Automatic Transmission Fluid (ATF)

salam sejahtera... bersua lagi dengan entri bagaimana menukar minya gear auto berserta dengan filter minyak gear. kebiasaanya minyak gear auto disebut juga sebagai automatic transmission fluid (ATF). setiap 40k km disarankan agar menukar minyak gear auto sekali dengan filter untuk gearbox auto dan setiap 20k hanya menukar minyak sahaja, ini bermaknan dua kali tukar minyak auto, sekali berserta dengan filter. berikut saya tunjukkan step bagaimana proses ini boleh dilakukan secara DIY sahaja di rumah anda

kotak filter minyak auto untuk 4G9X/wira dengan harga sekitar rm24-30 sahaja di mana-mana kedai spare part. di samping brand mitsu ini masih ada lagi brand lain yang boleh anda pilih bergantung pada kehendak anda sendiri. harganya pun ada beza sikit

di dalamnya terdapat filter minyak dan gasket sekali, hati-hati dengan gasket supaya jangan patah, kalau patah masa pasang nanti boleh menyebabkan kebocoran minyak gear

terlebih dahulu jack kereta dan perlu juga menggunakan jack stand kerana banyak kerja akan dilakukan di bawah kereta, sebagai langkah keselamatan makan hendaklah memnggunakan jack stand, jack tan itu pun tetap digunakan

buka nat 10mm yang kesemuanya terdapat 12 biji nat pada oil pan gear auto

setelah kesemua nat dibuka, untuk mencabut oil pan anda perlulah mengumpil dengan berhati-hati pada bahagian yang bersambung antara oil pan dengan gear box. cari tempat yang berlubang bahagian hadapan gear dan umpil dengan menggunakan screw driver flat. gambar atas tu ialah filter minyak gear auto masih melekat pada gearbox

inilah filter minyak gear auto, untuk mengeluarkannya perlu membuka 4 nat 10mm pada filter tersebut. manakala di dalam oil pan kebiasaannya terdapat 4 bijik magnet untuk memerangkap habuk besi akibat geseran gear

inilah rupa minyak yang melekit pada filter, kalau lagi lama filter tak tukar bertambah teruklah kotoran minyak yang melekat pada filter. sludge minyak kotor melekat pada filter

bersihkan sisa gasket lama pada bahagian gearbox, boleh gunakan scrapper nipis dan berhati-hati kikis gasket lama sehingga bersih
$ads={1}
proses mencuci oil pan dan ternyata pada dasar oil pan ni memang minyak hitam melekit dan pekat. bersihkan dengan air dan sabun

dengan menggunakan scrapper kikis perlahan-lahan sisa gasket pada bahagian tepi oil pan

dah siap dibersihkan

blow dengan blower supaya air dapat dikeringkan dengan cepat

pasang dahulu filter seperti kedudukan asal

letakkan gam gasket seperti permatex ultra grey di sekeliling oil pan dan gasket bahagian atas seperti gambar di atas

pasang balik oil pan dan ketatkan nat oil pan dengan kekuatan 3nm sahaja. tunggu sekitar 2 jam barulah boleh memasukkan minya ATF yang baru. bila dah siap hidupkan kereta dan perhatikan sekeliling oil pan takut ada kebocoran, selalunya kalau gasket dipasang dengan betul dan kekuatan nat sekata tidak menjadi masalah, mudah-mudahan tak bocor

sekian, terima kasih
jumpa lagi

38 Comments

  1. bro kalau gearbox manual sama jugak ke?

    ReplyDelete
  2. gear manual lain caranya, try search dalam entri blog mengenai gear manual, dah ada dalam ni

    ReplyDelete
  3. salam, bro Jeff, ade info tak gearbox Waja 4G18?

    banyak pomen cakap takde filter? betul ke Bro Jeff?

    ReplyDelete
  4. wah thanks kerana sharing bro...

    dlm bulan ni dah plan tukar AT oil 4g91 ni..at least adela skit rujukan apa2

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum bang jeff..ada tak wiring untuk auto gearbox 4g91?boleh email tak kat saya..boyfandi85@yahoo.com..enjin dah pasang tapi wiring gearbox tu yang saya tak tahu..colour code tak sama..

    ReplyDelete
  6. Salam Bang Jeff,

    Kalau persona campro F4A42 punye auto gearbox tu pun lebih kurang mcmni jugak ke? atau gearbox kene bukak dari enjin jugak?

    tq

    ReplyDelete
  7. salam, bro Jeff, ade info tak gearbox Waja 4G18?

    banyak pomen cakap takde filter? betul ke Bro Jeff?

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak pasti gearbox waja ada filter atau tidak

    ReplyDelete
  9. as-salam bro jeff,,klau gsr auto sam mcm wira punya ek filter dia..

    ReplyDelete
  10. Salam broo.. sy guna wira auto 1.8 masa kelajuan dlm 80kmj tetiba jer enjin mengaum.. ada masalah gear box ker?? Tq.

    ReplyDelete
  11. Keadaan macam ini disebabkan oleh masalah gearbox

    ReplyDelete
  12. Salam, kalu tombol gear auto terasa kasar semasa menukar gear P ke R, adakah gearbox ada masalah? atau ada punca2 lain? tq

    ReplyDelete
  13. Baru ni ada tanya kedai sparepart kt ampang harga untuk gearbox filter waja.. Tauke sebut harga dlm rm 300. Betul ker itu harga market semasa..

    ReplyDelete
  14. Baru ni ada tanya kedai sparepart kt ampang harga untuk gearbox filter waja.. Tauke sebut harga dlm rm 300. Betul ker itu harga market semasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli dlm shopee murah,tp pastikan model kereta dulu sebelum oder...

      Delete
  15. panduan untuk enjin sr20 auto ada x...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. salam bang jeff....MD737840 ni blh guna utk 4G13/15 jugak ka? kalau tak, blh tlg bagi part number yg berkenaan? bebanyak t.kasih

    ReplyDelete
  18. Bang jef... boleh tunjukkan cara2 nak tukar filter atf viva auto.... selain tu perlukah untuk lakukan reflushing?

    ReplyDelete
  19. Bang jef... boleh tunjukkan cara2 nak tukar filter atf viva auto.... selain tu perlukah untuk lakukan reflushing?

    ReplyDelete
  20. Salam Jeff.. Berapa kti ATF Exora CPS. SC guna 5 botol (5liter). Sy masukkan 4liter dah melebihi paras cold/hot. Dlm manual kata jgn melebihi paras berkenaan. TQ. Abd Manan

    ReplyDelete
  21. Askum
    fillter gearbox 91 sama ka dengan fillter 4g15 auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sahaja antara 4g91 dengan proton wira auto

      Delete
    2. Ada yg mengatakan wira 1.5 auto x sama filter gb dgn 91 auto
      kena pakai filter wira 1.6 auto
      sy pn da pening
      da la x pernah 2kar filter masa ambil hafcut

      Delete
  22. Salam sukatan minyak gb auto sampai cool ka sampai hot.cek mcm minyak enjine ka

    ReplyDelete
  23. A'kum kalau alza cam mana pula caranya.alza ada filter tak.kalau ada boleh tak tunjuk cara2nya.TQ

    ReplyDelete
  24. Assalam En Jeff.. kt mana ada jual parts utk gear box auto.. spt selenoid dan clutch auto... kereta saya satria 1.6xli, tq

    ReplyDelete
  25. Assalam abg
    Sy pengguna proton wira auto 1.5 tahun 2000.tahun lepas sy br tukar gearbox
    spec jepun..masalah yg sy hadapi gear cepat sgt bertukar.contoh gear 1 ke 2
    xada masalah.2ke 3 cepat dlm 40km dah bertukar gear..bila sy tekan pedal minyak
    sikit gear bertukar ke 1.dan bila sy lepas sikit dan tekan balik baru masuk gear dua. Dengan kepakaran abg apa masalah kereta sy
    ek..kena tukar gearbox lain ke..harap abg paham soalan yg sy kemukakan ini

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum abg jeff, rekomen brand minyak gearbox yg sesuai utk wira auto 1.5. Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. saya cadangkan kalau minyak auto proton lebih baik menggunakan atf original keluaran proton sendiri

    ReplyDelete
  28. Abg jeff, saya dah beli barang2 nk tukar minyak auto mcm yg diceritakan kat atas. Cuma nk tahu nanti nk isi minyak auto tu ikut lubang mana?

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. Mr.Diytacra...

    Utk kereta waja mmc 4g18(a),,boleh ke tukar filter gearbox???

    ReplyDelete
  30. Salam sukatan minyak gb auto sampai cool ka sampai hot.cek mcm minyak enjine ka

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors