ramai dalam kalangan peminat kereta memasang rear wiper sama ada dari model EVO atau GSR. kebiasaanya kalau wiper park sebelah kiri datangnya dari GSR dan kalau park sebelah kanan dari EVO. pada mulanya saya hanya buat custom bracket sahaja untuk memasang motor wiper ini sebab masa beli dulu bracket tu tak dapat sekali. bukan tak boleh pasangkan motor ini tapi kedudukannya yang nampak tidak kemas sahaja, jadi kali ini saya paparkan bagaimana proses memasang bracket asal dari EVO3 kat wira, baru je dapat bracket ni kat halfcut. ingat tokey halfcut nak buang tapi bila kita tanya bracket ini terus dia letak harga pulak, so terpaksa bayar rm30 untuk mendapatkan bracket ini sahaja. nasib baik rm30 sahaja
biasanya kalau beli cermin berwiper jangan lupa ambik sekali bracket ni. yang hendak diguna ialah bahagian yang bertanda merah tu sahaja, jadi kena buka spot weld yang melekat kat body besi tersebut. dengan adanya bracket ini motor wiper belakang dapat dipasang dengan lebih kemas dan motor tidak mudah longgar jikat dibanding dengan bracket custom made
ada orang yang menggunakan grind untuk membuka spot weld tapi agak cerewet sikit. saya hanya menggunakan drill sahaja iaitu drill pada tempat spot weld satu persatu, kena gunakan mata drill yang besar sikit dari bulatan spot weld tersebut supaya nanti bracket yang kita inginkan dapat tanggal dengan mudah
dah tanggalkan semua spot weld dan dapat dipisahkan bracket daripada body
inilah hasilnya bila dah tanggal dari spot weld kat body. tapi akan nampak berlubang-lubang sikit, jangan risau... tidak ada masalah apa-apa pun lubang-lubang ini, masih boleh pasang pada body wira nanti dengan kemas
terlebih dahulu saya spray anti rust sebelum dispray warna laininilah hasilnya bila dah tanggal dari spot weld kat body. tapi akan nampak berlubang-lubang sikit, jangan risau... tidak ada masalah apa-apa pun lubang-lubang ini, masih boleh pasang pada body wira nanti dengan kemas
dah siap spray kaler silver, bulatan merah ialah lubang baru yang didrill untuk dipasangkan pada body nanti. saya gunakan rivet sahaja untuk melekatkan pada body kerana dengan cara ini lebih mudah dan praktikal
bracket dan motor wiper yang telah siap untuk dipasangkan pada kereta sayahand rivet digunakan untuk memasang bracket tersebut
drill lubang kat body mengikut lubang yang telah dibuat pada bracket tadi dan rivet je kat situ. hati-hati mengendalikan hand rivet kerana kemungkinan alat ini terhantuk pada cermin kereta mungkin terjadi
$ads={1}hampir siap... inilah kedudukan pada body wira sedan
dah siap sepenuhnya, boleh lihat kesan river pada bracket, lubang spot weld tadi tidak menjejaskan apa-apa pun pada kereta lagipun bukannya nampak bracket ini kerana kedudukannya yang tersembunyi di bawah panel speaker kereta wira sedan
kalau kat putra mmg da ada braket moto wiper ni..
ReplyDeletebaru tahu kt wira xde..
standard putra ada tak wiper belakang, tak ingatlah. kalau dah ada bracket senanglah nak pasang motor wiper. kat wira sedan confirm tak ada
ReplyDeletekalau wira aeroback boleh x pasang cermin dgn wiper jns tu
ReplyDeletewira aero tak dapat pasang cermin sedan, tak sama
ReplyDeletebrape bro beli bracket tu kt halfcut?
ReplyDeletebracket tu ada sesetengah halfcut jual sampai rm50 dan ada yang jual rm30
ReplyDeletewayaring wiper blakang tu bro wat sendiri ke?
ReplyDeleteyup... wiring wiper belakang buat sendiri
ReplyDeleteada dlm ni ke cara2 nk buat wayaring tu?sy cr xjumpe pun bro jeff
ReplyDeletesaya tak tunjuk dalam blog cara nak wiring rear wiper sebab gambar tak ambil masa buat tu
ReplyDeletewayaring tu bro jeff buat yang baru ker atau ambil dari half cut?
ReplyDeleteada tak diagram wayaring tu?
ReplyDeletewirin kalau wira cuma tarik 3 wire dar isoket bawah seat belakang sebalh kanan. 3 wire tu ke soket motor wiper. diagram tak ada lagi
ReplyDeletekalau satria lak abg jeff, sama tak?
ReplyDeletewiring lebih kurang sama je
ReplyDeleteSoket yg warna putih tu yer....
ReplyDeletebro jeff,,cermin blkg evo/gsr msuk ngam x dgn wira sedan?perlu mod apa2 x?
ReplyDeletecermin belakang evo/gsr plug n play pada wira sedan, tak ada mod apa-apa
ReplyDeleteok ,,tq bro
ReplyDeletesalam, nak tanya bang..sy pakai wira aeroback,aritu dapat le batang wiper yg straight,kiranya klu letak kat bawah serupa mcm sedan pakai wiper belakang(konon2nya)..tp yela,tak bole function sebab dia wipe dr atas ke bwh..
ReplyDeleteklu kita nak bg function yakni dia bergerak dr bwh ke atas..ada tak caranya?klu basic motor enjin tamiya,kat situ ada 2 terminal,terbalikkan wayar +ve n -ve, dpt le pusingan kiri atau kanan..tp motor wiper aritu sy buat, terbakar trus fius..so,nak tanya,ada solution lain tak bang?atau sy trus pakai motor wiper satria,sbb dia dr bawah ke atas wipe dia...
maaf panjang sgt sy taip..
Aizat
selamat aidiladha
agak payah nak buat, melainkan kalau dapat motor lain. motor wira aero memang pusing dari atas ke bawah, nak terbalik polarity pun tak dapat, nanti akan short circuit
ReplyDeletesalam nak tnya,bro area mn?law tlng pasngkn sy pnya leh tak.brang sume ad,crmin pn dh pasng cme wiper n moto je tak pasng g.tq..
ReplyDeletesaya area kuala trganu... kalau ada kat trganu jugak, bagi no hp, nanti saya contact
ReplyDeletealamak jaoh la bro,sy dok selangor
ReplyDeletesalam bro... bracket evo dgn gsr memang lain eh, x bleh ngam eh?
ReplyDelete