya kan menyebabkan gegaran lagi kuat dari biasa. memadai menukar mounting standard yang boleh didapati di spare part
ReplyDeletemounting 4g91 same ke dgn 4g13/4g15?nak beli..tkt slh...
ReplyDeletebush crossmember sama antara 4g13/15/91/92/93 tetapi kalau buas kiri kanan ada beza antara 4g13/15 dengan 91/92/93
ReplyDeleteSalam bang. klu mivec CK mana nak cari mounting dia bang ek? agak2 berapa tu harga dia?
ReplyDeletesalam bro..mounting untuk iswara agak2 brpa hrga 1 set ek..
ReplyDeleteHi.. Kalau nak check harga mounting kereta Proton, sila tengok pada link ini
ReplyDeletehttp://protonperoduaparts.com.my/en/27-engine-mounting
salam bang jeff.. harga utk viva 3 mounting utk viva plsss.. sy nak pegi tuko ptg ni gak :) tq
ReplyDeleteAs salam.keta sy dah ada vibrate bila time reverse gear n idle.klu kenatukar mounting, perlu ke tukar 3 bijik sekali?klu bole tukar sebhgian dulu yg mna satu nak tukar?mounting ori viva mmg mahal gak ni.tq 4 ur help.
ReplyDeleteSalam kalau mounting untuk kereta saga enjin 4g91 pulak?bahagian mounting mana yg perlu di mod kan..
ReplyDeleteSalam kalau mounting untuk kereta saga enjin 4g91 pulak?bahagian mounting mana yg perlu di mod kan..
ReplyDeleteTerima kasih diatas pencerahan. Saya bercadang untuk menukar kesemua mounting dari depan dan belakang secara berperingkat. Untuk pengetahuan saudara, proton wira saya 1.5mt tidak mengalami sebarang masalah. Tapi terdapat sedikit masalah pada Fr Door Latch Rh. Bila mentup pintu, agak keras /kuat sedikit dari pintu yang lain (Tak smooth). Jadi di manakah saya boleh membeli part tersebut dan anggaran harga. Terima kasih
ReplyDeleteSalam bang ..nk tnye ..ad perbezaan ke antara mounting sohc ngan dohc ??
ReplyDelete