bertemu lagi... entri blog kali ini ialah mengenai pemasangan map lamp atau roof lamp mitsubishi evolution di roof perodua viva. aga mudah juga diy ini kerana tidak memerlukan kerja-kerja teknikal yang sukar, cuma tebuk roof dan wiring positif dan negatif sahaja. ikuti lang-langkah di bawah bagaimana cara pemasangan yang dilakukan
inilah rupa map lamp evo, saya tak pasti dari evo berapa, kemungkinan evo3. ceraikan permukaan hadapan dengan housing belakang untuk membuat lakaran atas kertas tebal bentuk acuan yang akan dipotong pada roof nanti
ini ialah lakaran yang dibuat berpandukan permukaan hadapan map lamp tersebut. lakaran ini hendaklah dikecilkan sedikit daripada permukaan lamp itu supaya apabila pemasangan dilakukan nanti akan kemas dan tidak longgar pada roof viva
tebuk kertas tebal dan dapatlah bentu atau acuan yang dikehendaki
masukkan map lamp untuk menguji sama ada longgar atau ketat ataupun tak dapat masuk, kalau berlaku masalah sedemikian kena trim sedikit bahagian tepi acuan tersebut
pasangkan kembali cover hadapan map lamp
tibalah masanya untuk membuat lakaran dengan pensil pada permukaan roof kereta. buat acuan dengan tepat dengan mengambil kira kedudukan yang diperlukan. jangan terlalu ke hadapan kerana bahagian bawah dalam roof ada besi bumbung, takut nanti tak dapat masuk dengan sempurna pada tempatnya
potong dengan berhati-hati agar betul-betul mengikut lakaran yang dibuat. kelihatan bahagian dalam terdapat besi bumbung, sebab itulah kalau terlalu ke hadapan sudah pasti map lamp tidak dapat dipasang dengan sempurna
$ads={1}
masukkan housing map lamp
masukkan cover hadapan
masukkan cover hadapan
dah siap pasang map lamp kat roof, sebelum itu pastikan wire positif dan negatif disambung pada map lamp dan hulurkan melalui lubang yang ditebuk tadi dan keluarkan wiring pada bahagian hadapan roof seperti gambar di atas
masukkan wiring ke bahagian dalam roof pada bahagian windscreen
buka pillar hadapan untuk laluan wiring sehingga ke bahagian dashboard
terbaik la abg jeff!! bleh buat kt viva saya ni.. =)
ReplyDeleteini orang mmg talented punya orang..haha..gud job bro jeff
ReplyDeletesaya baru je diy maplamp evo kt wira ..tq jef
ReplyDelete