Proses Membuka Door Trim (Panel Pintu) Perodua Viva & Proton Wira

bersua kembali... atas permintaan rakan-rakan saya paparkan bagaimana cara nak membuka door trim viva dan door trim wira. pada asasnya lebih kurang sama kaedah untuk membuka kedua-dua door trim kereta ini, sebagaimana yang akan ditunjukkan di bawah. kereta lain pun lebih kurang sama sahaja caranya untuk membuka door trim cuma mungkin ada satu atau dua cara yang berbeza sahaja. konsep dan kaedahnya tetap sama

untuk door trim kereta viva, pertamanya buka dahulu skru door handle cover seperti mana yang ditunjukkan di atas

buka pula skru door handle

keluarkan handle atau mangkuk pintu

lepas tu barulah umpil door trim pada bahagian tepi

gunakan tangan sahaja untuk mengumpil door trim kerana hanya menggunakan klip sahaja untuk melekatkan door trim dengan panel pintu

seterusnya untuk menanggalkan door trim dari panel pintu angkat ke atas bagi mengeluarkan door trim

dah pun dapat dikeluarkan, hati-hati kerana wayar power window masih melekat kat door trim. unplug soket power window terlebih dahulu untuk menanggalkan door trim sepenuhnya dari panel pintu. siap....
$ads={1}
kereta wira pula lebih kurang sama je cara nak buka door trim, cuma skru kat sini lebih sikit dari door trim viva. terlebih dahulu buka skru pada bahagian tepi door trim

buka skru door handle

keluarkan mangkuk seperti di atas

buka skru pembuka pintu

keluarkan cover pembuka pintu

umpil cover kecik ini sebab ada skru di sebaliknya dan buka skru berkenaan

akhirnya umpil door trim dengan tangan seperti door trim viva di atas

unplug soket power window, selesai...

sekian, terima kasih
jumpa lagi

17 Comments

  1. kalau yang pintu sebelah driver tu sama juga ke caranya??

    ReplyDelete
  2. kalu pintu manual window roll, cm ne nak buka? pemulas cermin tu xtau cm ne nak buka

    ReplyDelete
  3. b.jeff,door trim etc 4g91 wiring tak ada boleh wat sendiri (anta kedai wiring) ke atau kena cari harness dia juga? tq

    ReplyDelete
  4. wiring pintu tak ada boleh sambung secara diy sekiranya soket untuk power window semua cukup

    ReplyDelete
  5. bukan aritu b.jeff ada nak DIY pasang /wiring power window ker?sebelum DIY compressor bearing..tak ada entry b.jeff?

    ReplyDelete
  6. belum pasang lagi, tak sempat masa nak buat wiring

    ReplyDelete
  7. kereta sy viva da 3 hari tersadai . terkunci dr dlm. mcm mana cara buka? bonet engin sy ble buka. n sy pakai alam.

    ReplyDelete
  8. kereta sy viva da 3 hari tersadai . terkunci dr dlm. mcm mana cara buka? bonet engin sy ble buka. n sy pakai alam.

    ReplyDelete
  9. bro jeff tumpang tnye skit...kalu nak replace door lock knob(dah patah) & aircon outlet sblh kiri (rosak) utk wira, kena buka door trim atau boleh umpil je? takut ade screw ke pe....t.ksh

    ReplyDelete
  10. Hai din... tombol.window blkg nyer ader klip. Kene keluar kn klip nyer dahulu.

    ReplyDelete
  11. terima kasih tacra diy garage sangat membantu sy mmg ade prob pada cermin sebelah kiri so nk bkk sendri door trim x tahu mna nk mula

    -wira aeroback se-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam encik bagaimana nak menganti cabel door lock perodua viva sebelah drive

      Delete
    2. salam encik bagaimana nak menganti cabel door lock perodua viva sebelah drive

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors