Proses Rear Wheel Bearing Proton Wira

entri kali ini menunjukkan bagaimana cara menukar rear wheel bearing/hub bagi kereta wira atau lebih kurang sama bagi sesiapa yang menggunakan set disc brake mitsubishi. bearing kalau dah lama akan rosak dan tanda awal boleh dikesan apabila kita mendengar bunyi dengung pada bahaian bearing berkenaan dan lama-kelamaan beraring akan rosak terus dan boleh mengakibatkan kerosakan komponen yang lain

rear wheel bearing/hub original wira brand NSK dengan harga rm120 satu. sebenarnya ada beberapa pilihan lain di kedai spare part dengan harga sekitar rm60 - rm80 setiap satu, pilihan di tangan anda

terlebih dahulu pusing arah lawan jam nat pada parking brake untuk memudahkan kita membuka cable handbrake pada caliper nanti. pusing nat 10mm ini tapi jangan sampai tercabut

buka klip dan buka cable handbrake seperti ini

jongket caliper dengan membuka nat 12mm terlebih dahulu

keluarkan pad dan buka 2 biji nat 14mm untuk membuka keseluruhan caliper

apabila caliper dibuka barulah kita boleh menanggalkan rotor disc, tarik keluar sahaja disc berkenaan

umpil penutup hub untuk membuka nat berkenaan

gunakan box bersaiz 30mm untuk membuka nat hub

keluar kan bearing/hub

bearing telah ditarik keluar
$ads={1}
bearing/hub yang baru

baru brand NSK dan lama brand KOYO, semuanya made in japan

yang lama di sebelah kanan tu dah mengeluarkan bunyi, bermakna dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru

masukkan bering/hub baru dan pasang kembali seperti mana asal. pasang caliper, cable handbrake, disc, penutup hub dan lain-lain yang berkaitan

siap sepenuhnya dan jangan lupa ketatkan kembali nat 10mm pada handbrake kat konsol tengah tadi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

21 Comments

  1. slmm..boh..
    kalu hok pakai drum pulok lagu mano tuhh..
    ...

    ReplyDelete
  2. drum pun pakai hub ni jugak, plug & play je

    ReplyDelete
  3. bro pernah x bt diy dashboard ck masuk satria kalu leh x pos.. nk pasang la bro..

    ReplyDelete
  4. Salam alaik. Jika pakai disk brake gsr 114.3 bagaimana pula? Ada jual ke bearing/hub yang baru? Terima kasih atas makluman.

    ReplyDelete
  5. salam,,,bro kalu bunyi mcm "kruk3" kt area blkg tu pn msalh bearing jgk ya?

    ReplyDelete
  6. bukan masalah bearing, ni macam masalah lower arm

    ReplyDelete
  7. Salam Bro jeff..1st sy nk ucapkan trima kasih kerana melalui blog bro sy berjaya DIY tukar bearing belakang.. Sya guna brand KOYO Rm100 sebiji tukar kiri kanan... tp nk tanya klu ketatkan nut size 30 tu terlalu ketat x per ker? Coz masa buka mcm x ketat sgt.....

    ReplyDelete
  8. salam brader jeff,
    nape kereta kita bawa laju lebih dari 70 di highgway ada bunyi macam kipas berpusing?makin laju kita bawa makin kuat bunyinya..tapi yg pasti bukan bunyi bearing...(mengikut cerita forum2)
    harap dpt bantu saya selesaikan maslah kereta saya ini.TQ

    ReplyDelete
  9. salm bro jef

    saya nampak ada 2 post untuk ni..wira rear wheel bearing dengan rear wheel hub punya post benda yg sama ke?..kereta saya bila bawak 100km/h keatas nanti akan bunyi berdengung..adakah disebab kan bearing? lebih baik tukar yg rosak atau tukar dua2?

    ReplyDelete
  10. Sama je. Le kalau dah bunyi berdengung bermakna bearing dah rosak, so boleh tukar yang rosak tu je dulu

    ReplyDelete
  11. Masa pasang bearing tue, (yang baru.) Perlu di sapu minyak gris? Ke pakai je terus x payah letak gris.

    ReplyDelete
  12. tak perlu letak apa-apa gris, just pasang dengan yang baru. bearing baru biasanya dah ada lubricant

    ReplyDelete
  13. Terima kasih.. Projek Esok Pagi.. Tunggu Jawapan dari sifu

    ReplyDelete
  14. assalam bang jeff,kalau tukar bearing yang pakai 4wd blakang sma juga ke dgn yg bkn 4wd?

    ReplyDelete
  15. drum belakang wira pun guna bearing jenis ni, sama je bering antara drum atau yang guna disc belakang. berlainan dengan yang menggunakan 4wd seperti evo punya, bearing jenis press seperti bearing depan

    ReplyDelete
  16. Bro.sy pkai wira 1.6.kete wira blh masuk waja pnye wheel bearing x?igt nk tkar pcd.tggl tebuk luband disc je t.jimat kos.

    ReplyDelete
  17. Assalam bro Jeff. Kalo saya nak tukar bearing hub 114.3 ke 100 boleh ke?? disc belakang stock 114.3

    ReplyDelete
  18. Salam bro jeff....

    Tiga bulan lalu, saya telah menukar bearing hub wira sy di bahagian kanan. Baru-baru ni saya dapati bearing tersebut telah rosak semula di bahagian yang sama. Menurut pandangan bro, apakah punca kerosakan tersebut?

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors