sistem braking kereta amat penting untuk menjamin keselamatan terutamanya semasa membrek. oleh hendaklah kita selalu memeriksa sistem brek kereta kita agar dapat beroperasi dengan cemerlang demi keselamatan kita dan keluarga kita. entri kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar hose brake standard ke braided brake hose yang boleh memantapkan lagi sistem braking kereta. ramai orang mampu upgrade enjin tetapi aspek braking selalu dilupakan dan diambil mudah. braided hose tidak akan mengembang walaupun hard braking jika dibandingkan dengan hose standard. bukan tak boleh pakai hose standard tetapi sekiranya menggunakan braided hose boleh menambahkan lagi kemampuan brek kereta kita
jalan-jalan kedai potong jumpa hafkat evo3 dan ternampaklah braided hose, apa lagi rasa berkenan dan setelah tawar menawar akhirnya jadilah milik saya. harganya boleh dikatakan mampu milik jugak. kebiasaanya ada tokey halfcut tak nak jual secara berasingan hose brake ini, selalunya jual satu dengan sistem brek atau pun jual pakej halfcut terus. pandai-pandai lah kita pujuk tokey supaya dapat jual apa yang kita kehendaki secara berasingan. banyak juga runner halfcut yang menjual braided hose brake ini. selalu lah belek atau tengok-tengok sama ada dalam FB atau mana-mana blog yang menjualnya secara online
inilah satu set braided hose brake setelah dibuka daripada kereta halfcut. satu set kesemuanya 4 unit untuk hadapan dan belakang kereta yang menggunakan keempat-empat sistem disc brek. kala yang menggunakan drum brek di belakang dan ingin menggunakan braided hose, ada jual di kedai performance yang dikhaskan untuk drum brek, kerana hose belakang agak berlainan sedikit dengan yang menggunakan disc

brand SFIDA dari hafkat EVO3 made in japan
cuci dahulu untuk menghilangkan kotoran terutamanya minyak. tak nak cuci pun tak apa, tak ada masalah. boleh terus pasang pada kereta kita. semasa mencuci pastikan bahagian saluran hose tidak dimasukki air
tutup dahulu hujung hose supaya tidak dimasukki air
$ads={1}
proses membuka hose asal dijalankan, gunakan flare wrench saiz 10mm. flare wrench digunakan supaya nat pada hose minyak brek ini tidak haus atau loose. masa buka nanti minyak brake akan keluar dan jangan risau sebab hanya sedikit sahaja yang keluar
buka nat saiz 14mm kat caliper dan pada masa ini minyak brek akan mulai keluar. so, untuk elakkan kekotoran pada tempat kerja anda maka bolehlah alas dengan apa-apa bahan
pasangkan braided hose dan ikat dengan sebaiknya bagi mengelakkan kebocoran nanti
hose belakang yang siap dipasang
hose depan pun dah siap
setelah semuanya siap jangan lupa tambah minyak brek dan proses bleeding hendaklah dijalankan bagi menghilangkan buih-buih angin yang ada dalam hose. KLIK SINI untuk mendapatkan cara-cara yang perlu dilakukan untuk proses bleeding sistem brek kereta anda
sincerely : jefftacra
sincerely : jefftacra
kenapa tak cabut tien tu sekali.. heheheh
ReplyDeleteTEIN tu tak mampulah nak pakai
ReplyDeletebohh..paka bubuh gitu ko hos tuhh
ReplyDeletebulih pnp ko...
lamo kee.. keno modi..
berape rego bendo tuhh
plug & play je, tak perlu mod apa-apa. harga kalau biasa macam pro rs hampir rm300 satu set. yang tu saya dapat kat halfcut dengan harga rm150 satu set
ReplyDeletefuh...muroh doh tu...
ReplyDeletemesti brek lagi mantap
abg jeff..hose brake evo ngn proton satria gti sama ke saiz panjang pendek nye?
ReplyDeletehose brake evo dengan satria gti lebih kurang sama sahaja, boleh masuk antara keduanya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteada perbezaan ketara tak bila guna hose nih?, worth it tak kalau pasang?, saya baru plan nak pasang...