Pemasangan K&N Open Pod Air Filter Pada Mivec

bersua kembali... hari ini 29 november 2011, hujan mencurah-curah area kuala terengganu. biasalah di pantai timur dah sampai masa musim tengkujuh. namun aktiviti diy tetap berjalan seperti biasa pada hujung minggu ni. entri kali ini ialah pemasangan open pod air filter ke atas jentera rakan saya wira aeroback bernadikan 4G92 MIVEC jugak


open box brand new K&N 6" air filter with adapter dengan harga sekitar rm350.00 satu set. berbaloi pakai brand ni sebab lifetime warranty, cuma perlu service atau cuci setiap 50k miles yang bersamaan dengan 80k km kot. lagipun kit cleaner K&N pun ada jual di pasaran

oleh kerana adapter yang dapat bersaiz 6" to 3" jadi terpaksa yang 3" tu diubahsuai menjadi 3.5" sebab owner kereta ni nak pakai hose standard mivec. jadi saya gunakan oil filter terpakai kerana saiznya betul-betul 3.5"

jadi tak perlu membazir nak tukar adapter lain, tambahan beli pun secara online, cerewet sikit nak hantar dan tukar balik. kena lah potong oil filter seperti di atas dan rivet pada adapter

potong insulflex

jadi bentuk macam ni, nok cover tempat rivet tu, malas nak spray hitam

dah siap adapter untuk K&N 6" to 3.5"

air filter box standard mivec

dalam ni pakai K&N drop in tapi owner nak merasa open pod pulak
$ads={1}
keluarkan air filter box standard

dah kosong tempat box air filter

inilah hose inlet air filter yang bersaiz 3.5", sebab tu saya mod adapter tadi guna oil filter terpakai

jangan lupa buat satu bracket pada bahagian bawah adapter untuk menyokong air filter ni dari jatuh ke bawah. pada adapter dah ada satu nat untuk pasang bracket

dah pun siap

inilah owner kereta tu, sempat saya rakam gambarnya, dia buat apa tak tau, hehhe... jangan marah owner kereta.. gambar ada dalam blog saya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

12 Comments

  1. salam abg jeff...
    owner lame pakai drop inn K&N gak ker...???
    dier xnak jual ker...
    heeee..
    (",)

    ReplyDelete
  2. boleh jadi dian nak jual, bagi no hp, senang nak contact nanti

    ReplyDelete
  3. salam..abg jeff,nk tnye skali..bracket tu kt mana ada jual dkt area k.tganu nie abe jeff?

    ReplyDelete
  4. bracket mana ni? bracket atau adapter ni. kalau adapter filter tu kat trganu takde jual, tak pernah jumpa lagi. kalau bracket untuk sokong adapter tu custom made dengan besi plate je, buat bentul macam L, satu ikat kat body dan satu lagi ikat kat adapter

    ReplyDelete
  5. bracket L dgn skali nat..biasanye hardware mana abe jeff selalu g cari area KT?

    ReplyDelete
  6. salam bang mivec ni x pki airflow sensor ke??

    ReplyDelete
  7. area ktrg boleh cari kat EW hardware, berdekatan dengan service centre EON jalan bukit kecil. MIVEC memang tak pakai air flow sensor tapi pakai MAP sensor

    ReplyDelete
  8. 29 November?? cepatnye mase berlalu bro jeff??

    ReplyDelete
  9. abg jef..
    hose standard wira 1.5 brape inci?

    ReplyDelete
  10. mende yg rebet skali ngan oil filter ape nme?
    nk cari kt mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda tu namnya air filter adapter. ada jual kat kedai performance, kedai spare part tak jual benda tu

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors