bertemu lagi untuk diy menukar fuel filter injection. kebiasaannya fuel filter hendaklah ditukar pada setiap 50k mileage kerana kalau dah sumbat kereta boleh jerking, idling tak stabil dan pemanduan kereta apabila rpm tinggi rasa lemau sikit. sepatutnya bila dah capai 50,000 mileage segeralha tukar dengan yang baru. kedai spare part ada jual fuel filter ini dengan beberapa jenama seperti keluaran proton, bosch, paraut dan lain-lain lagi.
fuel filter injection wira 1.6 original proton. kalau kat spare part harga sekitar rm25 - rm30 sahaja manakala kalau di pusat servis proton harganya seperti yang tertera pada kotak tapi sudah semestinya kalau beli di SC proton barangnya adalah original. di kedai spare part belum tentu lagi barang original atau local kerana dari segi luaran memang nampak sebijik macam ori
kedudukan fuel filter dalam engine bay iaitu pada bahagian firewall di bawah clutch pump. anda boleh lihat kedudukannya berpandukan pada gambar di atas. untuk membukanya terlebih dahulu keluarkan air filter box, hose air filter dan paling penting jangan lupa cabut terminal negatif bateri. jangan main-main kerana semasa membuka hose fuel filter ini minyak petrol pasti akan keluar juga dan dikhuatiri berlaku spark akibat tidak membuka terminal bateri, habislah satu kereta. so, kena hati-hati untuk menjalankan diy ini
boleh lihat dengan jelas pada bahagian bawah pump clutch dan ada satu hose ke fuel rail. bahagian inlet fuel filter ini bersambung dari tank dengan menggunakan hose atau paip besi dan outlet dengan hose getah seterusnya ke fuel rail
terlebih dahulu buka nat 10mm kat fuel rail. sebelum tu pastikan terminal negative bateri dibuka bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, maklumlah main dengan petrol ni, bahaya sikit. saya paparkan di sini ialah enjin 4G92 MIVEC tetapi sama sahaja dengan mana-mana enjin keluaran proton
gunakan spanar 10mm untuk membuka hose kat fuel rail. semuanya da 2 biji nat pada fuel rail seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. sekarang buka nat bersaiz 14mm pada bahagian inlet fuel filter iaitu di bahagian bawah filter. perlu gunakan 2 spanar iaitu satu untuk menahan filter supaya tidak bergerak dan satu lagi spanar 14mm untuk membuka nat hose inlet. kalau dapat guna flare wrench lagi baik kerana bimbang sekiranya nat ini akan loose
gunakan spanar 10mm untuk membuka hose kat fuel rail. semuanya da 2 biji nat pada fuel rail seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. sekarang buka nat bersaiz 14mm pada bahagian inlet fuel filter iaitu di bahagian bawah filter. perlu gunakan 2 spanar iaitu satu untuk menahan filter supaya tidak bergerak dan satu lagi spanar 14mm untuk membuka nat hose inlet. kalau dapat guna flare wrench lagi baik kerana bimbang sekiranya nat ini akan loose
buka 2 biji nat 12mm lagi pada bracket filter yang diletakkan pada firewall kereta. gambar ini setelah fuel filter dikeluarkan. inlet fuel filter gunakan spanar saiz 14mm dan juga gunakan spanar 19mm sebagai penahan ketika membuka skru hose dari tank
$ads={1}
$ads={1}
ini outlet fuel filter, gunakan spanar saiz 19mm untuk membukanya
selepas outlet hose dibuka, pastikan dua washer digunakan semula semasa memasang pada filter baru nanti. kebiasaannya dalam kotak nanti akan ada 2 copper washer untuk digantikan dengan washer lama
buka braket dengan spanar 10mm
kepala hose yang masuk kat fuel rail, 2 bijik nat 10mm
ada tanda IN dan OUT kat fuel filter
setelah filter baru dipasang pada bracket dan hose, seterusnya sambung pula paip dari tank ke filter tadi. setelah siap sambung balik terminal negative bateri. on kunci dan off balik dan on sekali lagi dan start kereta. pada awalnya kereta mengambil masa panjang sikit untuk hidup sebab tak ada pressure minyak. kalau dah hidup segera cek balik kat mana-mana sambungan untuk memastikan tiada kebocoran berlaku. kalau bocor matikan kereta dan ketatkan tempat berkenaan
sekian, terima kasih
jumpa lagi
sekian, terima kasih
jumpa lagi
salam bang jeff,
ReplyDeletekat mana kita boleh dapatkan set oil filter ni? maksud saya housing dengan hosenya sekali? kedai potong atau spare part?. keta wira 1.3
kat kedai potong ada jual satu set
ReplyDeleteboleh lak abg carik yang ori atau ade brand ekk..kalau saya nasib2 jer...dorang anggap customer tak tahu beza...yang loyar pun dorang cakap bagus...heheheh
ReplyDeleteSaya dah try buat semalam...
ReplyDeleteBeli fuel filter kat kedai spareparts.. yang original proton tiada. puas mencari, pun tak jumpa. last-last beli jugak la yang local. rm16.00
susah jugak la. tapi puas hati.
minyak petrol dari tank memang kotor..
biasa kalau nak yang ori saya beli kat service center proton, mahal sikit lah. tahniah kerana berjaya menukar filter anda
ReplyDeletebang...ade berita buruk...gearbox auto saya...salah sorang pomen yang pernah saya antar keta dah buang magnet dalam oil pan dia..macam mana nak buat?ade jual ke magnet tu?atau ade solution lain macam beli ni..
ReplyDeletehttp://www.mudah.my/Filter+Plus+Pembersih+Minyak+Hitam+Gear+Box+4+cars-3583054.htm
guys nk tolong korang sket jk nk beli fuel filter
ReplyDeleteguys wanna help u out if ur looking for the fuel filter...he sells it cheaper than proton or spare part shop
http://forum.lowyat.net/topic/867878
anyway jeff 4th & 5th pic i'm not so clear as to where exactly do i unscrew...sila beri panduan...reply dlm BM pun boleh paham
gambar 4 dan 5 tu ialah tempat penyambungan hose ke fuel rail, hose dari fuel filter akan di sambungkan ke fuel rail dan di sini ada 2 nat bersaiz 10mm. perlu buka nak ini untuk mengeluarkan hose berkenaan, dalam gambar tak berapa clear nat itu
ReplyDeleteSalam abg Jeff..
ReplyDeleteSaya cuba buka nut bahagian bawah (in) fuel filter, tapi gagal.terlampau ketat.mungkin sebab sudah lama tidak diganti.ada jalan penyelesaian lain?
lagipun kedudukan fuel filter tersebut agak sukar hendak membukanya.saya menggunakan wira 1.6.
Sekian.
kena buka juga nat tu baru dapat kelaurkan fuel filter dan memang agak ketat. hati2 sebab nat tu boleh loose kalau guna tool biasa
ReplyDeleteTools apa yg saya patut gunakan nak buka nat itu? sebab nat tersebut pun dah mula cacat sikit.
ReplyDeletesaya guna spanar 14 untuk buka dan 19 untuk tahan fuel filter.
gunakan flare wrench, taip kat google image nak tengok rupa tool
ReplyDeleteabg jef saya dah tgk flare wrench dkt web,mmg ada khas utk fuel filter tu,tapi berapa harga n mana boleh saya dapatkan?
ReplyDeleteflare wrench boleh beli kat hardware, saiz 14mm dengan harga sekitar belas-belas ringgit
ReplyDeleteabg jef..fuel filter wira carburator duk kat mana?
ReplyDeletetlg jwb eak, kot abg jef x prasan..yg carburetor waner putih tue..kat engine bay gk..plastik jew.
ReplyDeletesblum bukak fuel filter,minyak ada kuar x abe jeff? ada x kene tutup memana bhgn saluran minyak sblm bukak fuel filter tu?
ReplyDeletesebaiknya buka pagi lepas kereta bermalam, pressure tak kuat sangat. buka dulu cap penutup yang isi minyak tu. minyak memang ada keluar tapi tak lah banyak sangat. tak per,u tutup mana-mana pun
ReplyDeleteok,thanks abe jeff..tp kalau tukar fuel filter tu,ada effect x dekat fuel regulator?kot² kene setting balik ke psi fuel regulator tu..maaf,hamba nie newbie sgt nie..
ReplyDeletetak perlu set apa-apa, just tukar fuel filter je
ReplyDeletesy pakai enjin mivec.. sama ke fuel filter wira dan mivec?
ReplyDeleteabg jef, fuel line inlet yg saiz 14mm tu boleh pusing ke masa tahan filter tu dgn spanar 19mm? tak patah ke? nmpk mcm line tu keras mati mcm tu je, mcm filternya yg nk kena pusingkn.
ReplyDeletefuel filte wira dengan mivec sama je. untuk pusing nat 14 tu tahan bahagian filter supaya nat dapat pusing dengan baik
ReplyDeleteKan kena buka terminal negatif bateri..so setting ecu tak lari ker?ke kena setting guna MUT lagi kat service centre?
ReplyDeleteSALAM
ReplyDeletetuan, saya ada nak tukar fuel filter di kedai tayar, masalah pomen di situ gagal buka nut di bawah (in) fuel filter menyebabkan nut tersebut rosak lalu diketatkan semula. adakah nut tersebut boleh ditukar lain? atau saya kena tukar semula piping untuk minyak tersebut? ada cara tak?mohon bantuan tuan...
salam abg jeff.,fuel filter + bracket utk wira 1.3, 1.5, 1.6 smuanya sama? kalau cabut fuse fuel pump tnpa cabut terminal negatif btry blh jugak kan?tq
ReplyDeleteSalam fuel filter 4g91 auto sama ka dengan wira 1.6 or 1.5 punya fuel filter
ReplyDeletefuel filter 4G91 sama dengan wira 1.6/1.8
Deletebro..nk tny pasal kelisa sy ni. dulu ada masalah wiring fuel pump. tp dh buat wiring ok balik. Mase bg kt pomen, die kate dia buang automatik fuel pump..dan skarang fuel pump bunyi bising dan xsenyap mcm dulu. fuel regulator meter pada 2.5. ape perlu sy tukar untuk jdkan balik fuel pump tu senyap ?
ReplyDeleteabg jeff..saya dah buka fuel filter..masalahnya skrg, nat d bhgn hos ssh nak buka...da cara nak buka kah..
ReplyDeletebaca dari atas bro..ada jawapan dsitu.
DeleteBawa kat kedai motor, suh diororg tembak ngan impact wrench
DeleteSalam bng gen2 pny kedudukan fuel filter kt
ReplyDeleteBwh sebelah tank minyak btl ke?
Salam abg jeff tumpang tanye sy honda civic so4.masalahnye ade ketika dan bukan selalu berlaku kereta akan mati sendiri masa tgh drive..sy perasan benda ni berlaku apabila pemanduan lama dan berhenti tanpa matikan enjin (macam hr tu masa kat penang tgh cr hotel dia meragam) bila stat enjin hidup balik tapi akan mati plak.kena tggu lama skit br blh jln balik.apa masalh ni ang jeff...
ReplyDeleteSalam, Abg jeff minyak dari tank keluar banyak tak
ReplyDeleteSalam cikgu. Nk tnya skit. Klau kreta sy 4g15 timing x stabil. Lpastu rev rpm 5 dia blow. Mcm tersekat rpm5 trus trun sndri rpm tu. Adkah fuel filter sy tersumbat? Nak raya ni kreta meragam. Truma ksih. Hrap cikgu bg respon scepat mungkin
ReplyDeleteSlalunya smpai 7rpm klau xsilap bru ada revcut.tp skrg ni rev ja smpai 5 blow. Klau atas highway maintain pun ad rsa semput2 skit. Tlg bg pndpat jp cikgu.
Delete