Pemasangan Aluminium Radiator Double Layer

petang tadi tak semena-mena ada projek diy lagi iaitu memasang aluminium radiator pulak. kali ni pasang kat kereta sendiri, nak merasa bagaiamana memakai radiator aluminium ni. barang sampai tengah hari tadi yang diorder dari KL. saya ambil jenam DnD sahaja dan saya sendiri pun tak tahu menahu pasal brand ni. bila diteliti memang finishing sangat memuaskan hati, weld yang dilakukan boleh dikatakan agak bagus juga hasil kerjanya. tidak ada kesan-kesan kasar pada kerja-kerja welding, tambahan pula dengan bentuknya yang nampak menariklah juga

aluminium radiator brand dnd, tak tahu made in mana dan mungkin keluaran tempatan kot. harganya sekitar rm450. kalau nak murah boleh ambil brand JASMA tetapi ini juga keluaran malaysia dan bukannya jasma jepun. kalau di jepun sebut jasma ialah sebuah badan khas yang mengawal sistem bunyi ekzos agar mematuhi piawaian tertentu. tetapi di negara kita brand jasma merupakan sebuah jenama untuk peralatan aftermarket kereta. so pilihan di tangan anda

sebelum buka radiator kena drain dulu coolant lama iaitu dengan membuka drain nat yang warna putih tu, ada kat bahagian kanan bawah radiator area timing belt. buka juga radiator cap untuk memudahkan pengaliran keluar coolant lama. mungkin agak ketat sikit drain nat ini akibat lama tak buka

inilah tempatnya untuk nat drain tadi. coolant akan keluar melalui lubang ini tapi bukan semua yang keluar, masih ada lagi coolant di dalam blok enjin. yang keluar hanyalah dalam radiator sahaja

buka nat 10mm dan cabut hose radiator atas dan bawah. kalau bahagian atas senang sikit sebab memang nampak dan mudah dicapai tetapi bahagian bawah tu tak nampak. kalau jack kereta tinggi sikit bolehlah membukanya melalui bawah kereta. saya tak jack pun, hanya melalui atas enjin bay ini sahaja pun dapat buat

begitu juga dengan nat radiator fan ini, bahagian atas memang mudah tapi nat bahagian bawah kiri dan kanan fan ni susah sikit sebab tak nampak dan ditambah pula dengan ruang yang sempit. tapi apa pun kena buka juga untuk memudahkan anda mengeluarkan radiator lama nanti. satu perkara harus diingatkan ialah jangan lupa unplug soket radiator pada bahagian bawah radiator sebelah kiri. jangan main tarik je nanti kemungkinan wire pulak boleh putus, banyak kerja pula yang perlu dibuat 
$ads={1}
buka bracket kiri dan kanan atas radiator, nat saiz 12mm dan keluarkan radiator dengan mengangkat ke atas. hati-hati jugak takut fin radiator sangkut kat mana-mana dan boleh merosakkan fin tersebut. lagi parah sekiranya fin bocor, sudah tentu tidak akan dapat digunakan lagi pada masa akan datang

dah nampak kosong tanpa radiator. perhatikan bracket bawah radiator tersebut, nampak ada dua bracket dan sangat dekat antara satu sama lain. sebenarnya ini kereta 1.5 dan bracket radiator hanya dibuat untuk radiator pendek sahaja. kalau nak pasang radiator panjang nanti bracket tak sampai pada hujung radiator sebelah kiri, so saya tambah bracket lain yang diambil daripada kereta lain. nak pasang mudah je tapi pandai-pandailah nak buat ye. barulah radiator panjang yang dipasang nampak tegap dan tidak senget. tapi walaupun tak tambah bracket lain, radiator panjang tetap boleh dipasang kat kerata 1.5/1.3

pasang radiator aluminium, pasangkan juga bracket, hose dan lain-lain. nampak lebih berseri sikit dengan radiator aluminium

dah siap pasang pun... radiator aluminium ni cepat panas dan haba dapat dikeluarkan dengan berkesan daripada badan radiator tersebut, dan juga cepat sejuk

masukkan coolant dan selebihnya tambahkan air sampai penuh. saya menggunakan coolant toyota yang sekarang berharga rm20.00 sebotol, dah naik harga sekarang kerana seingat saya beli dua tiga tahun lepas hanya rm18 je. kalau enjin DOHC ada satu nat 12mm belakang blok enjin yang terletak pada hujung paip air, nat ini untuk keluarkan angin semasa kita mengisi atau menambah air radiator. sebaiknya buka nat ini dan tambah air pada mulut radiator. sekiranya air keluar melalui lubang nat ini cepat-cepat tutup nat tersebut

pandangan depan aluminium radiator, nampak agak tebal daripada double layer standard proton atau mitsubishi. sebab itulah condenser fan sebaiknya dipasang pada bahagian hadapan dengan menggunakan condenser fan evo, lagi mantap sebab dah direct kena condenser. kalau pasang kat belakang mungkin sangkut sikit dengan radiator aluminium ini, tambahan pula ruang menjadi bertambah sempit dan akan menjadi masalah bila nak buka oil filter

masukkan air secukupnya dan panaskan enjin sehingga kipas radiator berpusing. pastikan tiada kebocoran berlaku terutamanya pada ikatan hose, drain nat dan juga perhatikan radiator itu sendiri mana tahu kan, takut ada kebocoran

radiator double layer saya dah ada buyer menunggu, sekaligus tadi diy juga telah dijalankan pada sebuah kereta yang lain untuk menukar dari single layer ke double layer

sincerely: jefftacra

24 Comments

  1. bape rial ser nih..?
    napok mcm brand baru...


    abe jepp, kalu sumbat dia buat cam mane nih..?
    ade ubat ker atau dia beLah radiator nih.?

    ReplyDelete
  2. sempat jugak pegi tengok sesi DIY ni tadi..

    ReplyDelete
  3. abg jep...

    sebelum running jejauh kena cek dulu host ekon tu..ade member pakai aluminium rad. ni dia nye kompressor ekon dia kaput. punca host ekon tu rapat ngan rad. (bergetar patah kat bracket host belah compressor).

    mivec nye host (compressor ke kondessor)tu dia lagi besor dari 1.8. jangan kasi patah ooo.. susah mau cari, kena kastem laks nanti.. hihihih

    ReplyDelete
  4. tq kerana bagi peringatan
    so far dah cek segalanya tadi, hose ekon tak kena dengan radiator, cuma kipas radiator pakai yang evo, besar sikit, so tadi dah grind kat bracket kipas yang kena kat mounting depan. dah double check takde apa-apa yang sangkut dah

    ReplyDelete
  5. salam abg jep brape harga tu

    ReplyDelete
  6. review sikit pasal radiator aluminium ni
    temp meter ok even rembat sampai 7k lebih rpm tadi. biasa kalau radiator biasa sampai rumah park depan porch kipas terus pusing agak lama. tapi lepas jalan dan rembat sikit2 tadi sampai rumah kipas tak pusing lagi dan saya tunggu lama sikit baru kipas pusing, berhenti pusing dalam tempoh yang singkat sahaja. kira ok lah juga aluminium radiator ni

    ReplyDelete
  7. brand boleh tengok kat sini http://www.dragndrift.com/

    ReplyDelete
  8. Rega yg dia tunjuk dlm tu siap pos ke cemana?

    ReplyDelete
  9. call dia direct jai, harga dapat kurang lagi

    ReplyDelete
  10. apa beza single layer ngan double layer

    ReplyDelete
  11. single layer nipis je, double dua kali ganda tebal. double lebih baik lagi sistem penyejukkan dari single dan bukan bermakna yang single tak bagus

    ReplyDelete
  12. berapa liter air bila dah pakai radiator aluminium tu abg jeff..
    klu jasma nyer hampir 4.5 liter

    ReplyDelete
  13. entahlah boost, tak sukat pulak berapa liter air digunakan

    ReplyDelete
  14. Salam.Skrg utk iswara tgh pakai Alum radiator.
    Tapi mcm ada yg tak kena.Temperature tinggi skit dari yg sebelum ni.Sensor temp pun cepat rosak.Kenapa?

    ReplyDelete
  15. salam... condensor nye kipas kne letak kat dpan ek? mcm mane mau custom?

    ReplyDelete
  16. coolant pakai satu botol aje ke bro?belen pakai air suling ea?

    ReplyDelete
  17. coolant satu botol je dan selebihnya saya gunakan air mineral yang dibeli kat GIANT

    ReplyDelete
  18. salam bro jeff. sy guna satria 1.5 dan kebetulan kipas radiator br je rosak. blh x kalau sy beli kipas dan motor brand denso dan plug n play je guna wiring sama sbb skrg sy guna brand bkn denso yang oem proton nye. tq

    ReplyDelete
  19. kalau ngam dengan housing fan tu bermakna bolehlah masuk, wiring boleh buat

    ReplyDelete
  20. Salam bro jeff, sy baru tukar double layer radiator tapi mengalamai masalah kebocoran disebabkn skru yng terikat di condenser tercucuk pada radiator. ikut pengalaman abg apakah yng sepatutnya saya buat... kena subframe atau mmg kena mod pada condenser tersebut..? Harap abg dapat bantu dan beri pendapat...

    ReplyDelete
  21. salam bro.saya ada terjumpa,satria pakai radiaotr ek9 skali dengan kipas,ok ker pakai radiator tu,

    ReplyDelete
  22. Salam Abg Jeff...

    Nak tya pendapat abg Jeff, fan switch dgn termostat dh tuka, tp bila sampai waktu, kipas tak jalan, Naper yerkk... Tp bila buat bypass, kipas jalan elok.. Ada idea tak kenapa jadi mcm nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum abg jepp, nk tya klu rad ni tersumbat mcm mna nk bt ?

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post

in article

Visitors