kali ini dipaparkan bagaimana cara untuk 'smoke' headlamp wira. kaedahnya sama sahaja dengan headlamp kereta lain tapi bagi kereta wira kena berhati-hati sebab headlamp tu kaca, kalau plastik susah pecah, kaca kalau silap step sikit boleh menyebabkan cermin tu crack dan mudah pecah. hal ini berlaku semasa mengumpil cermin tu untuk memisahkannya daripada housing headlamp. risiko adalah menjadi tanggungjawab sendiri. kalau di kedai memang ada dijual headlamp yang dah siap semoked iaitu headlamp proton wira SE sama ada keluaran original proton mahupun yang local, kalau ori dah tentu mahal, local murah sikit tapi lebih murah dan jimat sekiranya kita dapat diy sahaja, tak perlu bayaran yang tinggi cuma perlukan cat spray sahaja, kalau yang biasa berharga rm5 untuk 1 tin manakala kalau yang high temp berharga sekitar rm15.00 satu tin. saya cadangkan gunalah yang high temp memandangkan lampu kereta biasanya agak panas daripada haba bulb yang dikeluarkan, tambahan pula jika menggunakan bulb 100 watt, bertambahlah habanya dua kali ganda daripada bulb standard 55 watt
seperti biasa inilah peralatan yang digunakan iaitu hairdryer made in kedai maidin, harga cuma rm35 sahaja. nak mantap lagi boleh gunakan hot blower gun tapi harga gak mahal sedikit jika dibandingkan dengan hari dryer
panaskan keliling headlamp dengan menggunakan hairdryer sehingga betul-betul gam menjadi panas dan gam berkenaan mula mencair. perkara ini dilakukan untuk memudah kerja memisahkan cover depan dengan housing headlamp berkenaan. gambar menunjukkan kaca telah berjaya dipisahkan. masa panaskan dengan hairdryer gunakan skru driver leper cungkil perlahan-lahan untuk memisahkan kaca headlamp tersebut. jangan gopoh kerana kaca memang mudah pecah jika dibandingkan dengan headlamp plastik
panaskan keliling headlamp dengan menggunakan hairdryer sehingga betul-betul gam menjadi panas dan gam berkenaan mula mencair. perkara ini dilakukan untuk memudah kerja memisahkan cover depan dengan housing headlamp berkenaan. gambar menunjukkan kaca telah berjaya dipisahkan. masa panaskan dengan hairdryer gunakan skru driver leper cungkil perlahan-lahan untuk memisahkan kaca headlamp tersebut. jangan gopoh kerana kaca memang mudah pecah jika dibandingkan dengan headlamp plastik
gunakan masking tape untuk menghalang bahagian tengah reflektor dari terkena cat. sebelum spray cat saya tak gosok pun dengan kertas pasir, cat daapt melekat dengan baik walaupun tidak berbuat demikian. tapi ada setengah orang gosok dulu dengan kertas pasir 1000 grit untuk memudahkan cat melekat dengan baik pada permukaan reflektor
$ads={1}
dah siap cat kat bahagian tepi reflektor dan dah jadi sama seperti headlamp wira SE. tunggu seketika sehingga cat menjadi kering dan sebaik sahaja kering iaitu tunggu lebih kurang 15 hingga ke 20 minit barulah boleh mula pasangkan kembali cermin pada housing headlamp. panaskan balik gam pada sekeliling headlamp agar gam menjadi lembik dan cair, kemudia lekapkan semula cermin pada housing sehingga betul-betul rapat. lepas tu bolehlah pasang semula klip headlamp antara kaca dengan bahagian belakang headlamp
cek balik di sekelilingnya agar kelihatan cermin betul-betul rapat kerana kalau tidak rapat kemungkinan berlaku kebocoran dan mudah dimasukki air, dah jadi dua kali kerja pula untuk membuka dan letakkan gam baru. anda juga boleh menambah sedikit gam cermin iaitu windscreen sealant untuk memastikan cermin betul-betul kedap pada housingnya
inilah hasilnya setelah penat lelah yang kita lakukan. walaupun penat tapi kita boleh tersenyum lebar setelah melihat hasilnya yang cantik dan menarik. kepuasan terserlah pada diri kita sendiri
pasangkan balik pada kereta sebagaimana pada asalnya. saya tak buka pun bumper ketika proses mengeluarkan headlamp ini. hanya tarik sedikit bumper ke depan dan keluarkanlah headlamp, cara ini agak susah sedikit tapi sebenarnya boleh je keluarkan headlamp tanpa buka bumper
sincerely
jefftacra
salam...
ReplyDeletebang,tmpg tnye skit..da siap spray nk pasang sume balik,gam die kne tukar ke??...
gunakan gam atau sealant yang sedia ada tu, tak perlu tambah sealant lain. bila dah siap pasang boleh tambah sedikit silicon untuk menutup sedikit gap antara cermin dan housing
ReplyDeleteterima kasih bang...saya ade masalah kat enjin la bang...saya pki wira 1.5gli auto...ble masuk gear reverse atau D gegar la bang...paking pon same...da due pomen sy jumpe..sorg kate throtle body,sorg lg gear box...sy konpius....hrp dpt mbantu...
ReplyDeletekereta injection ke, kalau injection try tunning berkomputer dulu
ReplyDeleteye injection...tq bang
ReplyDeleteTak yakin bole buat la bang, berapa upah kalo abang buatkan??
ReplyDeletebiasanya saya ambik rm45 untuk sepasang
ReplyDeleteKeta saya honda city 3rd gen, Lokasi abg kat mana?
ReplyDeleteActually saya nak buat smoked + polish
ReplyDeletekalau bahagian signal lak macam mana? dia tak pakai gam macam kat lamput kan.. nak buka dan lekat kan dia balik guna apa? atau kaedah dia sama seperti lampu besar?
ReplyDeletesaya dah buat kt bahagian lampu..bahagian signal jer dah panaskan tp plastik tu x nak tanggal jugak.
ReplyDeletemcm mana nak tanggalkan abg.jeff?
sebenarnya aga sukar nak menanggalkan cover signal, bukan pakai gam macam headlamp. silap umpil boleh crack cover
ReplyDeletetula.. saya try la guna hair drier tu kat signal bagi panas.. try umpil tp x berkesan.. plastik bahagian umpil tu pun mcm nak pecah jer.. x brani nak teruskan.. tgk gambar abg jeff berjaya umpil.
ReplyDeleteada cara x?
ReplyDeletesatu lagi.. abg jeff nak buka lampu depan..abg jeff tanggalkan bumper ke x?
ReplyDeletePakai oven..jangan pakai microwave..make sure jangan lama2 sangat...
ReplyDeletesalam... bang bleh tunjuk ke bahagian wiring keta?
ReplyDeletepemanas cermin saya cam ada masalah la..
askum abg nk tnya mcm ner nk buka bhgian blm headlamp?sy headlamp smok tapak tepi dh patah,ingat nk salin tapak
ReplyDelete1 lagi,, dah cat xyah tembak cat clear kew??
ReplyDeleten bpa harga cat hi temp eak??
Tak perlu clear, hi temp spray sekitar rm12 setin
ReplyDeletekalau nak bukak lampu belakang sama ke cara nya abg jeff.. senang tak bukak lampu belakang?
ReplyDeletelampu belakang agak sukar nak buka sebab bukan pakai gam macam lampu hadapan
ReplyDeletemacam maner nak bukak lampu belakang viva ye, boleh abg jeff kongsi sikit.. Harap membantu...
ReplyDeletecuba search entri mengenai cara buka headlamp viva, dah ada entri mengenainya
ReplyDeleteterima kasih skg baru tau macm mana saya nak setle masalah headlamp wira yg plastic tu berkabus kat dalam
ReplyDeletekalau spray tu kita gantikan dgn guna stiker hitam mcmne?
ReplyDeleteSalam abg jeff..spray cat tu yg hitam kilat or flat black yg digunakan tu..?
ReplyDelete