kerosakan conrod bearing boleh dikesan dengan mendengar bunyi knocking yang agak kuat semasa tekan throttle ketika idling sekitar 3k rpm dan ke atas. knocking ini boleh didengar dengan jelas pada bahagian tengah-tengah blok enjin kereta. apabila ada tanda-tanda macam tu bermakna bersedialah untuk menukar connecting rod bearing yang baru. kalau dibiarkan lama kemungkinan boleh merosakkan crankshaft dan ini akan menyebabkan crankshaft terpaksa di polish atau diskim balik yang menyebabkan saiz bearing nanti tidak lagi menggunakan saiz yang standard. conrod bearing terdapat di kedai spare part dengan beberapa jenama yang tertentu manakala bagi yang hendak menggunakan bearing yang lebih tahan lasak bolehlah memilih jenama ACL atau pun KING di samping beberapa jenama lain yang terkenal lagi
kali ni kena kerja di bawah kereta, pastikan anda menggunakan jack stand kiri dan kanan kereta untuk langkah keselamatan kerana kemungkinan hydraulic jack boleh berlaku kerosakan bila-bila masa sahaja. malang tidak berbau dan beringatlah sebelum kena. oleh itu sentiasalah beringat sekiranya kerja di bawah kereta selalulah menggunakan jack stand. crossmember dan downpipe exhaust pun kena buka sekali. akhirnya barulah boleh buka oil pan/oil sump. gambar atas ialah oil pan aluminium mivec
sementara menunggu kerja seterusnya, saya cuci dulu oil pan tadi dan hasilnya seperti gambar di atas, bersih kan. untuk memasang conrod bearing tak perlu turunkan enjin pun kerana pemasangannya boleh dilakukan melalui bawah kereta sahaja. head enjin pun tak perlu buka
ini ialah lower oil pan mivec, yang aluminium tu upper oil pan, oil sump atau oil pan mivec ada dua lapis seperti yang telah saya nyatakan tadi. cuci sampai bersih dan saya spray dengan cat hitam agar nampaklah baru sedikit walupun sebenarnya usianya dah tua
penyedut minyak hitam atau istilahnya ialah oil screening dan baffle plate kat oil pan. peranan baffle plat tu tak pasti pulak, mungkin minyak turun dari head akan jatuh atas baffle plate ini dulu sebelum masuk ke dalam oil pan
2 hari baru sampai barang. saya memilih rod bearing ACL jenis heavy duty dengan harga seratus lebih. kalau kat spare part bearing 4G92 brand TAIHO JAPAN hanya berharga rm45 sahaja. ACL sesuai lah bagi yang selalu hi-rev, tahan sikit. nak lagi cantik boleh ambil ACL race series yang kotaknya berwarna perang atau pun boleh ambil brand KING atau brand lain yang setaraf dengannya
bila oil pan dibuka nampaklah crankshaft seperti di atas. pusing crank sehingga conrod cap betul-betul berada di bawah untuk menyenangkan proses membuka nanti. kerja agak sukar sedikit kerana kereta tak betul-betul tinggi, cuma saya gunakan jack stand sahaja, kena lah terlentang di bawah kereta
conrod cap telah dikeluarkan, untuk bearing bahagian bawah begitu mudah sekali sebab dapat keluar bersama cap conrod tapi untuk bearing bahagian atas kena tolak sikit conrod tu bagi naik atas dan keluarkan bearing. jangan terlalu ke atas sangat nanti ring piston akan terkeluar daripada silinder blok dan ini akan menyukarkan untuk masuk kembali, kena buka head lah pulak jawabnya. tolak piston ke atas sekadar dapat mengeluarkan rod bearing sahaja
$ads={1}
$ads={1}
ACL bearing yang akan dipasang pada cap conrod, kena letak minyak hitam dulu supaya tidak kering masa pasang nanti
tekan bearing sehingga betul-betul rapat, perhatikan ada marking untuk kemasukan bearing kat sebelah kanan tu. semasa memasang nat nanti perlukan torque wrench dengan kadar 14ft.lbs atau 20Nm pada setiap nat. lepas tu pusing nat dengan spanar biasa sebanyak 90 darjah atau suku pusingan, kena marking kat nat menggunakan liquid paper supaya darjah pusingan tidak terlebih. dah selesai pemasangan bearing pada conrod
gunakan permatex ultra grey sebagai sealant untuk memasang oil pan. ta perlu gunakan gasket kertas atau sebagainya. memadai dengan hanya menyapu sealant ini pada bahagian tepi oil pan. alur oil pan seperti di atas juga hendaklah diletakkan gam gasket ini supaya tidak berlaku kebocoran minyak nanti apabila dipasangkan semula pada kereta
upper oil pan telah dipasang, torque nat sekitar 24Nm sahaja mengikut manual mitsubishi dan jangan lebih daripada itu kerana dikhuatiri nat atau thread akan loose, susah pulak kerja nak buat thread baru nanti. kena gunakan torque wrench agar ikatan nat menjadi sekata dan tidak senget dan tidak mudah bocor
pasang pulak lower oil pan pun mengikut torque yang betul pada nat ini. boleh rujuk entri mengenai torque terhadap setiap nat pada enjin pada entri lain. saya masukkan khusus setiap torque pada nat untuk memudahkan kita merujuk dan menggunakannya apabila diperlukan
ini rupa bearing yang dah rosak. untuk conrod piston no.2 dah terlalu teruk haus sehingga nampak cooper, sebab tu ada bunyi knocking kuat, nasib crank masih lagi ok dan kalau crank
susunan rod bearing yang dikeluarkan, dah sampai masa untuk diganti akibat wear & tear
fuh...mmg otai diy...
ReplyDeletebro tacra.kalo nk tukar piston ring guna cara ni leh x?
kalo buang gearbox n crankpulley, leh trunkn crankshft x?kalo leh buka crnkshft, leh la buang piston kan.
atau pon guna cara ni.
buka conrod cap.buka head atas.kuarkn piston dr atas..mana lg mudah?
kalau nak turunkan crankshaft melalui bawah boleh, tapi kena buka gearbox, flywheel, housing tepi flywheel dan oil pump, crank berat tu.
ReplyDeletekalau nak tukar piston ring memalui atas bulih buka cap rod dan buka head atas, lagi mudah dengan cara ni, piston boleh buang dari atas
kete saye kuat bunyi knocking pada rpm 4k...adekah tu tande2 conrod bearing nak jem....
ReplyDeleteupah pasang brape abg jef?
owh...tq2...
ReplyDeletefuhhh...saye pun pernah kena macam...rpm ke 3k mula keluar bunyi...hantar pomen kena la dalam rm180 lebih kurang..
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteminta tumpang tanya. saya guna enjin mitsu v6 1.6,
kalu pagi2 start mesti bunyi knocking kat area antara blok. tu ke bunyi conrod bang? tp dia ilang bila enjin da panas.
saya tanya kat bengkel, dia kata biasa bunyi tu. tp kan la bunyi tu mmg ada dlm production mitsu?
betul tu kot nor, conrod bearing kong
ReplyDeletev6 1.6, rasanya tu buka bunyi conrod bearing, tu bunyi tepet kot, sebab bila panas minyak dah naik ke atas, bunyi tu hilang, biasa macam tu...
kalau tukar kuning punya acl pun abg tambah skit je lg...dlm rm240..tuk conrod bearing..sy le tolong amikkn
ReplyDeleteConrod ngn main bearing berapa harga bang?
Deleteo ye ke... takpelah saiful, dah masuk yang ni. lain kali bolehlah tolong saiful belikan dan pos ke terengganu
ReplyDeleteKedai di mana jeff tacra
DeleteKedai di mana jeff tacra
Deletesalam..nk tnya kt mana order bearing ni?
ReplyDeletekalau yang biasa brand TAIHO japan ada jual kat kedai spare part, kalau yang performance macam king atau acl saya beli online kat ZTH
ReplyDeleteassalamualaikum . bos. bgmana nk tahu limit clearance crankshaf bearing. klu mggunakan plastigage. bpe limit bacaannya
Deletebleh bg thread kt zth 2?kira nk pkai brand acl ni jgk nmpk mcm bgus je.thanks
ReplyDeletetak ingat pulak link, try cari seller nama wira tak laju
ReplyDeletebang... mivec punye conrod bearing ni kene tuka ikut time or tuka time dah barai je? risaw kan sang mivec saya lah... beli dari tgn orang, tataw dah tukar ke tak... kalau tanye owner lama, sume die ckp die tukar.. hahahahah.... bunyi tu knocking yg jelas ke.. camne bunyi tu eh..
ReplyDeletetakde masa tertentu untuk tukar, kalau dah menunjukkan tanda macam knocking bila rev 3k rpm dah sampai masa kena tukar. memang bunyi jelas kat bahagian tengah enjin
ReplyDeleteohhh ok... saya rasa takde bunyi knocking tapi ade bunyi cam rattling.... cam bunyi bende bergetar... hanya jadi time merembat ngam2 b4 mivec bukak..time idle tak bunyi... poning dah tataw bunyi apa... tapi kalau pasang aircon n tak bukak cermin.. bley dgr dari dlm gak... bunyi cam bende bergetar ahh..takot2 bende conrod bearing ni je...sebab kalau barai lah bende ni, botak kepala nih.....yg best nye, time bwk pomen nek keter, die tamo lak jadi.. time sorang2 bukan men seronok lg dia bunyi... hahahahahha.....
ReplyDeleteanyway bro.. blog ni baik.. keep it up to date!!
bering nie seratus lebih utk satu set ke atau satu pasang bering (utk 1 piston)
ReplyDeleteharga tu untuk satu set iaitu bagi keseluruhan conrod bearing
ReplyDeletemaksud tolak conrod keatas tu mcmana bang? pusing ke mcmana? kot2 kan terlebih tolak..bearing bleh termasuk dlm henjen x mau2 keluar plak kang...
ReplyDeleteboleh jadi ke kes gtu?
tolak conrod ke atas untuk memudahkan memasang bearing kat conrod. kalau tak tolak memang tak dapat pasang kat situ. tolak agak-agak je...
ReplyDeletesalam bro jeff.. tumpang tanya skit.. bole ceta bab lifter mivec x.. apa akan jdi dh mula stat bunyi... apa efek dia.. kalo biar xpe ke.. pasal keta saya dh mula ada bunyi bunyian itu.. kdg kuat.. kdg pelan.. kdg senyap... ponin aih...
ReplyDeletelifter mivec boleh setting balik sebab buka hydraulic lifter macam gsr atau 4g91
ReplyDeletesalam. nak tanye la. klu nak skim flywheel macnist 2 buang muka flywheel 2 ke or buang kat len. nak tau.
ReplyDeleteskim flywheel biasa buang kat bahagian belakang flywheel...
ReplyDeletetq bro jeff. coz nanti nak bt kat flywheel perdana, dah msuk kat wira, tp gear 4 n5 berat ckit, cm xde pikap. ape pendapat abg jeff
ReplyDeletekena skim lah sikit, baru pickup dan top ada
ReplyDeletekne buang byk mane 2 bro. x tau ar bro. newbie
ReplyDeletesalam bro jeff..kos pemasangan ganeral overhaul biasa berape?
ReplyDeleteSalam abg jeff, berapa kos tukar conrod bearing ni? Btul ke kos dia sama je dgn tukar enjin seketul. Saya pakai enjin 4age silvertop....
ReplyDeleteTakkanlah tuakr conrod bearing sama dengan tukar seketul enjin. Conrod bearing harga sekitar rm50-rm500 selebihnya upah pomen
ReplyDeletekalo selalu main rev tinggi 8-9k prob utk conrod bearing barai senang x?
ReplyDeletetak jadi masalah kalau nak hi-rev dengan syarat minyak hitam cukup dan dapat disupply ke bearing enjin. cara pemasangan bearing pun kena ambil kira iaitu berapa clearance bearing tersebut diukur dengan plastigauge
ReplyDeletesalam abg jeff, crankshaft tu kena skim dulu x sebelum pasang bearing baru? ade pomen ckp, kalu x skim, xtahan lama... 6 or 7 bln, out balik bearing tu....btul ke bang jeff?
ReplyDeletebjan187 - askum bro jeff, bearing conrod tu kalu kita nak tukar, size standard balik ke? saya ada pergi kedai sparepart, dia kata u mahu apa size? bearing conrod tu ade saiz2 dia ke bang? takut salah beli je nanti ni. hrp bro jeff dpt membantu. tq.
ReplyDeletebiasa ada macam-macam saiz sebab kalau crank dah makan kena polish balik dan sudah tentu saiz tak sama seperti asal, kena tahu saiz berapa nak pakai. kalau kita just tukar bearing je tanpa ada buat apa-apa pada crank gunakan STANDARD size
ReplyDeletebang jeff, leh x4g92p pakai oil pan mivec yang aluminium 2?
ReplyDelete4G92P boleh pakai oil pan mivec aluminium, tak ada masalah
ReplyDeletesalam. ape sebenarnye function baffle plate 2 bang jeff??
ReplyDeleteKalau nk tukar piston rod atau rod bearing, enjin memamg tak perlu angkat keluar kan? Kenapa mekanik kat rumah I kata kena angkat keluar enjin? Kalau kena angkat keluar enjin baik aku tukar enjin..
ReplyDeletenak tukar conrod bearing tak perlu keluarkan enjin, boleh buat melalui bawah kereta je. kalau keluarkan enjin kos jadi mahal lah pulak. baik general overhaul terus kalau dah keluarkan enjin
ReplyDeletetukar bearing conrod ni xpayah fit dulu ke??
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteSy serius memerlukn bantuan. engine sy ade bunyi seleps lmbt isi minyk hitm(sebelum tu cek kering hbs!) pomen ckp bearing kene tuka. berpe anggaran kos total baiki ? pomen ckp 800 , ok ke??
ade tk cre lain yg boleh cut kos? cth overhaul sdh tentu mkn ribu...
ReplyDeleteenjine wira manual 1.3.
ReplyDeletesalam. nk tnya same ke cara nk buat kt smau jenis kreta???
ReplyDeletesalam,..abg jeff,..nk tnye skit bpe ikatan tourqe con rod bearing wira,..ikatan tourqe head wira dan juga ikatan tourqe cranksha,..da lupe la hehe
ReplyDeleteharap dpt membantu
dalam entri blog ada mengenai torque setiap nat pada enjin wira/mitsu, try search balik
ReplyDeletebro,kete sya bru je tukar conrod bearing,pas sume siap,engine kene tuning balik ke,tukar bearing conrod sje dgn valve stem..ecu motec m800
ReplyDeletebro,kete sya bru je tukar conrod bearing,pas sume siap,engine kene tuning balik ke,tukar bearing conrod sje dgn valve stem..ecu motec m800
ReplyDeleteSalam bro jeff...kete saye da start ade bunyi knocking tu..kuat bunyinye..masih selamat ke kalo saye nk drive bawak ke bengkel? Dari pj ke shah alam..
ReplyDeletebro conrod bearing klu pasang jemm.. apa masalah ek... minta pendapat enjin 4g91
ReplyDeletesalam abg jeff ,sekira bearing conrod lambat ditukar setelah mengeluarkan bunyi,ada apa2 effect??thanx
ReplyDeleteSalam abg jeff.. Nak bertanya.. Saya pernah tukar conrod bearing. Skrang tgh pakai acl bearing.. Bila bawak dlm sekitar kelajuan dlm 100kmh... Ader bunyi macam lifter... Bila lepas pedal.. Dia senyap... Adakah bunyi tu dari conrod... Enjin 4g93...
ReplyDeleteas salam tuan..just nak dptkn pandangan..setelah tukar bearing rod..bunyi masih ada lg..adakah ada kerosakan dari Crankshaft?
ReplyDeleteKalo harga piston kancil 1 set brape bleh dapat ek
ReplyDeletesalam jeff ..kalu nok tukor rim piston nok wat gane kene tolok piston ke atas or buang kot bowoh
ReplyDeleteasslam abang..saya nk tanye sikit..klau crank shaft saya ada calar kt piston num 4..boleh x kalau saya nk gosok pakai kertas pasir halus...n x perlu hantar polish...?
ReplyDeleteasslam abang..saya nk tanye sikit..klau crank shaft saya ada calar kt piston num 4..boleh x kalau saya nk gosok pakai kertas pasir halus...n x perlu hantar polish...?
ReplyDeleteTmpg tye,,kalo tukar conrod kne set timing belt smle ke xyh?wira 1.5 dan 1 lg,,conrod tu kne ketat pakai torque wrench ke pakai manual je?
ReplyDeleteTmpg tye,,kalo tukar conrod kne set timing belt smle ke xyh?wira 1.5 dan 1 lg,,conrod tu kne ketat pakai torque wrench ke pakai manual je?
ReplyDeleteSalam abg jeff.. Perlukan prtolongan sgt2 nie, nk tnya nie, crankshaft yg dah haus kt conrod tu ble skim lg ke guna piston standard blik.. Enjin wira 1.3 crankshaft 1.6
ReplyDeleteTolong2 dulu ya abg jeff ..tq
ReplyDeleteKalau enjin kancil perlu turun enjin ke
ReplyDelete